Tips: Ketawa mampu Menyihatkan Fizikal Badan Kita - Azwar Syuhada

Tuesday, 17 June 2014

Tips: Ketawa mampu Menyihatkan Fizikal Badan Kita

Salam to all readers,
Ketawa merupakan salah satu terapi yang penting dalam menyihatkan tubuh badan. Andai kata, kita tidak boleh ketawa dalam satu minggu mesti ada 'something wrong' dalam tubuh badan kita. TETAPI, kalau kita asyik ketawa sahaja, pasti orang keliling akan menyangka kita tak berapa betullah pula. Ketawa juga merupakan ubat paling mejarab untuk menghilangkan penyakit. Mesti ramai yang tidak menyedarinya kan? Di samping membuat orang lain gembira, ketawa juga banyak memberi banyak manfaat untuk kesihatan. Antaranya;

1) Merehatkan saraf dan otak
- Ketawa mampu meninggalkan kesan anti-stress selma 30 hingga 45 minit kepada otak dan sistem saraf manusia. Sebenarnya proses ketawa terbentuk apabila ia digerakkan oleh hormon anti stress dan anti depresi seperti cortisol dan endorphin. Impaknya, sistem saraf mulai tenang dan relaks berbanding sebelumnya.

2) Meningkatkann sistem daya tahan badan
- Selain membuatkan orang lain happy, individu yang gemar ketawa juga berupaya melepaskan T-Cell dan sel yang boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh. Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa ketawa mampu menguatkan sistem daya tahan badan di samping bagus untuk mengelak sel kanser.

3) Kurangkan tekanan
- Cuba korang ketawa ketika tertekan, lebih-lebih lagi apabila tekanan itu berkaitan dengan gaya hidup. Walaupun sukar dilakukan tetapi cuba praktik dahulu. Sedikit demi sedikit beban masalah yang ditanggung akan berkurangan. Cara ini secara tidak langsung dapat membantu korang mengurangkan rasa stress yang korang alami.

4) Rawatan alternatif untuk diabetes
- Pesakit diabetes pastinya bersedih dengan penyakit yang menimpa. Manakan tidak, banyak makanan harus dihindari, berpantang bagi mengelakkan kadar gula dalam darah meningkat naik. Selain mengambil ubat yang disyorkan oleh pakar-pakar perubatan, alternatif perubatan yang boleh dilakukan adalah dengan ketawa. Ada satu kajian menunjukkan pesakit darah tinggi dan diabetes kelihatan semakin sihat dan bertenaga selepas mengamalkan gaya hidup positif dan mudah ketawa. Ketawa yang dimaksudkan bukanlah sepanjang masa sebaliknya dipraktikkan sekali sekala. Tidak kira ketika menonton rancangan jenaka, berbual kosong bersama kengkawan dan saudara mara.

5) Bermanfaat untuk ibu mengandung
- Ketawa juga boleh memberi kesan yang baik kepada bakal ibu dan janin yang  berada dalam kandungannya. Apabila si ibu sentiasa ceria dan berfikiran positif maka bayinya juga akan melakukan perkara yang sama. Perasaan bahagia yang dirasai ibu membuatkan bayi mampu berkembang dengan sihat dan cergas. Oleh itu bakal-bakal ibu dinasihatkan supaya mengawal tekanan dan tidak bersikap murung atau malas kerana bayi yang dikandung akan menerima tempiasnya.


Sumber: Majalah Wanita

p/s: Kalau ada perkara yang menggeletek jiwa, sebagai umat islam biarlah kita berpada-pada apabila kita ketawa. Janganlah menggilai bak mengundang syaitan berpesta.

13 comments:

  1. good info. thanks sharing =D

    ReplyDelete
  2. kalaulah ketawa bleh buat aku jadik lagi hensem, orang nak kata aku gila pon sanggup kehkehkeh :D

    ReplyDelete
  3. Haaa ada tak tips jangan malu malu. Ehek !

    ReplyDelete
  4. saya kalo stress layan running man kejap.
    gelak sakan la jawabnye..hehe
    hilang stress.

    ReplyDelete
  5. tapi saya kalau da gelak mcm hantu. hahaha

    ReplyDelete
  6. haha. sy suka gelak tapi nasib baik bukan yg jenis mengilai. kalau stress suka tgk cerita lawak2 pastu gelak sorang2 :)

    ReplyDelete
  7. Susahnyer nak gelak.. :)
    zu cuba ^^

    ReplyDelete
  8. nice info saya suke senyum...

    ReplyDelete
  9. nice info.. saya suke senyum

    ReplyDelete
  10. apapun kena cover2 jgk..jgn terlebih2 pula.. ^_^

    ReplyDelete
  11. jom kita gelak ketawa ramai-ramaiii ;p

    ReplyDelete
  12. betul tu..sama dengan senyuman jugak..kira heavy exercise untuk muka :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!