Keistimewaan Teh Herbal dari Syarikat Balung Natural Herbal - Azwar Syuhada

Wednesday, 3 December 2014

Keistimewaan Teh Herbal dari Syarikat Balung Natural Herbal

Salam to all readers,

Memandangkan sekarang hujan tengah mencurah-curah dimuka bumi, teringat pula kata Chef Sariah (Master Chef) alangkah nyamannya kalau dapat secangkir teh panas dan 2 ketul skon yang baru dikeluarkan dari oven, perasaan menikmatinya seolah-olah berada di luar negara gitu. Bahagia rasanya. Bercerita mengenai teh, teh bukan hanya terdapat di Semenanjung Malaysia (Cameron Highland). Malah, di Sabah juga turut popular dengan tehnya. Dulu masa aku kecik-kecik ada juga komersial teh Sabah (bungkusan bewarna hijau) di kaca televisyen. Tapi sekarang banyak bebenor jenama dan berbagai perisa teh dipamerkan dikaca televisyen. Sehingga, aku sendiri pun confuse mana satu Semenanjung Malaysia punya dan mana satu Sabah & Sarawak punya teh. Bagi penggemar teh seperti aku, pasti dah banyak mencuba berbagai jenis teh kan? Jadi, harini Azwar nak perkenalkan Teh Herbal dari Syarikat Balung. Mana tahu, ada diantara engkorang semua berminat dan ingin mencubanya sekali. Bagi penggemar teh, apa kata korang cuba teh herbal dari Syarikat Balung Natural Herbal ini. Untung-untung sesuai dengan selera masing-masing. Sebelum itu apa kata kita ikuti serba sedikit info mengenai Syarikat Balung Natural Herbal Sdn. Bhd.

google

Info mengenai Syarikat Balung Natural Herbal Sdn. Bhd.

Teh Herbal dari Syarikat Balung Natural Herbal Sdn. Bhd. Bermula dengan sebuah ladang di Sabah yang dikendalikan oleh keluarga sejak tahun 1979 dan kin diperluaskan lagi oleh cucu-cucunya. Hebat kan? Masih ada lagi rupanya perniagaan turun-temurun dari keluarga. Balung adalah salah satu tempat di Sabah iaitu di kawasan utara Daerah Tawau. Kesemua tanaman dan pokok herba mereka hidup subur di kawasan tanah gunung berapi Utara Borneo, Malaysia. Mereka juga turut mengawal proses dari peringkat ladang ke peringkat pembungkusan bagi memastikan mutu pengeluaran produk mereka berkualiti. Mereka berjaya menghasilkan 100% tulen,semulajadi, organik bebas daripada bahan tambahan, pengawet dan pewarna.

Terdapat tiga teh herbal yang telah dihasilkan oleh Syarikat Balung iaitu Teh Gaharu, Teh Misai Kucing, dan Teh Serai yang pastinya setiap jenis teh tersebut mengandungi khasiat dan manfaatnya tersendiri.


1) Balung Agarwood Tea atau Teh Gaharu (Aquilaria malaccensis)

Teh ini sangat jarang dihasilkan atau lebih dikenali sebagai produk premium, dibuat dari daun gaharu yang terkenal dengan kandungan senyawa baik yang dimiliki daun gaharu kerana didalamnya terdapat Genkwanin glikosida. Ia merupakan sebatian semulajadi yang kita kenal mempunyai banyak manfaat pada kaum lelaki dan terutama sekali pada kaum wanita kerana ia mempunyai elemen anti-penuaan yang paling menakjubkan serta penjagaan KULIT yang baik. Selain menjadi penawar toksin didalam tubuh atau dalam istilah perubatan disebut detoksifikasi teh gaharu juga dapat meningkatkan kadar metabolisme. Halus, rasa manis membuat teh gaharu rasa sesuai diminum selepas makan malam atau jamuan istimewa. Dan kerana ia bebas kafein, teh gaharu tidak membuatkan diri kita terjaga pada waktu malam.

Ciri-cirinya;
  • ANTI-PENUAAN
  • Penjagaan Kulit
  • Kadar metabolisme meningkat
  • Kafein bebas
  • Detoksifikasi
  • Teh herba 100% tulen dan organik
  • Ditanam menggunakan kaedah pertanian mampan
  • Alternatif eksotik untuk teh herba tradisional
  • Julap ringan dengan tiada kesan sampingan

2) Balung Java Tea atau Misai Kucing (Orthosiphon stamineus)

Tumbuhan Java Tea terkenal dengan bunga halus mereka, putih dan biru yang kelihatan seperti misai kucing. Khasiatnya telah diketahui dan digunakan berabad lamanya sehingga ke hari ini. Daunya yang mengandungi lebih nutrien yang dapat meningkatkan kesihatan. Ianya terbukti sebagai diuretik, Misai Kucing dapat membantu mengeluarkan air berlebihan, mengurangkan kembung dan pembendungan air dalam badan melalui air kencing air seperti kesembapan sebelum atau semasa haid dan sangat berkesan masalah berat badan. Misai Kucing sangat mengagumkan kerana terdapat kandungan saponin dan tanin pada daun itu yang boleh mengubati keputihan pada wanita.

Ciri-cirinya;
  • KEHILANGAN BERAT
  • Mengubati keputihan
  • Batu karang dan gout
  • Diuretik ringan yang membantu buah pinggang dan jangkitan saluran kencing
  • Teh herba 100% tulen dan organik
  • Kafein bebas
  • Ianya juga dikenali sebagai teh buah pinggang, Fleurs de barbiflore dan remujung.

google

3) Balung Lemongrass Tea atau Teh Serai (Cymbopogon citratus)

Mulakan hari anda dengan secawan teh serai menyegarkan dan anda akan memulakan hari dengan senyuman. Malah, anda boleh juga menamatkan hari andan dengan secawan lagi, kerana ia bebas kafein. Teh serai juga memberi kesan positif kepada mereka-meraka yang ingin mengurangkan berat badan, dapat mengawal pembinaan selulit di badan dan juga mampu melegakan kembung perut dengan memudahkan pembuangan angin dalam badan. Kebanyakan spa-spa ekslusif menggunakan serai bertujuan menenangkan. Kehebatan serai terserlah apabila digunakan juga secara meluas untuk merawat jerawat dan bintik-bintik hitam di muka kerana mempunyai elemen anti-bakteria yang baik dan membasuh segala kotoran pada kulit anda.

Ciri-cirinya;
  • SANTAI
  • Merawat jerawat dan bintik hitam
  • Pengurangan berat badan
  • Mencegah selulit
  • Terkenal dengan rasa sitrus pemanasan yang boleh membantu penghadaman
  • Tindakan diuretik ringan membantu mengusir toksin
  • Teh herba 100% tulen dan organik
  • Boleh diminum panas atau sejuk
  • Kafein bebas
google

Untuk mengetahui lebih lanjut dan sebarang tempahan mengenai Teh Herbal Organik berhubung di sini;

Instagram: @BalungHerbalProduk
No. phone: 013-3335546 (Whatsapp)
Hotline: 03-62112613 

20 comments:

  1. wah... leh diet minum teh ni... bgusnya...

    ReplyDelete
  2. Wah...Azwar pun dpt buat review ni ye...akak pun dh buat dh...

    ReplyDelete
  3. byk variasi jugak kan...dah ada jual kat pasaraya ke azwar? mcm nak rasa teh serai tu...

    ReplyDelete
  4. x pernah jumpa lagi produk nie...produk baru yer...

    ReplyDelete
  5. baca review macam menarik produk ni dear...
    http://www.mamaniza.com/2014/12/jiran-suka-cakap-belakang.html

    ReplyDelete
  6. teh gaharu tu mcm menarik je.. tak penah dgr before ni.

    ReplyDelete
  7. wahh kalau ada jumpa produk ni nanti,, boleh lah beli ^^

    ReplyDelete
  8. bisa untuk diet juga yaaaa ...

    ReplyDelete
  9. Menarik ni Azwa ;D

    ReplyDelete
  10. first time sy dgr ttg Syarikat Balung Natural Herbal Sdn. Bhd. ni. Dulu sy menetap di lahad datu lebih kurang 6 tahun dan selalu juga ke tawau tpi x pernah tahu ttg ni. Yg saya tahu ialah Teh Sabah dan Kopi Tenom.

    Terima kasih atas info, mungkin saya boleh minta rakan2 kt tawau poskan kpd sy kt sini.

    ReplyDelete
  11. teh herba bagus utk kesihatan tpi mesti rasa dia mesti pahitt. eh mcm best je boleh merawat jarawat ngan bintik hitam

    ReplyDelete
  12. bagus jugak teh ni, hebat hebat

    jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!

    ReplyDelete
  13. Serious tak pernah dengar pasal ni T_T Kesiannya aku wehh

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!