Assalamualaikum..
Pagi tadi, sebelum bergerak ke sekolah terdengar sekejap pesanan pakar motivasi kita iaitu Dato Faley di corong radio mengenai 'nafsu membeli makanan membuak-buak sehingga berlakunya pembaziran'. Setiap kali menyambut ramadhan, sudah pasti bazar ramadhan menjadi tumpuan orang ramai.
Ianya sudah menjadi satu lumrah di mana apabila menjelang ramadhan, masa inilah nafsu orang ramai membeli makanan membuak-buak. Sebagai contoh, di rumah aku ini sahajalah. Masa arwah atuk dan nenek aku ada lagi, ramailah saudara mara datang ke rumah sambil membawa juadah sorang sikit. Apabila arwah sudah tiada, tinggal seorang pakcik aku bersama keluarganya sahaja datang berbuka kerana kami berjiran. Pak cik aku ini jugalah yang rajin membeli juadah di bazar ramadhan. Sampai, mak aku selalu berpesan padanya, kalau nak beli kuih tu, belilah sikit sahaja dan cukup di makan untuk berbuka. Kerana, kalau beli bebanyak, jawabnya banyak jugalah terpaksa di loyong ke tong sampah!! Kalau korang datang ke rumah aku, sudah pasti korang kenyang air. Pelbagai warna korang dapat tengok, ada warna hijau, kuning, oren, coklat, pink (sudah macam pelangi). Kalau time nak berbuka sorang tu sampai lima gelas. Bila dah kenyang air, nak makan pun dah tak lalu.
Kesimpulannya, gunakanlah kebijaksanaan anda dalam membeli juadah puasa. Kita ini puasa 30 hari, bukannya 3 hari. Sememangnya, memasak juadah puasa di rumah lagi jimat dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kalau ada masa praktiskanlah di rumah anda!! Ingat, berjimat cermatlah di bulan puasa ini.
p/s: Rindu gila nak menaip, malam ini baru berkesempatan bukak blog! Nanti kalau ada masa, aku update lagi k!! Salam rindu untuk korang.. muhehehe.. =)
selamat berpuasa akak ^_^
ReplyDeletehehehe.. bulan puasa adalah bulan pakej.. semu ade.. tp x elok sebernanya kan buat pembaziran.. heheh
ReplyDeleteKalau kat rumah teena tu, beli kuih byk, tapi makan nya sebijik jer...ish3 sapa lah tu kan, yg penting it 's not me.
ReplyDeletehak r betol 2..kdg2 berbuka ni kyg dgn minum air je :)
ReplyDeletehehehehehe betul tu , tapi puase nie ,acik pilih bersederhana saje :)
ReplyDeletesetuju sangat dengan entri adik.. masak atau beli secukupnya sahaja.. sayang jika rezeki dibuang..
ReplyDeleteSebab tue Arol tak suka pergi bazar Ramadan. Nanti mesti nak beli macam-macam tapi tak makan pun. Keluarga Arol setiap hari buka puasa yang penting mesti ada nasi dan lauk. Itu pun dah cukup, janji kenyang! Sesekali beli murtabak atau kuih. Tak perlu membazir, lebih baik simpan duit tue untuk beli baju raya! Hehehe! :D
ReplyDeletemama berbuka ala kadar je, satu jenis lauk, satu jenis kuah, satu jenis kuih.. air sejug.. jadik lah..
ReplyDeleteada pun entry! ni aku syg kat kau..haha! fuyoh..hebat tu sorang 5 gelas...aku satu gelas pun rasa mcm nak meletup perut ni..itulah org sebenarnya tak gi bazar ramadhan...tapi gi bazir ramadhan...aku ngan family jarang gi bazar ramadan..bazar ramadan jauh dri rumah..tu yg malas.. huu T_T
ReplyDeleteBetul tu. Tak elok la kita buang2 makanan kalau tak habis. Membazir kan amalan syaitonn. So elak2kan la beli makanan berlebih2an.
ReplyDeletebetul tu..xelok bazir..kami pun makan ala kadar je..puas hati sbb xde pun nak buang2...semua makan hbis...:))
ReplyDeleteKebiasaannya....bulan puasalah banyak membazirkan....macam2 nak makan...bila berbuka...langsung tak makan..
ReplyDeletehehehe kdg2 msk kat rumah pun x abis..dimana2 pun pandai2 lah berjimat n jgn tamak betul x
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteMacam akak, wakilkan sorg je pergi bazar, siapa lagi kalau bukan abah,hehehe. Budget RM10 je, tuk beli kuih.
Bila pergi lebih dari sorg, perut org lain2, mula tamak nak beli mcm2.
Untuk org bujang, sebaik2nya cubalah memasak sndiri. Penat mcmna pun, ia berbaloi. Bukan saja jimat, tpi slmt..
^U^ Jom Join! 28 hadiah menarik! Top refferal akan mndapat Rantai Moustache dan HADIAH PILIHAN SENDIRI! Let's Join! :D http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/07/segmen-simple-giler-by-anis.html
ReplyDeleteberjimat kot sebab wife tunggu hari je nak bersalin ni.kena tumpukan kat anak plak :)
ReplyDeletelagipun saya dah kurus *motif????
kuikui.. bila perut lapo.. mmg jd rambang mata... semua nak beli..
ReplyDeletepadan berjimat aje.. kalau tak asyik membazir aje sbb terpengaruh ngan makanan banyak.. hehe :D
ReplyDeletenah kad raya! simple je ^^ http://i.imgur.com/swyUTK9.jpg
dah lama tak jejak sini :)
Seeloknya b'sederhana aje... selamat hari raya...
ReplyDeletesalam aidilfitri :-)
ReplyDeleteckj masa ramadhan jarang beli.. salu masak dengan mak.. alhamdulillah.. kurang pembaziran berlaku..
ReplyDeleteselamat hari raya.. :)