Aku minat juga dengan KPOP dan juga drama korean. Tapi aku taklah obses sangat. Bukan obesiti ya . Kawan aku juga minat KPOP, tapi dek kerana minatnya terlalu mendalam sampai biliknya dihiasi dengan wajah-wajah artis KPOP? Kalau aku buat? Mesti dah kena pelangkung dengan mak aku. Jadi aku hanya mampu tersenyum, takut ditegur sentap pula. Minat masing-masing.
Konsert? Aku pernah pergi konsert dekat tempat makcik aku kerja (bukan konsert kpop), tapi entah kenapa tak kena dengan jiwa aku tempat sebegitu. Mungkin, aku tak suka suasana bising, bersesak-sesak. Baik bertudung mahupun tidak bertudung, tergoyang-goyang kepalanya mengikut rentak lagu. Aku tahu, mana-mana konsert yang kita nak pergi lebih-lebih lagi konsert kpop harga tiketnya bukanlah murah, paling murah pun 100 lebih. Nasib baik, aku tak minat nak pergi ke konsert semua ini. Sayang, RM100 lebih tu boleh simpan takpun boleh beli barang yang lebih berfaedah.
Bukan KPOP sahaja, apa-apa rancangan berbentuk hiburan pasti orang terpukau menontonnya (bak kata nabil raja lawak). Bukan orang menyanyi itu pakai ilmu, tapi disebabkan suaranya yang merdu, penonton jadi terpukau. Tak payah pergi mana-mana konsertlah, tengok sahaja di kaca televisyen yang menyiarkan rancangan Akademi Fantasia dan juga Gegar Vaganza. Orang kata tempat sebegini tak elok pergi, tapi bila tengok di kaca televisyen penuh juga orang menontonnya. Bila jurukamera menghalakan kamera pada penonton, baik yang muda mahupun orang tua, terhenjut-henjut kepalanya sambil menyanyi. Alangkah baiknya, kalau awak-awak tergoyang-goyang kepala sambil menonton rancangan "Cintai Rasul". Lebih manis gitu. Jadi, siapa nak dipersalahkan kalau yang berusia pun sama naik dengan yang muda remaja?
Itulah, kadang-kadang bila kita rasa terlalu teruja dan seronok, kita kealpaan sampai kita terlupa ada maruah yang perlu dijaga, ada air muka yang patut dipertahankan (ibubapa kita sendiri). Mungkin, disaat kealpaan tersebut kita tidak sedar kita berada di khalayak ramai (kita masih diawang-awangan). Macam kejutan elektrik gitu, disentuh sikit sampai menusuk kalbu penangannya. Tambah-tambah musibah yang melanda negara sekarang, jadi kita perlu beringat-ingat akan kesengsaraaan mereka. Bagi penulis pula, janganlah sewenang-wenangnya meletakkan kesalahan pada pihak penganjur. Nak menyalahkan penganjur 100% tak boleh juga, sepatutnya pengunjung itu sendiri yang harus diingatkan. Tak salah nak berseronok, tapi ada batas.
Opps!! Sebenarnya, tujuan asal aku menaip adalah nak berkongsi satu drama korea yang tengah hot ini! Mukadimahnya pula, terlampau panjang berjela. Nak tahu cerita apa yang tengah hot & spicy sekarang? Drama korea yang aku maksudkan ini adalah cerita "Pinocchio".
Watak utama:
Lee Jong-Suk sebagai Choi Dal-Po
Park Shin-Hye sebagai Choi In-Ha
Kim Young-Kwang sebagai Seo Bum-Jo
Lee Yoo-Bi sebagai Yoo Yo0-Rae
Sinopsis:
Drama Pinocchio ini mengisahkan tentang para wartawan yang bekerja untuk sebuah perusahaan penyiaran, yang mencari kebenaran. Park Shin-Hye yang memegang watak sebagai Choi In-Ha mempunyai "sindrom Pinocchio". Dimana dia tidak boleh sesekali membohong, seandainya dia bercakap bohong maka dia akan tersedu. Dia mempunyai cita-cita untuk menjadi wartawan seperti jejak langkah emaknya, maka dia hanya boleh menyampaikan maklumat yang benar sahaja. Sedangkan mak Choi In-Ha ini sangat sombong dan merupakan wartawan yang suka tokok tambah sahaja.
Bagus juga, kalau ada "sindrom Pinocchio" ini pada semua orang. Negara pasti aman tanpa sebarang jenayah kerana pembongkaran dari sumber "Pinocchio". Manakala, Lee Jong-Suk yang memegang watak Choi-Dal Po wartawan baru di sebuah perusahaan penyiaran. Dia dibesarkan bersama-sama Choi In-Ha setelah satu kejadiaan ngeri berlaku pada dia. Dalam pada membesar bersama-sama, Choi Dal-Po telah menyukai Choi In-Ha. Sewaktu zaman sekolah, Choi-Dal Po berpenampilan selekeh, selalu dapat nombor corot dalam kelas, orang kata dia budak "KOSONG". Satu hari, dia menyertai satu rancangan kuiz di kaca televisyen, masa itulah orang tahu dia sangat-sangat genius. Dia bercita-cita menjadi wartawan pun disebabkan, ingin membukti kepada seseorang itu bahawa wartawan hanya boleh mengeluarkan kenyataan yang benar sahaja. Disebabkan satu kejadian menimpa Choi Dal-Po sekeluarga, dia menjadi trauma. Nak tahu kisah selanjutnya? Kenalah tengok drama ini sendiri. Tapi cerita ini memang best gila!!
p/s: Cerita ini hanya 20 episode sahaja. Kalau ada astro channel 393 boleh tengok dekat situ setiap Rabu dan Khamis pada pukul 9.00 malam. Kalau agak-agak tak sempat tengok, boleh tengok dekat laman web bawah ini;
Saya minat cerita pinnochio ni. Tak pernah miss lagi cerita ni..
ReplyDeleteTerlalu best sampai tak boleh nak miss.. hehe :)
Deletesis JM x tgk lagi tapi kalau dh dapat review best sgt ni hruslah layan!
Deletebest kan cerita nie
ReplyDeleteMemang best.. :)
DeleteTinggal berapa episodes je lagi dah nak habis dah. Tak sabar nak tahu ending dia.
ReplyDeleteTulahh, bila nak habis ni. Rasa lambat benor nak habis. :)
DeleteAkak tengok juga cite ni tapi memanjang skip ! Hahahahaha. Tapi best !
ReplyDeleteKata best, awat skip2 plak. Sudah! :)
Deleteoke..tak tengokkkk..hahaa
ReplyDeleteKena tengok syira, ceritanya best :)
DeleteCerita ni dalam list untuk tengok tapi belum sempat nak tengokkk :)
ReplyDeleteKena tengok kak Lieya, best gila :)
Deletemak ai lama dah xtgk citer korea ni
ReplyDeletehahaha..Kena tengok baliklah sebab banyak cerita korea best2 sekarang :)
DeleteHari tu pernah layan lepas tu tak tengok tengok dah. Hahahaha. tak cukup masa nak kejar :P
ReplyDeletehahaah...Off blog, layan cerita korea. :)
DeleteLama tak jenguk Azwar, ala kita takde Astro nak tengok citer tu ^-^
ReplyDeleteWell said. :)
ReplyDeleteTapi, setakat ni tak pernah lagi tengok citer tu. Hukhuk.
bila adik layan, kita pon layan skali...hihi
ReplyDeleteWah! layan jugakk.. tak tengok lagi...
ReplyDeleteKena tengok, best gila.. hahaha :)
Deletetak tgok lg citer ni... hehe
ReplyDeletebaguslah sebab tak suka pergi tempat macam tu.. hehe XD
ReplyDeletewell said.. tambah2 kita nih orang Muslim.. ada batas kita ye dak.. :D
penganjur tu tak salah pun mwaahahaha.. sebab dia dah halang dah pun.. fufufu..
Misaki lepas tgok cita Pinocchio ni lah, yang Misaki rasa media nih menipu.. (ok sebelum ni tau dah menipu) tapi bertambah rasa geram bila dia pakai statement yang salah semata-mata nak tarik perhatian orang yang baca news.. tak pun mungkin dia "tak sengaja" post berita tanpa "maklumat lengkap" macam kes Dalpo yang pertama dulu.. wallahhu'alam lah kan.. ahahaha..
apa pun yg berlaku dah pun berlaku..
Misaki tengah tunggu episode nih tak habis2 lagi ahahaha..
Tulahh lambat benor nak ke episode seterusnya, terlalu best rasa nak cepat je habes cerita ni :)
Deletesetuju dengan mukadimah panjang lebar tu..
ReplyDeletesinopsis menarik juga..
Wehhh aku layan weh cerita ni. Memang best gila! Nak review kat blog tak ter review jer hahaha
ReplyDeletetgk kat astro je sbb takde masa nak kejar dia..huhu
ReplyDeleteReview yang baik. Tiba tiba nak layan pula cerita korea. Hehehe
ReplyDeletetgh tengok cerita ni. dah sampai ep belas2 dah tapi tak menyempat lagi nak sambung tengok. hehe
ReplyDeleteBelum pernah tengok lagi. Cerita baru ni. belum habes episode lagi kan :)
ReplyDeleteOh..haha jarang tengok cerita Korea..Layan RM je..kihkih..:P
ReplyDeleteDah tengok habis dah
ReplyDeleteComel sangat lee jong suk
Aku pon dah jatuh lantai dengan drama Pinocchio. Saya ada tulis mengenai itu di blog. :)
ReplyDeleteOhya.. pinjam sinopsis sis ye.. nanti saya sekalikan kredit ke blog sis TQ.
LEE JUN SOOK... He;s cute kan.. hehehe.. tak tengok lagi drama ni.. ramai kata best..
ReplyDeleteshad minat gak k-drama.. hard disc penuh k-drama je.. tengok sekadar tengok je.. obsesi is a no lah..
konsert kpop, xpenah terlintas kt haty pun nak g.. hehehe.. :D
sgt x minat kpop tp anime layan XD
ReplyDeleteFavourite ni! Dah tengok habis dah tadi ;D hehe
ReplyDeletesalam singgah azwar.. amboi minat nya dgn certia korea.. akak dah berzaman tak tengok.... hii
ReplyDeleteWehh iolls tengah tengok citer ni skang. Sebenarnya tak minat korea, tapi member cakap citer ni best so layan jelaa. Ok gak tak macam citer drama melayu.
ReplyDeleteDan bila tengok citer ni rasa macam kadang2 kita pun sedikit sebanyak ditipu oleh para reporter yg kdg2 memutarbelitkan cerita.
NAK TENGOKKK! TAKDE MASA PULAKK! HHAHAHAA
ReplyDeleteadeii -__-