Minggu ini, memang aku betul-betul penat dari dalam negeri sampai luar negara. Itu pasal nak update blog pun ke laut. Tapi memandangkan waktu lapang aku semakin kurang, jadi harini kugigihkan jua untuk update! Kali ini bercerita mengenai tempat makan yang begitu special iaitu Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Kira ini kali kedua aku menikmati hidangan steamboat.
Kalau sebelum ini apa-apa event aku ikut member aku sahaja. Tapi kali ini aku bawa family bestfriends aku TAPI bukan keluarga aku. Aku dengan keluarga dia kira kamceng jugalah, mana-mana pergi kadang-kadang angkut aku juga tak pun kalau datang rumah pasti maknya masakkan macam-macam untuk aku. Nikmat orang kata. Kalau nak bawa family sendiri memang tak cukup korumlah jawabnya. Tambah-tambah, keluarga kawan yang aku bawa ini memang penggemar makan steamboat. Cakap sahaja restoran steamboat yang mana, pasti mereka tahu.
Jadi pada hari Isnin malam Selasa baru ini, aku berkesempatan mengunjungi tempat makan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, Shah Alam. Ini kali pertama aku makan disini, memandangkan aku memang jarang turun Shah Alam. Nasib baik, keluarga kawan tu tahu selok belok nak ke sini.
Pelbagai jenis makanan yang menarik yang terdapat di sini, dan harus dicuba. Bak kata orang, macam-macam ada. Sebelum memilih makanan untuk di grill, haruslah memilih soup dahulu. Ada dua soup iaitu TOMYAM SOUP dan juga CHICKEN SOUP. Jadi, kiteorang memilih kedua-dua soup memandangkan tempat grillnya ada dua. Jadi, kita cuba kedua-duanya sekali. Yang pasti, kedua-dua soup ini sedap belaka!
Dah selesai pemilihan soup, barulah kami semua mengambil bahan-bahan untuk di grill. Nak tahu, ruang makan dan tempat mengambil makanan di asingkan. Kira ada satu bahagian ruang yang khas untuk mengambil makanan. Susun atur yang cukup sempurna, memudahkan kita sebagai pelanggan mengambil makanan. Yang pasti, korang semua akan ulang alik kemari untuk mengambil makanan kerana ianya memang sedap!
Untuk pengetahuan anda semua, konsep restoran ini grill, stim, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Pelbagai pilihan makanan laut dan bebola seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah, dan banyak lagi. Pencuci mulut tidak kurang hebatnya dengan buah-buahan, aneka kek, bubur, aiskrim dan ais batu campur (ABC).
Pelbagai jenis kerang dan juga sotong yang engkorang boleh pilih.
Macam-macam ikan dan juga ayam berperencah untuk di grill. Pilih sahaja yang mana nak dicuba. Yang pasti semuanya sedap!
Sayur-sayuran pun ada.
Homemade D'Kayangan Steamboat Signature Sauce.
Ini bahagian buffet, makanan berat. Macam-macam ada, seperti nasi lemak, nasi goreng, mee goreng dan lain-lain lagi. Senduk sahaja, yang mana nak dimakan.
Macam-macam jenis mee turut disediakan. Sebut je nak yang mana, semua dah tersedia. =)
Pelbagai jenis minuman turut disediakan, takut-takut tercekik waktu makan. Boleh ambil air disini. Nak yang sejuk ataupun yang panas, semua sudah tersedia.
Aiskrim juga turut disedikan, pelbagi jenis perisa ada. Dekat sini pun ada menyediakan air ABC. Lupa nak snap gambar, laju sangat masuk mulut.
Kek pun disediakan, kek coklat tu paling sedap =)
Sebahagian makanan yang dipilih untuk dinikmati.
Restoran Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan mempunyai ruang yang agak besar dan boleh menempatkan seramai 100 lebih orang dalam pada satu masa. Tambah-tambah ia mempunyai ciri-ciri restoran yang mewah, elegan, selesa, bersih, yang pasti amat berpuas hati serta ia amat sesuai untuk mengadakan sebarang event, seperti jamuan keluarga, company dinner, birthday party, seminar, media event atau apa sahaja jenis event amat sesuai dibuat di sini. Yang pasti engkorang kena booking awal-awal, takut penuh pula. Kalau weekday takde sesak sangat, cuma weekend agak crowded. Jadi, booking awal-awal kalau nak selesa makan. =)
D'Kayangan Steamboat pilihan terbaik untuk mengadakan event.
Ruang makan di luar, yang pasti selesa sambil melihat kemeriahan lampu warna warni di luar. Untuk pengetahuan anda semua, restoran ini juga turut menyediakan kemudahan lain seperti tempat solat bagi kaum wanita dan juga lelaki. Jadi bagi mereka yang datang awal tak sempat nak solat magrib di rumah, bolehlah solat di ruangan disediakan.
Restoran ini akan melalui transformasi dengan pengubahsuaian restoran dengan menambah ruang yang lebih luas dan juga tempat untuk mengabadikan kenangan bersama rakan dan keluarga pada tahun baru akan datang. Masih lagi berkonsepkan steamboat BBQ & Grill tetapi ada kejutan untuk para peminat BBQ Arang. Beberapa item juga akan ditambah dalam hidangan buffet dan hanya yang terbaik akan disajikan kepada pelanggan.
Restoran ini akan melalui transformasi dengan pengubahsuaian restoran dengan menambah ruang yang lebih luas dan juga tempat untuk mengabadikan kenangan bersama rakan dan keluarga pada tahun baru akan datang. Masih lagi berkonsepkan steamboat BBQ & Grill tetapi ada kejutan untuk para peminat BBQ Arang. Beberapa item juga akan ditambah dalam hidangan buffet dan hanya yang terbaik akan disajikan kepada pelanggan.
Pakej-pakej yang ditawarkan:-
(ALL YOU CAN EAT SET 1)
Sizziling Grill + Steamboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah + Dessert +Air Sejuk + Teh Tarik
Harga:
RM33.00 bagi orang dewasa
RM17.00 bagi kanak-kanak (5-12 tahun)
Jadi bagi mereka yang berminat untuk menikmati keenakkan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ini bolehlah mengunjunginya di sini;
Restoran Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, Shah Alam
D'Kayangan Steamboat BBQ and Buffet,
Sri Acapella Service Apartment,
Jalan Lompat Tinggi13/33M,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
No. Tel: 03-5523 4979
Facebook;
Twitter: @dkygnsteamboat
Waktu operasi: 5pm - 2am
Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kuucapkan pada Encik Arif merangkap manager restoran ini sendiri kerana sudi jemput Azwar datang ke restoran ini. Lihat? Muda-muda lagi dah ada restoran sendiri dan untuk pengetahuan engkorang semua restoran ini sudah hampir 5 tahun diusahakan. Moga perniagaan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ini akan terus maju dan dikenali ramai. Good luck! =)
Muka happy masing-masing dapat makan dekat sini, yang pasti mereka semua kata D'Kayangan memang terbaik!
p/s: Jadi apa tunggu lagi, ajaklah keluarga, jiran tertangga, suami isteri memasing, member-member engkorang semua pakat serbu Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, Shah Alam ini. Yang pasti berpuas hati! Kalau ada rezeki dan kelapangan waktu, nak datang lagi... =)
Untunglaaa makan dekat DKayangan. Hehehe. Ketam tu asal tak behave sangat ! Arghh. Stress la macam ni. T_T
ReplyDeletenampak sedap menunya.. boleh saya bawa family hujung minggu nanti..
ReplyDeleteI went here once. Masa tu belum lagi ramai orang datang and foods pun belum banyak lagi. Now, dah macam-macam ada kan kat sana.
ReplyDeleteWah..banyaknya makanan....Sedap2 belaka nampaknya
ReplyDeletewah wah wah kak azwar sumpah this is sooo tempting T_T
ReplyDeletenakkkkkkkkkkkkkkkkk
nakkk heheheeh nape jauh sangat ish T_T
ReplyDeletesini memang sedap steamboat dia. last lepak tahun lepas. memang lama gila tak pergi. heheh :D
ReplyDeletefuyohh dijemput tu..syoknyaaa..nak jugak rasa..
ReplyDeletekecur liur tengok ni malam malam. hehehe. rindu dgn balang ada sambal belacan. ulam-ulaman. Eh? heheh. Tp jauh nak p :'( huhu
ReplyDeleteAla2 seoul garden... bestnya layan seafood.. geram tgk ketam tu...
ReplyDeleteBestnya! Semua pun nampak sedap dekat sini.
ReplyDeletekambing tue termasuk pakej ker?
ReplyDeletememang best...lagi2 aiskrim letak topping chocolate (terus jadi fav akak)
ReplyDeleteyum..yum.. bila tengok banyaknya jenis seafood boleh dipilih memang mcm dikayangan sangat.
ReplyDeleteHi,
ReplyDeleteI would like to let you know that we are selling high PR Tumblr blogs.
I think as a webmaster, you know the importance of having backlinks from high PR blogs.
And you also know how costly it can be to have backlinks to this high PR blogs.
Well I would like to inivte you and take a look at our offer.
At very cheap price, you can have your own high PR Tumblr were you
can use as backlinks to your site.
If your interested, please visit: http://bit.ly/highprtumblr
Thanks
Check out my homepage ... Cheap High PR Tumblr Blogs
penah makan kat sini dulu masa jamual last school..mmg best...semuanya sedapp !
ReplyDeleteterbaek lah Azwar. Tokey restpran jemput datang restoran dia tuh... hahaha...
ReplyDeletekalau RM33 per pax tu murah dan berbaloi...byk betul variasi makanan
ReplyDeletewah...memang terbaiklah makan kat sini....harus kena terjah ni...
ReplyDeletedekat je dgn office tempat ni tp tak pernah pergi lg. hehe
ReplyDeleteHi,
ReplyDeleteI would like to let you know that we are selling high PR Tumblr blogs.
I think as a webmaster, you know the importance of having backlinks from high
PR blogs. And you also know how costly it can be to have backlinks to this high PR blogs.
Well I would like to inivte you and take a look at our offer.
At very cheap price, you can have your own high PR Tumblr were you can use as backlinks to your site.
If your interested, please visit: http://bit.ly/highprtumblr
Thanks
Have a look at my webpage Cheap High PR Tumblr Blogs
Hi,
ReplyDeleteI would like to let you know that we are selling
high PR Tumblr blogs. I think as a webmaster, you know the
importance of having backlinks from high PR blogs. And you also know how costly it can be
to have backlinks to this high PR blogs.
Well I would like to inivte you and take a look at our offer.
At very cheap price, you can have your own high PR Tumblr were you can use as backlinks to your site.
If your interested, please visit: http://bit.ly/highprtumblr
Thanks
my web site: Cheap High PR Tumblr Blogs
I don't even understand how I finished up here, but I thought this put up was once good.
ReplyDeleteI do not realize who you're however definitely you are going to a well-known blogger for those who
are not already. Cheers!
Here is my page :: home renovation ideas (www.homeimprovementdaily.com)
suka makan steamboat buffet cmnni, macam2 kita boleh makan. tpi kalau x larat tu yg susah jadi membazir pulak xD
ReplyDeleteNo matter if some one searches for his necessary thing, therefore
ReplyDeletehe/she desires to be available that in detail, therefore that thing is
maintained over here.
Here is my blog post ... renovation ideas (http://www.homeimprovementdaily.com/)
amboiiiiii.... sedapnya makan steamboat...!! memang faveret la seafood2 ni... hehehehehe... :)
ReplyDeletenak try la nanti...
Hey very interesting blog!
ReplyDeletemy webpage: kitchen home improvement [www.homeimprovementdaily.com]
murah gila kot rm33 all you can eat. ni rasa nak terjah ni! haha
ReplyDeletewahhh., sedap2., aku baru jer trpikir nk gi mkan steambot bbq., tp xtau lg nk g kt mana., biasa gi mkn kt kuang., ingt time ni nk gi kt kg subang plak., hehehe
ReplyDeletePerghhh!!! Ini memang seoul garden pun kalah ni sbb siap ada kambing golek lagi. Huhuhu... Lapar terus ni hah, azwar! :'D
ReplyDeletesteamboat ni mmg best and puas hati. cuma waktu kite dtg time tu dah malam and mcm kejar2 makan...haha..tp mmg puas hati :)
ReplyDeletemalam ni nak enjoy makan dengan family...hari jumaat anak sulung dah nak balik asrama kat taiping..hari khamis dah nak puasa....
ReplyDeleteMai pernah pergi sana masa zaman blajar shah alam dulu, bestttt, mmg puas hati.
ReplyDeleteHi, Neatt post. There's an issue with your wweb site in web explorer, could check this?
ReplyDeleteIE nonetheless is the market chief and a large section of other people will pass over your great writing because of
this problem.
Hi, f᧐r all time i used to cһeck websіte posts here in the early
ReplyDeletehoᥙrs in the break of day, аs i like to gain knoᴡleԁge
of more and more.
try here : The Ninja Guide To How To Lock Files Better