Seperti yang dijanjikan , harini Azwar akan update cerita mengenai hasil eksperimen yang telah dijalankan ke atas muka Azwar sendiri bersama produk Glamoskin. Engkorang semua masih ingat lagi tak entry mengenai Glamoskin yang Azwar kongsikan dahulu? Produk ini Mek Onie yang perkenalkan dekat Azwar.
Boleh lihat entry ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai produk Glamoskin: Produk Kecantikan GLAMOSKIN.
Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu mencuba produk Glamoskin ini banyak perubahan positif yang Azwar alami. Pertama kali pakai produk Glamoskin terus jatuh hati. Sungguhpun pada awalnya, rasa cuak juga untuk mencubanya memandangkan kulit kita ini sangat-sangatlah sensitif.
Mana tak jatuh hati dengan produk Glamoskin yang telah membuat kulit wajah kita makin berseri-seri. Baru 2 minggu mencubanya, Azwar dapat rasakan tona kulit Azwar dah sekata tiada lagi bebelak di pipi. Yang paling ketara, kulit Azwar dah tak berminyak. Kalau dulu, masuk tengahari sahaja muka dah rasa berkilo-kilo minyak dekat muka. Selain itu, jerawat pasir dekat muka Azwar pun dah berkurang, kalau tang parut jerawat tu masih ada sikit-sikit. Apa-apa pun yang kita cuba nak pakai memang kena banyak berdoa dan bertawakal supaya mudah-mudahan dapat kesan positif menggunakannya seperti produk Glamoskin. Bukan Azwar seorang sahaja yang telah mengalami perubahan menggunakan produk Glamoskin ini, sudah ramai yang membuktikannya.
Boleh klik sini untuk melihat testimoni pengguna lain: Testimoni pengguna Glamoskin
Untuk pengetahuan anda semua, Glamoskin ini terdiri daripada dua sahaja iaitu Glamoskin cleanser dan juga Glamoskin collagen gel. Gabungan Glamoskin cleanser dan Glamoskin collagen gel dapat memastikan kitaran pemulihan kulit muka berjalan lamcar dan sempurna.
Inilah Glamoskin Cleanser, baunya sangat wangi dan warnanya hijau jernih. Kurang buih dan amat sesuai dengan kulit yang sangat sensitif seperti aku. Sekali pakai, pasti rasa nak cuci muka sekali lagi kerana Glamoskin cleanser ini mempunyai ciri-ciri pencuci, pemutih, pewangi dan penstabil. Bestkan? Bila dah selesai mencuci muka mengguna Glamoskin cleanser ini muka akan rasa segar dan bersih sebersihnya.
Ini pula Glamoskin Collagen Gel, yang digunakan selepas mencuci muka dengan Glamoskin Cleanser. Ia hanya boleh digunakan 2 kali dalam sehari iaitu malam sebelum tidur dan pagi sebelum pakai make-up. Kalau pakai dengan Glamoskin Cleanser secara konsisten secara tidak langsung ia membantu proses penyerapan Glamoskin Collagen Gel pada kulit dan mempercepatkan proses pemulihan. Muka rasa lembab sahaja apabila apply Glamoskin Collagen gel ini, sikit pun tak rasa kulit berminyak pada wajah Azwar.
Jadi, bagi mereka yang teringin nak muka persis bintang korea bolehlah cuba menggunakan produk Glamoskin ini. Tapi, ianya bukanlah magik, sekali sapu terus bertukar wajah. Kalau muka melayu, disapulah apa-apa produk tetaplah muka melayu. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sekiranya ada yang berminat nak mencuba produk Glamoskin by Legacy Secret ini boleh terus order di SINI.
This is sponsored post!
produk keluaran Legacy Secret ni memang bagus bagus. :)
ReplyDeletetahu takpe, lagi-lagi produk "B'vite" :)
DeleteWah! Memang produk ni match dengan skin type awak. Thanks a lot for the info Azwa :)
ReplyDeletekalau sesuai ngan muka elok la teruskan :) Hana lak jenis malas nak cuci muka, fikir nak tido cepat aje kalo waktu malam hehe
ReplyDeletehehe.. Hana dah cantik pun :)
Deletehehe.. Hana dah cantik pun :)
DeleteNampak perubahannya..berkesanlah ye..pek pon nampak eklusif
ReplyDeleteAlhamdulillah, peknya memang cun :)
Deletewahhh....lepas ni makin berseri-seri la muka dia kan .hehe
ReplyDeleteNampak berkesan ye.
ReplyDeletewah ..Nampak keberkesanan product. Bagus. Disiplin kan diri menggunakannya k
ReplyDeletetak pernah dengar produk ni. first time tau bila masuk blog Azwar.. :))
ReplyDeleteHaha weh weh jangan pengaruh aku try. Aku ni dah la macam lalang kejap try tu kejap try ni haihh
ReplyDeleteAda perubahan di situ.. bagus la.. lepas ni lagi famous la dia hehehee.. :D
ReplyDeletegood job azwar. hehehe. kak bella 1st time dengar. kalau sesuai elok teruskan =)
ReplyDeleteakak singgah , lps lame senyap
Wuiyooo !! Makin pelolesss la lepas ni. :D
ReplyDeleteWahh. macam menarik. samelah ada masalah tona muka tak sekata jugak. taktau nak pakai apeee. huhu
ReplyDeleteThe best review about Glamo Skin...pertama kali dengar...dan tgk sesuai dengan wajah ni...
ReplyDeletetuuu dia...muka macam korea dah...hahahaha
ReplyDeletekak sally mmg pakai brg korea terus walau belum pun jadi muka korea :P
wow.. kulit macam artis korea.. lepas ni, anyeong haseyo la.. hahaha
ReplyDeletewahh memng glamor la cik azwar pasni..hehe
ReplyDeletefuhh. makin berseriiii. boleh cuba nii
ReplyDeleteRamai dah mencuba GlamoSkin ni kah..ternyata berkesan
ReplyDelete