Persiapan Menjelang Hari Raya Aidilfitri - Azwar Syuhada

Monday, 5 August 2013

Persiapan Menjelang Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum..

Sekian lama menyepi, kini aku kembali menaip. Mungkin sekarang ini ramai orang tengah sibuk buat persiapan hari raya, kan?? bagi mak aku, sudah semestilah sibuk dengan tempahan baju kurung, kuih tartnya dan kemungkinan juga dengan tempahan cup cake. kalau bab perabot baru memang tak adalah dalam senarai dia. Tiada keperluan ke arah itu katanya. Mungkin terbawa didikan atuk nenek aku.

Kalau korang nak tahu, aku pun tengah sibuk dan excited buat persiapan raya juga. Persiapan yang aku maksudkan itu ialah mengemas ruang tamu, buang sesawang yang ada, sapu halaman rumah. Yelah, aku ni kan duduk rumah kampung jadi banyaklah debu asap dari tepi jalan masuk ke dalam rumah. Untuk memuaskan hati aku sendiri, aku terpaksalah mengemaskan sendiri sambil bersilat kuntau dengan adik lelaki aku yang montel.

Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, menu utama di rumah aku semenjak arwah atuk dan nenek aku ada lagi sudah semestinya dodol dah kuih tart. Dodol merupakan kebanggaan arwah nenek aku, walaupun dia tak berapa makan boleh dikatakan setiap tahun dia mahu membuat dodol juga. Seminggu sebelum raya sudah pasti aktiviti mengacau dodol akan dijalankan, adakala sampai dua kali terpaksa dikacau disebabkan masalah teknikal. Bagi mengenangkan kedua-dua arwah, jadi mak akulah sedaya upaya membuat dodol dan kuih tart dengan sendirinya. Kalau kuih tart, mak aku dah pro sampai ambil tempahan lagi, kalau dodol tu memang dia tak kuasalah disebabkan kerja itu berat sikit. Untung juga jadi mak aku, katanya buat dua jenis kuih raya sahaja tapi apabila aku buka kabinet bertingkat-tingkat pula kuih rayanya. (ingat waris je ke yang ada lagu bertingkat-tingkat, kuih raya mak aku pun bertingkat-tingkat juga okay!!). Korang belum tengok pagi raya, kalau adik-beradik mak balik sini sudah semestinya meja dapur dipenuhi dengan lauk-lauk serta kuih raya. Yelah, mak aku sorang sahaja akak masing-masing.

Baju raya?? Tak usah ditanyalah. Tahun ini agak meriah jugalah baju raya aku disebabkan hasil daripada pujuk rayu aku yang pandai ini pada mak dan juga mak usu aku sendiri. Ada juga yang aku beli sendiri, iaitu kain daripada Bandung dan terutamanya di Jalan Tar. Ada yang aku tempah dan ada juga yang masih terletak tepi mesin jahit mak aku. Jawabnya tak berjahitlah tu, baju dia sendiri pun tak terjahit. Kalau korang nampak, aku pakai baju raya silih berganti, maknanya lebih dari dua pasanglah baju aku. Tapi bila korang tengok aku pakai baju yang sama, maknanya betollah mak aku tak jahit lagi. Kisah plak aku?

Balik kampung?? Tak payahlah ditanya. Buat kucewa hati aku sahajalah. Kampung aku di rumah aku sendirilah. Nak balik kampung bapak aku? Seberang jalan sahaja pun. Makcik-makcik aku kata, kalau teringin nak balik kampung, carilah orang jauh. Jangan orang hujung mata sudahlah.

Inilah satu-satunya kuih raya yang aku buat sendiri iaitu kuih raya cornflakes.

Ini pun salah satu tradisi keluarga aku apabila menjelang hari raya iaitu memasang lampu pelita.


Semangat mengacau dodol =)

p/s : Pesanan ikhlas dari akulah, janganlah terlampau gembira nak balik kampung. Nanti duka yang menimpa. Jadi berhati-hatilah di jalan raya, teruutama bagi mereka yang masih muda janganlah terlampau nak bergurau di dalam kereta. Pandu cermat, jiwa selamat. Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. -_-



25 comments:

  1. sedapnya kuih raya..rajin kau eh nak raya nih..

    ReplyDelete
  2. eiihh..seksi eh minah niii..hahaha! haha kuih cornflakes..aku igt nak buat kuih tu gak..tpi, x ada yg nak mkn...jadi cancel lah..hahaha! apa2pun syabas atas kuih buatan sendiri tu... haha! >.<

    ReplyDelete
  3. ehe mcm persiapan nak sambut menantu jer tu ehe

    ReplyDelete
  4. wahhh rajinye :) nak sikit kuih raya

    ReplyDelete
  5. waahhh...meriahnya...seronok!

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya. Bestnya rumah kat kampung :D Nanti dah besar balik rumah mak masih kat kampung, anak-anak pun boleh main main kat kampung. Indahnyaaaaa ^_^

    ReplyDelete
  7. bestnye taip2 hari blik kampung (rumah) hehehe
    betul tu, kalau terasa nak blk kg.. cari lah org jauh sket nanti.. hehhee

    ReplyDelete
  8. fuhh semangat gilerr ahaha xD Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya aidilfitri adik azwar.. mohon maaf di atas segala kekasaran bahasa sepanjang perkenalan kita di alam maya.. wah.. sedapnya dodol.. akak tak pernah buat sendiri, selalu kalau teringain nak makan beli.. memang mencabar nak buat dodol tu kan?

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya aidilfitri adik azwar.. mohon maaf di atas segala kekasaran bahasa sepanjang perkenalan kita di alam maya.. wah.. sedapnya dodol.. akak tak pernah buat sendiri, selalu kalau teringain nak makan beli.. memang mencabar nak buat dodol tu kan?

    ReplyDelete
  11. he3..meriah je tgok..nti ikot la kata m.cik awk 2..cri yg jauh2..nk best lg amek yg oversea ho3 =) Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dn Batin

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya dear... takpe lah.. nanti kawin cari orang jauh ye.. merasa suasan balik ke kampung.. hihi

    maaf kalau mama ada terkasar bahasa sepanjang kita berbelog.. :)

    ReplyDelete
  13. konfem smbut raya lagi meriahkan..psiapan sebelum raya pun dah semeriah tu..hehe

    ReplyDelete
  14. Dulu setiap tahun kacau dodol, tp tahun ni tka kacau sebab nenek sakit...
    Skang ni tgh gotong royong nak kemas uma, memang adventure lahhh

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya kak.nak duit raya he333 ^_^

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

    Hotlink satu

    iskandarx[dot]com

    ReplyDelete
  17. Belum terlambat untuk wish " Happy Eid al-Mubarak "....

    #sj mengedik wish dlm Bi

    ReplyDelete
  18. A'a . Samalah kita kuih cornflakes jelah yang termampuu :0

    ReplyDelete
  19. semangat tu.. kacau dodol...

    selamat hari raya juga ya azwar...

    ReplyDelete
  20. selamat hari raya dear =)
    urm...bstnya dodol ^^
    teringin sangat

    ReplyDelete
  21. selamatt harii rayaaa jugaa :)
    makan2 jugaa jangan sampai telebih makan nanti jadi bam bam tak elokk hihi :)

    ReplyDelete
  22. Wahhhh bestnya kacau dodol..dah berpuluh tahun tak mengacau dodol...kacau rendang adalah...
    Selamat Hari Raya...kuih raya tu nmpak sedap...sure dah abiss kan...

    ReplyDelete
  23. selamat hari raya :) maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  24. rajinya wat dodol..:) sya tak larat nk mengacaunya..patah tangan..hehe tahun ni pun,sya buat conflake jer,hee kte geng la :P selamat hari raya yer :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!