Mamee Chef – Malacca Factory Visit - Azwar Syuhada

Friday, 13 June 2014

Mamee Chef – Malacca Factory Visit

Salam to all readers,

-This is a sponsored post-

Pada petang 29 Mei 2014, Nad mesej aku ‘Wei, Azwar kau nak pergi Kilang Mamee tak? bagi nama, link blog dan email dengan segera’. Aku baca sahaja dah rasa teruja. Pada hal kiteorang dapat tempat daripada orang yang dah cancel nak pergi. Kesian kan? Tapi takpelah, asalkan dapat pergi.

Pagi 31 Mei 2014 (Sabtu), aku dah bersiap sedia menunggu Nad dekat stesen minyak Petron untuk pergi bersama. Kiteorang bertolak pada pukul 7.00 pagi disebabkan para peserta diarahkan untuk berkumpul di Mamee Double Decker, Subang Jaya tepat pada pukul 7.30 pagi dan pada pukul 8.00 pagi dah nak bertolak ke Melaka. Punya semangatlah bangun awal, nak sampai tepat pada masanya alih-alih bertolak ke Melaka dekat pukul 9.00 pagi juga.

Sebelum bertolak, kami telah diberi taklimat sedikit dan kami juga telah diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut warna. Setelah diagihkan kumpulan barulah kami naik bas mengikut warna dan leader masing-masing. Sepanjang perjalanan, aku duduk bersebelahan dengan Kak Nurie. Rata-rata blogger yang join rombongan ini adalah blogger yang sudah berumah tangga, bakal berumah tangga dan yang paling penting lagi tua dari aku. Hehehe..


Kira-kira dalam pukul 11 lebih jugalah baru kami tiba di Mamee Factory, Malacca. Kedatangan kami disambut dengan meriah sekali. Setibanya kami di Mamee Factory kami ditempatkan dalam sebuah dewan kecil iaitu ‘Mamee Gallery’. Tujuannya adalah untuk memberi taklimat mengenai sejarah penubuhan Mamee. Sham Mee, Marketing Manager and La Mien sifu yang memberi taklimat kepada kami semua. Kami juga dihidangkan dengan pertunjukkan ‘Curry Laksa paste cooking’. Sambil mendengar kami sempat menikmati minuman Yogurt yang diberi oleh kakitangan Mamee. Setelah selesai mendengar taklimat, peserta diarahkan berkumpul mengikut warna kumpulan untuk bergerak bersama-sama mengunjungi persekitaran Mamee Factory. Di sini, kami dapat melihat sendiri persekitaran dan juga proses-proses untuk membuat Mamee sendiri.

Banner Mamee Factory. Ini di sudut hadapan Mamee Factory!


MAMEE DOUBLE – DECKER QUICK BACKGROUND

-Mamee-Double Decker holds 4.2 Million Households
In the recent data research released by Kantar WorldPanel shows that out of 5.47 Million TOTAL households, Mamee double Decker instant noodles are being purchased by 4.2 million household buyers in Peninsular Malaysia and we are very happy to have so much support from the  household in Malaysia!

-RM80 Million Investment on the Machinery
In Mamee Double Decker, we believe in technology that will improve the taste of our noodles. To imitate the La Mian technique for better and springier noodle texture, we have invested RM80 million into our machine and technology. With this machine and technology, we are able to make the noodles goes through the same pulling and folding process like La Mian noodles.

Korang juga tidak perlu ragu-ragu lagi untuk makan Mamee kerana ianya HALAL.

As a Malaysia brand, Mamee Double Decker is very particular about having our products certified as Halal. Apart from obtaining the halal certification for the products and operational premises; Halalan Toyiban has been granted to Mamee-Double Decker due to adhering to the industry best practices in maintaining the highest standards of quality and hygiene in food production.



Di bawah ini, sebahagian gambar-gambar proses membuat Mamee:








Setelah selesai mengunjungi setiap sudut Mamee Factory ini, kami dihidangkan makanan tengah hari. Makanannya sangat menyelerakan tambah-tambah ada kek coklat! Sedap sampai menjilat jari!

Setelah para peserta selesai makan, perjalanan diteruskan ke Mamee Jonker House pula. Ianya tidak jauh dengan Mamee Factory kerana hanya mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja untuk sampai. Setibanya kami di Mamee Jonker House, kami  diberi taklimat oleh kakitangan Mamee Jonker House sendiri mengenai produk Mamee. Di Mamee Jonker House terdapat gerai kecil di bahagian hadapan untuk membeli cenderahati, pada bahagian belakang pula terdapat sebuah café. Di tingkat atas Mamee Jonker house, kita dapat menyaksikan sendiri bengkel membuat Mamee. Kami juga diberi kesempatan mendekorasikan sendiri bekas Mamee.
Ini merupakan contoh untuk menghasilkan Mamee versi kartun Mamee sendiri. Kesemuanya sekali ada 9 proses.

Penuh khusyuk masing-masing mendekorasikan bekas Mamee sendiri punya!

Dan inilah hasilnya setelah berpenat lelah mendekorasikan bekas Mamee. Nampak sangat aku tak kreatif.

Sempat bergambar dengan Maskot Mamee bersama beberapa orang blogger. Dari kiri, Kak Ayue, Mek Onie, Kak Nurie dan Azwar sendirilah.

Cenderahati dari Mamee Factory!

Tepat jam 5.00 petang kami pun beransur pulang ke Subang. Sebelum kami pulang, setiap seorang akan menerima cenderahati yang merupakan barangan Mamee. Makanlah puas-puas Mak Jemah Oiii!! Kami juga, sempat merakam kenangan bersama-sama dengan bergambar di hadapan Kilang Mamee, Melaka. Apa-apa pun terus terang aku cakap, rombongan ke Kilang Mamee bersama blogger ini sangat best! Sampai tak terkata bila bersua muka.

Gambar kenangan bersama para blogger dan kru nuffnang di hadapan Mamee Factory!

Layari laman web:  MAMEE Chef

p/s: Apa-apa pun terima kasih ku ucapkan kepada Nuffnang kerana memilih Azwar join rombongan ke Mamee Factory, Malacca. Thanks u so much!

36 comments:

  1. Wah wah wah ! Kemain tau die kate ramai lagi tua. Sekeh kangggg ! :P

    ReplyDelete
  2. tak habis lagi cerita mamee korang ye..
    *jeling maut*

    hahaha.. :P

    ReplyDelete
  3. seronoknya..meriah makan megi banyak2 ya

    ReplyDelete
  4. seronok tak pergi melaka ? :P ehehehe
    df dah masuk belaja jadi tak boleh pergi even ke negeri sendrii =.= huhuhuh

    ReplyDelete
  5. dah baca dri blog kak nad. bestnya. dapat makan kek pulak tu. ingatkan pegi kilang mamee dia kasi makan mamee je, hehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya...tapi Akak tak dapat invitation :(

    ReplyDelete
  7. bestnya..kalau de rezki nuffnnag buat lagi nak p la..hhahhaa

    ReplyDelete
  8. azwarrrrr...akk lupe msukkan pic kilang!! huhu..soriiii..

    ReplyDelete
  9. ni kat melaka kan? same ngn blogger nad la.. tp lupa name blog die..hikhik
    ekceli salu lalu kilang mame nih.. agak teringin nak jejak situ ^^

    ReplyDelete
  10. kat kilang ni kan cerita adnan sempit 2? kalau tak silap la..hehe

    ReplyDelete
  11. wah sedapnya.. best2 dapat pergi trip mamee

    ReplyDelete
  12. Perempuan lebih ramai dari lelaki. hehehe. untung dapat cenderahati mamee. hehe

    ReplyDelete
  13. WUHUUUUUUUU....Bestnya dapat tgok proses pembuatan mamee secara live!program ni nuffnang anjurkan ke?mesti traffik blog tinggi tahap super saiya sebab dpt invite dr nuff walaupon gnti tmpt org kan?heeeheeee...pengalaman yg pnting :D

    ReplyDelete
  14. Wehooo tak sempat nak say hello masa kat Melaka hari....salam perkenalan! !!

    ReplyDelete
  15. waaa best nya ^^..tak berkesempatan nak join..jauh huhu

    ReplyDelete
  16. dapat stock mee segera dari Mamee selama setahun x? haha. seronok baca :) azwa mesti double the seronok kan.

    ReplyDelete
  17. bestnyaaaa... T_T xdapat join sebab jauh

    ReplyDelete
  18. wahhh...kena decorate bekas mamee sendiri ker???kalau lan buat, tatau apa rupanya nanti..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  19. hai.. blog i banyak info.. http://vitaminsno1.blogspot.com i follou u..

    ReplyDelete
  20. wah best nyer dia g kilang mamee..
    tahniah krn terpilih

    ReplyDelete
  21. Wahhh...bestnya dapat peluang teroka dunia Mamee... Hehehe...

    *Singgah + klik nuff Umobile (^^,)

    ReplyDelete
  22. manyak bersihh oo dia punya kilangg aa

    ReplyDelete
  23. satu untung, dua untung, tiga untung. okayyy memang untung. *hidung kembang kempis. memang beruntung sangat kak azwa. btw kilang diorang bersihnyaaa :D makan tanpa was-was.

    ReplyDelete
  24. seronoknya wa dpt g akak tpaksa tolak huhu..

    ReplyDelete
  25. weeeee... syok depa dapat mamee free ^_^

    ReplyDelete
  26. seronoknya dapat join event nuff lagi² dapat melawat kilang ni..fiza terpaksa tolak sebab clash dengan plan lain kan

    ReplyDelete
  27. kakak ada nombor personal contact manager kilang mamee tu tak ? sebab saya nak buat lawatan ke kilang mamee tu . harap dibalas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah sayang, try hantar email dekat mamee or direct fanpage fb :)

      Delete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!