Food Review: The Best Steamboat & Yong Tao Foo in PJ - Azwar Syuhada

Tuesday, 30 December 2014

Food Review: The Best Steamboat & Yong Tao Foo in PJ

Salam to all readers,


Kali ini aku nak review bukanlah produk kecantikan mahupun kesihatan tapi aku nak review mengenai JOM MAKAN! Bukan jom heboh tau, tapi JOM MAKAN! Siapa dekat sini suka makan STEAMBOAT? Off courselah semua orang suka makan kan? Jadi bagi sesiapa yang penggemar steamboat tegar, apa kata korang cuba pekena STEAMBOAT di ECurve  ini terutama bagi orang-orang yang duduk area sekitar Lembah Klang.

Kalau yang duduk jejauh itu, semata-mata nak makan dekat sini agak melampaulah juga kan? Jadi, kalau engkorang ada urusan dekat area KL bolehlah alang-alang datang sini pekena PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO. Yang pasti korang tidak akan rasa menyesal untuk menikmatinya. Aku baru pergi Sabtu lepas (27/12/2014) bersama beberapa orang rakan blogger iaitu Nadratul Syawana, Kak Bella Luna dan juga Halim Brothers. Ini kali pertama aku menikmati hidangan di PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO, eCurve rasa teruja yang teramat sangat! 
google
Pintu masuk Pak John Steamboat


Apa hidangan yang menarik di PAK JOHN STEAMBOAT? Semuanya menarik, dan harus dicuba. Macam-macam ada, sampai korang tak larat nak makan disebabkan kekenyagan. Terdapat pelbagai pilihan soup. Banyak-banyak soup, kiteorang memilih TOMYAM SOUP, salah satu yang cukup popular di PAK JOHN.

Pelbagai pilihan soup untuk dinikmati.

Dah siap-siap pilih soup, barulah amek bahan-bahan makanan yang lain untuk di grill. Susun atur makanan menarik, memudahkan pelanggan untuk mengambilnya, membuatkan pelanggan makan bertambah-tambah. Orang kata, menikmati hidangan di Pak John Steamboat membuatkan mak mertua lalu dekat sebelah pun tak perasan.

google
Pelbagai jenis pilihan untuk dinikmati. Tak cukup? Jangan risau, boleh tambah lagi sampai kenyang. Tak perlu risau soal harga, kerana harga takkan bertambah macam kita makan bertambah-tambah. Still maintain sahaja harganya. Suka tak? Ayam yang diperap sedia untuk dipanggang! Ini terletak di bahagian SURIMI / SEAFOOD & MEAT.

google
 Pelbagai jenis sayur-sayuran yang fresh-fresh! Pilih sahaja nak yang mana.

google

google
Homemade Pak John Steamboat Signature Sauce.

google
 Besar gila ikan yang abang ini pegang!


Pelbagai jenis air yang telah tersedia, nak yang sejuk ataupun yang panas. Pilih sahaja!

google
 Aiskrim juga turut disediakan, semua perisa buah-buahan.

google

google
Ini pula hidangan istimewa iaitu 4 premium item yang korang harus cuba kalau datang sini. Terdiri daripada;

1. Abalone slides
2. New Zealand lamb slices
3. Smoke duck breast
4. Australia beef slice

google
Waffle yang disapu coklat, kerangupannya membuat selera makan membuak-buak.

google
Hidangan yang dipilih untuk dinikmati!

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 100 jenis pilihan makanan yang disediakan Pak John Steamboat seperti sayuran, daging, makanan laut, steamboat, dessert, 4 premium item, dimsum, aiskrim, air dan banyak lagi yang harus dinikmati tanpa had. Sesiapa, yang mengunjungi Pak John Steamboat pada Sabtu dan Ahad, engkorang akan menjamu selera sambil di perdengarkan muzik-muzik akustik oleh Kumpulan Voxscape. Jadi, bagi yang hendak menikmati hidangan sambil dengar muzik bolehlah datang pada hari Sabtu dan Ahad!

google
Suara best gila! [Credit foto: Halim Brothers]

Memandangkan dah hujung tahun, banyaklah acara sales yang diadakan di mana-mana pusat membeli belas dan tempat makan, ditambah pula dengan perayaan Krismas. Tidak terkecuali, Restaurant Pak John Stemaboat & Yong Tao Foo cawangan eCurve Mall turut menyediakan promosi hari Krismas yang telah bermula dari 15 December 2014 sehingga 1 Januari 2015. Masih sempatlah buat korang yang ingin menikmati promosi hari krismas ini. Terdapat 10 Christmas Buffet Special Menu dan 11 Christmas Hot Plate menu serta Christmas Hot Pot Soup - Creamy Butter Broth yang memberikan pengalaman makanan terbaik dan unik kepada pelanggan Pak John Steamboat pada musim krismas ini.

"CHRISTMAS BUFFET SPECIAL MENU"

google
 CHRISTMAS ISLAND - Pulut nasi yang dilimpahi dengan seafood sup berkrim
[Credit foto: Kak Hannah Sytieh]

google
RAMEN VONGOLE OLE - Ramen istimewa & HALAL dimasak bersama lala, sejenis makanan laut. [Credit foto: Kak Hannah Sytieh]

Antara hidangan "CHRISTMAS BUFFET SPECIAL MENU" yang lain adalah seperti Baked potato with mince beef, Garden herb potato, New Zealand rib eye with black pepper sauce, Bountiful hearty rice, Grilled slice chicken with creamy spaghettiSeafood bread Loaf, Grill sutchi fillet, dan juga Black tangerine chicken. Memandangkan ini kali pertama buat food review, jadi tak tahu nak snap gambar makanan yang mana satu. Jadi, kalau nak tahu rupa bentuk hidangan "Chrismas Buffet Special Menu" lain-lain ini boleh rujuk entri blog ini MENU EKSKLUSIF PAK JOHN STEAMBOAT BY HALIM BROTHERS.

CHRISTMAS HOT PLATE

Coffee Beef
Tangerine Beef
Black Pepper Beef
Sweet Soya Beef
Coffee Chicken
Tangerine Chicken 
Black Pepper Chicken 
Ginger Chicken 
Sweet Soya Chicken
Lemongrass Chicken
Spicy Fish Fillet

Pak John Steamboat & Yong Tao Foo cawangan eCurve ini mempunyai kebesaran seluas 4700 sqwt yang boleh menempatkan seramai 260 orang dalam pada satu masa. Ia mempunyai ciri-ciri restoran yang elegan, selasa, besar, dan bersih sangat dan amat sesuai untuk mengadakan sebarang event, company dinner, awards nights, farewell & birthday party, seminar, media event, family day pun boleh. Kalau nak privacy sikit boleh tempah bilik VIP.

google
 Pak John pilihan tempat menarik mengadakan event dan HALAL steamboat.

google
Ruang makan yang cukup sempurna. Boleh dikatakan Pak John Steamboat adalah one stop center untuk mengadakan apa sahaja jenis event dengan servis tambahan misalnya photo, video, & music yang diuruskan oleh rakan media - Kelab Komuniti Hai Blogger!

Harga untuk seorang sepanjang menu promosi krismas adalah;
RM46++ (Isnin - Khamis)
RM49++ (Jumaat - Ahad)

Manakala untuk harga hari-hari biasa;
RM36++ (Weekday: Isnin - Khamis)
RM39++ (Weekend: Jumaat - Ahad)

Jadi bagi mereka yang berminat untuk menikmati kelazatan Pak John Steamboat ini bolehlah mengunjunginya di sini;

Restauran Pak John Steamboat & Yong Tao Foo eCurve Mall
Lot LG-13A & LG-15
Lower Ground Floor, eCurve,
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara,
Damansara, 47810 Petaling Jaya.
No. Tel: 03-77333913

Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Foo Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 &FL02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-41418898

Website: PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ

Waktu operasi; 10.00am - 10.00pm



p/s; Jadi apa tunggu lagi, jom pakat pergi makan dekat Pak John Steamboat & Yong Tao Foo, eCurve ini. Sekali datang, pasti nak datang lagi!

Credit foto: Pak John Steamboat, Kak Bella Luna, Halim Brothers, & Kak Hannah Sytieh.

21 comments:

  1. Sakan makan sampai lupa amek gambor ye Azwar. Hahahaha.

    ReplyDelete
  2. amboiiii sakan nooo makan ehhh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat kak una tak pergi sekali, mesti best pergi reramai .. xD

      Delete
  3. Nampak memang sungguh2 menyelerakan... Emmm tetiba terasa lapar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah rasa lapar tu, memang kena pergilah Pak John Steamboat ini.. xD

      Delete
  4. sedapnyaaa steamboat. bila ntah nak pergi sana rasa sendiri. sokmo rancang nak pergi tapi selalu tak jadi. hahahah :P

    ReplyDelete
  5. Bila Pak John nak jemput saya makan dekat sana pulak nie wahaha

    ReplyDelete
  6. Nampak cambest je, siap ade Miso soup!

    ReplyDelete
  7. Apa lagi PG, cepat-cepat pergi Pak John Steamboat nanti kempunan plak..hahah =D

    ReplyDelete
  8. Wow, ada sampai 100 menu yer... Menu yang terpapar tu pun dah sangat menyelerakan ^-^

    ReplyDelete
  9. hehehehehehe. wahh .. teringat menu aritu . kak bella rasa laapar .. sampai nak update pun otak balnk tgok pic makan ! hehehee =) da bloglist azwar ..muahhh

    ReplyDelete
  10. Tak sempat nak merasa pergi sini sebab dah nak balik dah.

    ReplyDelete
  11. wah terbaiklah tengok menunya tu:)

    ReplyDelete
  12. wow.. semua membuatkan perut berkeroncong bila tengok gambar nie..huhu

    ReplyDelete
  13. Banyak betul menu dia kan..memang untung kalau pergi ajak family n kengkawan makan kat sini.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!