Assalamualaikum ..
Pada akhir tahun 1965 , timbul kesedaran di kalangan masyarakat tempatan untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah . Telok Panglima Garang telah dipilih untuk dijadikan tapak kerana kawasan ini strategik . Melalui rundingan tapak seluas 3.318 hektar telah diambil alih dengan bayaran ganti rugi sebanyak RM6,450.00 kepada beberapa pemilik tanah pada 18 Julai 1968 . Antara orang-orang kampung yang berpengaruh dalam rundingan ini adalah seperti Mohd Daie bin Dol , Talib bin Bulat dan lain-lain lagi . Atas usaha rundingan Y.B Dato' Hormat Rafeei ada (wakil rakyat) bersama setiausaha kementerian Pendidikan urusan pembinaan sekolah dengan kos RM300.00 berjaya diluluskan .
Akhir tahun 1972 banggunan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang tersergam dengan indahnya dan mula digunakan pada 2 Januari 1973 . Antara tenaga pengajar yang terawal ialah Haji Md. Radzi (meninggal dunia) , Md. Thani , Tuan Haji Alias , Cikgu Ahmad Yahya , Cikgu Zakiah , Cikgu Sabariah binti Afdal dan lain-lain lagi . Sementara guru besar (pengetua) terawal ialah Encik Ahmad bin BUsu . Ketika sekolah ini dibuka , sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Yaacob , Menteri Pelajaran Malaysia pada 23 Mei 1974 . Pertambahan bilangan pelajar telah bertambah pada 30 November 1980 , pihak sekolah mendapat peruntukan untuk membina bangunan tambahan sebanyak 6 buah bilik darjah , setor dan 5 buah makmal tulen hasil usaha pengetua kedua iaitu Encik Ishak bin Thalaha yang mula bertugas pada 1 Januari 1980 , kunci bangunan tersebut telah diserahkan pada 14 Februari 1985 . Sehingga kini Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang telah mendapat beberapa blok tambahan iaitu sebuah bilik makmal , dan 10 bilik darjah yang telah digunakan .
Pada masa sekarang ini terdapat dewan sekolah , asrama putera dan puteri , empat pintu rumah guru dan surau dan bangunan Form 6 . Sekarang bilangan pelajar telah bertambah dan bilangan tenaga pengajar bertambah juga empat kali ganda . Pada tahun 2001 sehingga 2007 pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang ialah Puan Adillah binti Syafie . Setelah Puan Adilla bersara , Encik Nordin bin Saat telah mengambil alih sebagai pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang .
Note : Aku sayang sekolah aku kerana tenaga pengajarnya terawal terdiri daripada atuk dan juga atuk-atuk sedara aku .Sementara itu , mak aku dan juga sedara maranya pula dan kini anak-anaknya termasuklah aku dan sepupu aku yang lain menjadi warga pelajarnya pula . Rasanya kini dah ke generasi yang ke-2 . Insyaallah akan datang generasi ke-3 akan menjadi tenaga pengajarnya semula di sekolah ini . Tengok betapa aku sayang akan sekolah aku , korang ada??.. =)
Wednesday, 19 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Oooo nie sekolah dengan ibu lah nie, sama dengan fie. hehe
ReplyDeleterumah aku pon dekat-dekat sini..sihangkang..hehe
ReplyDeletesemangat nya. kwn chic na ada sekolh sini la. ;)
ReplyDelete@fifie : Yup !! sekolah warisanlah juga..haha.. :)
ReplyDeletebangga nyer yer...sekolah warisan keluarga lah ni yer..TAHNIAH!
ReplyDeleteTeluk Panglima Garang??
ReplyDeleteow..owg Klang ke..??hehe
-dah tau..saje tnye..;p-
alhamdulillah,
ReplyDeletemoga semua pelajarnya berjaya :)
sekolah akak dulu wujud zaman pemerintahan omputih. Memang bangunan pun dibuat dari kayu. Duk elok lagi sampai ke la ni
ReplyDeleterumah mak saudara saya dekat sijangkang kak! haha. saya rasa saya pernah lalu depan sekolah ni :)
ReplyDelete