Syawal - Azwar Syuhada

Wednesday, 21 August 2013

Syawal

Assalamualaikum..

Harini baru aku berkesempatan bercerita mengenai Hari Raya Aidilfitri. Mesti korang semua masih dalam mood raya kan?? 

flashback pagi raya...

Kebiasaannya, pada pagi syawal iaitu selepas solat subuh sudah pasti pak uteh aku serta anak-anak lelakinya akan datang ke rumah untuk membuat tahlil, ianya turut disertai oleh pak itam aku juga. Acara ini memang diadakan sejak arwah atuk aku masih ada lagi. Oleh itu, pak cik-pak cik aku meneruskan sahaja acara tersebut sehingga ke hari ini.

Mak aku pula, orang yang paling sibuk pada pagi syawal. Di mana, dia sibuk mengemaskinikan makanan. Selagi aku tak turun ke dapur, selagi tulah aku kena leter dengan dia. hehehe...Itu dululah, sekarang aku dah faham. Jadi, di pagi syawal itu aku tolonglah mana yang patut seperti potong ketupat, senduk rendah, kuah kacang dan paling utama kerja aku ialah membasuh pinggan mangkung. Raya pertama, memang keluarga aku sajikan ketupat sahaja, kuih raya ada cuma terlupa nak letak bila orang sibuk nak makan ketupat.

Dulu, ketika arwah atuk dan nenek aku masih ada, tak menang tangan dibuatnya disebabkan ramai orang datang ke rumah. Kini, masih ada lagi orang datang ke rumah cuma tidaklah sehebat dan semeriah seperti dahulu. Kebiasaannya syawal yang pertama, aku dan keluarga akan beraya di rumah atuk-atuk sedara yang berdekatan dengan rumah aku ini juga. Masuk syawal kedua, kiteorang akan beraya di rumah atuk-atuk sedara, pak cik-pak cik sedara, dan sepupu belah mak di area Klang dan Shah Alam. Tak jauh mana pun. Kali ini,syawal yang ketiga pula kiteorang beraya di rumah pak Jusco, Bukit Tinggi. Inilah nasib orang tak berkampung. hehehe...

Setelah mak cik aku sudah pulang ke rumah dia semula. Maka, bermulalah aktiviti biasa iaitu duduk melepak di depan televisyen, bila lapar mulalah menjengah ke dapur pula, bila mengantuk carilah bantal. Serupa orang takde life pula cuti raya ini. Rumah aku ini memang tiada istillah 'RUMAH TERBUKA' ataupun 'OPEN HOUSE' kerana rumah aku ini memang sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang nak datang.

 Ini keluarga saya -_-

bergambar dengan sebahagian sepupu belah mak

bergambar lagilah kita ye!!

nak tengok gambar raya lagi? visit my instagram : azwarsyuhada


NOTE : mengapalah harus terjadi musibah di minggu di Aidilfitri. Kita di Malaysia, menyambut Aidilfitri dengan penuh gembira. Namun, bagi saudara kita di Mesir menyambut Aidilfiri dengan pertumpahan darah.



33 comments:

  1. Selamat Hari Raya Azwa ;D

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya! heee. bestya beraya suasana kampung. kita ni dari kecik hidup kat rumah batu. bosan ouhhh. huhu. btw, follow blog kite ehh. tq. :)

    http://fianceetobe.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. salam raya..seronok tgk suasana raya =)

    ReplyDelete
  4. wahhh!!!!!sy baru perasan taun neh ramai sgt pakai baju biru turquise...hehehhe....ramainya adik-beradik....hehhehehe...

    ReplyDelete
  5. wah, kebiruan nampak entri dengan baju rya berwarna biru..

    ReplyDelete
  6. meriah betul raya ni..
    selamat hari raya aidil fitri


    My recent post : Coolkan Blog Dengan CoolBlog

    ReplyDelete
  7. Salam Syawal,
    wahh theme biru noo..hihi
    btw, selamat hari raya aidilfitri.
    comel je spupu2 uh :)

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya ! :) ayah awak ke baju biru tu? knp nmpk muda sgt?

    ReplyDelete
  9. lain dr yg lain =) hu3 agak meriah raya awk ye..kalau duk sblah rmah..msti dh terjah ni..boleh mkan byak2 hu3

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.

    Azwa..selamat hari raya wa.. maaf zahir dan batin.. :)

    Bertemakan biru ya ^^

    Lana pun takda istilah open house..tapi pa2 hal, minta izin abah n mak jugak dulu kalau ada kwn2 nk dtg..spya senang sediakan apa yg patut ^^

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya.maaf zahir batin! :)

    ReplyDelete
  12. Hi! 안녕하세요~~! please do visit our blog! we sell
    purely handmade products such as phone cases, pouch,
    earrings, cards, hp strap, cute items!
    쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
    http://twinscraftlife.blogspot

    ReplyDelete
  13. wah.. comel comel je ... selamat hari raya dik..

    ReplyDelete
  14. wah, cantik gambar.
    selamat hari raya

    ReplyDelete
  15. sama laa..hahaha..raya mcm xraya pn, mcm hari biasa je..huhu

    ReplyDelete
  16. Meriahnya raya tahun ni...kebiruan...mendamaikan..

    ReplyDelete
  17. balas kunjungan cni..:)

    http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/08/menangi-rm25000.html

    ReplyDelete
  18. Selamat hari raya..Cerianya korang bergambar :)

    p/s: Kak Farah singgah jenguk Azwa

    ReplyDelete
  19. Selamat Hari Raya dari mokcik :))

    ReplyDelete
  20. tema baju raya tahun ni ramai biru hihi

    ReplyDelete
  21. slamat ari raya Azwa....amboii meriah nooo....kita raya sorang2 jer taun ni hee

    ReplyDelete
  22. Assalammualikum,,,,azwa,

    meriahnyer beraya di kampung kan... dapat main meriah makan ketupat , masak lemang dan kacau dodol,.
    cerita masa awrah atuk ader dulu ... sedih gak mengingatkan mereka yg telah tiada...

    mselim3

    ReplyDelete
  23. Akak pun tak update lagi pasal raya.. Haha! Malas pulak rasa nak update.. Huhu..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  24. meriahnya sambutan aidilfitri adik.. seronok dapat berkumpul bersama saudara-mara.. :D

    ReplyDelete
  25. tema turquoise la nie..cantik..

    ReplyDelete
  26. fuyooo biru nyeee :)
    selamat hari raya ~

    ReplyDelete
  27. meriah raya.. =)

    http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/08/softly-shop-dress-giveaway.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!