Permainan - Azwar Syuhada

Sunday, 23 December 2012

Permainan

Assalamualaikum ..

Setuju tak , kalau aku cakap permainan moden zaman sekarang lebih menghayalkan dan mengasyikkan seseorang itu sehingga terlupa perkara yang lain dan juga merenggangkan hubungan kekeluargaan ?? (mungkinlah ) . Masihkah ada lagi budak-budak yang mengetahui permainan tradisional zaman dahulu ?? Kebanyakkan remaja mahupun budak-budak zaman sekarang seawal usia 3 tahun telah dihidangkan dengan permainan teknologi . Sebagai contoh , ipad , psp , komputer dan sekutu dengannya . Yup , tidak dinafikan adik aku juga main permainan teknologi sekarang . Aku tahan main permainannya pon , adalah dalam setengah jam . Lebih-lebih main sudah pening kepala .

Yang aku pelik , budak-budak sekarang boleh leka main Ipad dekat berjam-jam termasuklah mak bapak zaman sekarang . Ibubapa sekarang lebih menggalakkan main permainan moden sekarang , janji anaknya diam . Benda utama hendak keluar rumah , adalah memastikan permainan Ipad or psp itu dibawa sekali supaya anak-anak mereka tidak banyak bunyi . Begitu juga jika pergi makan dekat luar baik kedai mamak or restoran , rata-rata budak-budak mesti pegang alat teknologi untuk dimain .

Oleh kerana , unsur-unsur jenayah kerap berlaku sekarang . Jadi mak bapak lebih selesa membiarkan anak-anak mereka bermain di dalam rumah dengan melambakkan  alat gadget moden , tambah-tambah dengan ada penggunaan internet lagilah anak-anak malas untuk keluar . Begitu juga bila berkumpul di rumah atuk nenek , mereka lebih suka bermain alat permainan moden tanpa menghiraukan saudara mara yang ada di sekelilingnya . Bukan semua gadget moden berunsur negatif  , ada juga gadget moden berunsur positif . Ibu bapa haruslah memantau anak-anak mereka bermain , supaya anak-anak dapat mencari ruang merapatkan hubungan dengan atuk dan nenek mereka . Bukannya merapatkan hubungan dengan alat teknologi modennya .

Permainan zaman dahulu memerlukan ketangkasan , kecekapan ( ala macamlah korang tak tahu berlari , melompat , menjerit , bergaduh & sewaktu dengannya ) , tetapi pada hemat akulah permainan sekarang banyak memerlukan hujung jari yang tangkas ( lagi elok lagi panjang jarinya seperti iklan di kaca televisyen ) , serta makanan dan minuman yang mencukupi sepanjang bermain dengan permainan teknologi .

Serius aku cakap , permainan dulu-dulu kala ( masa aku sekolah rendah dululah ) sebenarnya lebih adventure dan menyeronokkan . Sampai sekarang , kita duduk-duk pon terkenang kisah dulu . Contohnya main masak-masak , pondok-pondok , ting-ting , berkubang , dan macam-macam lagilah boleh main . Zaman sekarang alat gadget kalau dah rosak , apa yang nak di kenangkan ?? Maybe beli baru jelah kot .. Bawah ini , jenis permainan dulu-dulu kala . Zaman sekolah wa .. Pernah main ??

 Permainan Congkak

 Permainan Ting-ting

Permainan Getah pemadam

 Permainan Galah Panjang

Permainan Gasing

Note : Ingat lagi tak permainan atas ni semua ?? Serius aku cakap rugi pada sesiap yang tak merasa . Masuk  kubang , panjang pokok , jatuh basikal merupakan pengalaman manis . Itu bagiku , buat korang yang lebih suka main alat-alat moden ni , aku tak tahu pula . Ini entry ke-6 buat blog baru yang dah genap seminggu ..hahaah.. >_<



29 comments:

  1. semua pernah main. kebanyakkan permainan dulu lebih happening berbanding dengan permainan tekologi zaman sekarang. permainan dulu banyak keluarkan peluh, badan pun sihat :)

    ReplyDelete
  2. setuju2.. permainan zaman dulu rasanya lebih mesra alam. hihi..

    ReplyDelete
  3. lama x main...zaman kanak2...

    ReplyDelete
  4. Haa tediaaa ! Getah pemadam dan congkak tulah paling faveret wa dulu kala . Kihkih tapi sekarang..uhhhm uhmmm pegang robot boleh ckap tu aje

    ReplyDelete
  5. penah2 main dlu2..rindu nk main smua tu..tp klu tya budak2 skrg..rasanya dorg taktaw..sume kena sogok dgn main2 moden ni..sedih..T_T

    p/s: yer..lyeen bakal cikgu..hehe..xda rupa bkl cikgu pun kn..hahaha:D

    ReplyDelete
  6. mainan macam ni sumpah seronok! dapat uji minda kita daripada main ipad tu bosan jek.. nice entri dear :)

    ReplyDelete
  7. wahh rindu nk main congkak..orang dulu2 kretif..skunk ni,menghadap laptop jer,tak berpeluh langsung..hee

    lama xbwre sini,dtg bawa entry baru.. Link chot,Jemput singgah :)
    http://chot91.blogspot.com/2012/12/website-menarik-untuk-dilawati.html

    ReplyDelete
  8. Budak sekarang mana nak kenal dah benda benda nie, kecuali budak kampung yang tak kenal ipad psp semua tu

    ReplyDelete
  9. permainan zaman dulu best lagi :-)

    ReplyDelete
  10. Budak2 sekarang ipad,ipon ,i tepek kan tgn ja. Tradisional makin dilupakan.. ~

    ReplyDelete
  11. setuju sesangat..anak² buah sy mne tau permainan tradisional ni smua..yg dieorg tau angry bird je..huhu

    ReplyDelete
  12. permainan dulu lg kreatif dan kbykannya mementingkan kecergasan fizikal.. contoh: galah panjang...
    huuhhuhu.. fiq prnh wat citer pasal ni dulu...
    http://cikgufiq.blogspot.com/2010/12/teringat-masa-kecik-kecik-dulu.html


    :)

    ReplyDelete
  13. nak tambah lagi, permainan laga semut pon oke gak

    ReplyDelete
  14. teringat lak zaman kecik2 dulu,,hehe

    ReplyDelete
  15. wah rindunye permainan dulu2..huhuu

    ReplyDelete
  16. tuu la zaman berubah.. huhu era masa kt kanak2 mmg jauh lebih best..rinduu sgt ! hemm teknologi ade pro n cons nye kan.. tdk dpt tdk, ia dh sebati dlm diri stiap msrykt hr ni :)

    ReplyDelete
  17. rindu akan game-game lame terutamanya congkak!!

    ReplyDelete
  18. semua pernah main...tapi pada awal-awal sebelum datang si gigimon dgn cyberpet...haha...lepas tu takde orang nak main dah...kalau nak main sorang-sorang kang org panggil gila pulak..heheh :)

    ReplyDelete
  19. zaman bunda dulu seronok main galah panjang n kondang kondi..tau macamne main kondang kondi?..taktau tya kat mak ke ayah ke..orang zaman 60an n 70an tau ..

    ReplyDelete
  20. beza bdak2 kg ngan bdak2 bndar..
    bdak2 kg yg hdup sdrhana akan maen permainan cm neh..klu yg berada ckit lbh krg jew ngan bdak2 bndar..

    ReplyDelete
  21. pernah main semua permainan ni..ada 1 lagi yg azwar lupa letak..konda kondi..:D

    ReplyDelete
  22. setuju.... benar... zaman srkg punya permainan tak ada nilai.. kadang2 lah..
    maksud leeza nilai spt bekerjasama...
    ni main ngadap gajet..

    ReplyDelete
  23. Salam.

    Apa khabar azwa? sihat ya.. ^_^

    Bab leka tu..lana setuju. Baru je supervisor lana duk cerita pasal anaknya. Baru ni dia tertinggal handphone kat rumah.. Anak dia yang darjah 3 tu terjumpa.. pastu apa anak dia buat tau, dia main game online. Kredit dari RM60 tinggal RM2..

    Sabor jela..hehehe

    Satu lagi yg lana prasan, sebab terlalu lama menghadap skrin, budak2 skrg, muda mudi lagi dah pakai spek mata..dah rabun... tebal2 plak tu spek matanya..huhu..

    ReplyDelete
  24. SETUJU2 .. RINDUNYE KAT PERMAINAN DOLU2 .. HEHE

    ReplyDelete
  25. permainan dulu klu kita main tak dek ibubapa nak risau sgt..abih2 pon penat...dah penat gaduh2 pastu baik sambung main semula..
    takdek unsur2 tak elok..
    heheheh

    ReplyDelete
  26. It is actually a great and useful piece of info. I am happy that you simply shared this useful info with us.
    Please stay us informed like this. Thank you for sharing.


    Here is my website; www.onlinekredit1a.de

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!