Azwar Syuhada

Wednesday, 28 January 2026

Raikan Ramadan 2026 denga Cita Rasa Terkini Pada Harga Menarik di Bangi Golf Resort (BGR)!
11:05 pm0 Comments

 Salam to all readers,


| Raikan Ramadan 2026 denga Cita Rasa Terkini pada Harga Menarik di Bangi Golf Resort (BGR)! | Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadan. Moga Ramadan kali ini lebih barakah. Bila tiba Ramadan masing-masing mesti tengah cari port menarik untuk bufet Ramadan kan? Yes, Ramadan kali ini, Bangi Golf Resort (BGR) sekali lagi menawarkan menu Bufet Ramadan, dengan menghidangkan ariasi juadah tradisional yang digemari ramai serta sajian baharu yang kreatif, disediakan dengan penekanan terhadap kualiti dan kelestration, bermula 20 Februari hingga 19 Mac 2026.


Raikan Ramadan 2026 denga Cita Rasa Terkini pada Harga Menarik di Bangi Golf Resort (BGR)!



Ada Lebih 100 Pilihan Hidangan Boleh Nikmati!


Siapa kaki makan bufet korang wajiblah booking berbuka puasa dekat BGR. Pada tahun ini, BGR menawarkan lebih daripada 100 pilihan hidangan istimewa yang menyelerakan, serta menampilkan resipi istimewa hasil sentuhan kulinari BGR sendiri. Antara hidangan istimewa yang menjadi kegemaran ramai termasuklah Kambing Golek, yang dipanggang dengn sempurna, Sup Kambing, Satay ayam resepi istimewa, Gyoza Dumpling resepi istimewa, Nasi Kerabu, serta hidangan popular Telur Sous Vide bersama Cendawan Espuma.



Ini paling laju habis dan ditunggu-tunggu oleh orang ramai.



Daging Masak Hitam



Brokoli & Bunga Kubis dengan Sos Sayuran


Telor Podimas


Sambal Sotong Kembang


Telor Tomato Sos Masam Manis



   Ayam Gulai Pedas


Daging Masak Hitam


Sayuran Kari India




Memperkenalkan Sajian Tradisi India Selatan


Tahun 2026 ini, BGR memperkenalkan sajian tradisional India Selatan seperti Ayam Pallipalyam, Mutton Ghee Roast, Sayur Kurma, Sambar, Telur Podimas, dan Gobi Manchurian. Pengalaman ini turut dilengkapkan dengan pencuci mulut klasik India Selatan seperti Kesari dan Payasam.





Bukan itu sahaja, tahun ini juga BGR turut membawakan Ramen Ayam tradisional dan Ramen Dumpling Udang yang menyelerakan, ia dimasak menggunakan stok udang Jepun istimewa yang direneh dengan penuh teliti dan diolah khasi mengikut cita rasa tempatan ianya menghasilkan gabungan unik antara keaslian tradisi Jepun dan sentuhan moden yang memikat selera. Wajib try kalau datang iftar dekat sini, betul-betul merecik rasanya.


Pelbagai Jenis Kuih-Muih Tradisional Disajikan








Buat pengemar pencuci mulut pasti terpesona dengan pelbagai jenis kuih-muih tradisional, termasuk Pulut Putih bersama Serawa Durian yang lemak manis dan menjadi kegemaran ramai. Hidangan pencuci mulut ala Barat turut melengkapkan lagi bufet, manakala stesen Churros "Live" yang disajikan panas bersama sos coklat buatan sendiri menambah kemerihan serta memberikan sentuhan ceria dan pengalaman indah sewaktu berbuka puasa.







Manakala, golongan kanak-kanak juga tidak ketinggalan, turut diraikan dengan aneka hidangan manis dan lazat seperti Mac & Keju, Kentang Goreng Berperisa, Ais Krim Lembut, Betih Jagung Karamel, dan Gula-gula Kapas, serta kemudahan Istana Belon untuk hiburan mereka.



Rasai Keenakan Telur Separuh Masak di BGR



Ini one of  menu signature dekat Bangi Golf Resort, kalau korang datang berbuka dekat sini. Please try!! Aku repeat sampai 2 kali ya, sedap ya ampung. Gabungan telur separuh masak dan sos espuma cendawan dia memang merecik la. Telur tak bau hanyir langsung. Pasti nak datang nak repeat lagi.




Muka banyak happy dapat makan. Komitmen BGR terhadap kualiti dan keselamatan makanan diperkukuhkan dengan pensijilan HALAL JAKIM (sejak tahun 2009) dan pensijilan HACCP (sejak 2021). Pada tahun 2026, BGR melangkah lagi ke hadapan dengan memperoleh FSSC 22000, sekaligus memperkukuhkomitmen terhadap piawaian kebersihan dan keselamatan makanan bertaraf antarabangsa yang lebih tinggi.



Demi keselesaan para tetamu, BGR turut menyedikan sehingga 800 petak parking percuma serta kemudahan surau yang luas dan selesa untuk kegunaan tetamu lelaki dan wanita.


Raikan Ramadan 2026 denga Cita Rasa Terkini padaHarga Menarik di Bangi Golf Resort (BGR)!



Nimati Bufet Ramadan BGR dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026 pada harga yang berpatutan:


  • Harga Tempahan Awal (Tempoh tempahan: 1 Jan -19 Feb 2026) - Serendah dari RM60.00+ seorang dewasa dan RM30.00+ seorang kanak-kanak
  • Tempahan Berkumpulan - Nikmati kadar istimiewa untuk tempahan berkumpulan. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi: https:..bangigolfresort.com/ramadan-buffet-2026/
  • Harga Wal-in - RM88.00+ seorang dewasa dan RM44.00+ seorang kanak-kanak


Jadi apa tunggu lagi, book calendar korang semua ajak mak ayah, adik-beradik, rakan-rakan, officemate, datang iftar di Bangi Golf Resort (BGR) dan rasai sendiri pengalaman berbuka puasa yang penuh bermakna, kaya dengan tradisi serta keistimewaan rasa.


Selamat Menyambut Bulan Puasa yang bakal tiba tak lama lagi guys! 

Reading Time:

Saturday, 24 January 2026

Staycation 3H2M di Jakarta, Indonesia [Part 2]
10:54 pm0 Comments

 Salam to all readers,


| Staycation 3H2M di Jakarta, Indonesia [Part 2] | Btw, selamat tahun baru ualls!! Punya berzaman aku tak sentuh blog weyh, aku buka laptop pun jarang, buka pun hujung bulan, settlekan komitmen, kemudian tutup. Dari haritu nak sambung cerita Jakarta trip, sampai kesudah tak ber update rupanya. Alhamdulillah, aku masih bernafas, dan diberikan kesihatan yang baik, aku doakan korang yang membaca blog ini dalam keadaan baik. Sebelum aku nak story sambungan Jakarta aku ni, bagi aku meluahkan apa yang aku nak luahkan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita nak melangkah ke bulan Ramadhan, rasa cepat sangat masa berjalan. 


Aku nak share dengan korang, aku sekarang tengah aktif buat affiliate tiktok, aku buat lepas kerja dengan weekend, bagi mengisi masa lapang (yang ya, tengah cari duit lebih). Moga ada nampak manis-manisnya kemudian hari. Ayuhlah kita story lagi perjalanan kita berjalan ke Jakarta tahun sudah, tahun ni kalau takde halangan akan ke Indonesia sekali lagi, tapi tempat lain. Jadi mengelakkan tertangguh story ini, mari kita selesaikan malam ni, pada aku 3 hari 2 malam di Jakarta tak cukup puas, walaupun dah padat jadual waktu tu, Hari ke-2 lepas breakfast di hotel, kiteorang naik grab pergi ke By The Sea 2, dia ala-ala JPO, siapa yang tahu local brand Indonesia, dia pasti akan datang ke sini. Tapi disebabkan aku bukan fashionable punya orang, jadi aku tak aware la. Tapi aku nasihatkan, korang bawa kipas kalau datang sini, panas weyhhh.. Datang sini punyalah lama, singgah adalah dalam 30min, terus kiteorang chaw makan tengahari.






Budak ini paling happy, pantang nampak slide, dia boleh main punya lama. Panas pun takpe katanya. Bila nak gerak pergi tempat lain, marah gaklah.



Selain pakaian, di Jakarta pun cukup terkenal dengan perfume weyh. Macam-macam jenama ada. Yang penting dekoraction kedai perfume ini nice sangat. Gemok btul aku masa pergi Jakarta. hahaha.. Memandangkan keadaan dekat sini macam tak berapa best, kiteorang pun chaw terus pergi makan tengahari di Roemah Kroton. (tolong waze mana tempatnya ya). Ini kakak ALif Syukri yang rekomen makan dekat sini kata sedap. Masa kiteorang datang makan dekat sini, kebetulan ada kakak Alif Syukri dengan family makan juga waktu yang sama, tapi kiteorang tak tegurlah.


Restoran Roemah Kroton, Jakarta



Menyajikan masakan Indonesia sajian ayam penyet, ayam bakar semua ada. Orang kata goreng pisang dekat sini sedap. Tapi masa kiteorang datang tu dah habis pula.



Inilah sajian kami order dekat sini. Not bad, boleh tahan sedap. Pada aku aku lebih suka makan ni dari Pagi Sore. Tapi tak boleh lawan Kampung Kecil, tu paling sedappp. Restoran Kroton ni memang cantik dekorasi dalaman dia, walaupun dekat luar kawasan macam setinggan.


Lawakan, dah OOTD dekat dalam restoran pun nice, masa kiteorang datang tu penuh orang, tapi mujur tak terlalu lama nak kena tunggu. Kami sempat solat Zohor juga dekat sini, ada surau disediakan. Bila dah kenyang makan, kami balik ke Grand Mall bersebelahan dengan hotel. Disebabkan hari kedua ni kira last bersuka ria di Jakarta, sebab esoknya Isnin pagi-pagi kiteorang nak ke airport dah. Jadi kami settlekan apa yang patut, si Aireen macam biasa, hantar ke Playground, then kiteorang aku, mak, moksu pergi mall satu lagi beli kerepek di Snackzone dalam Plaza Indonesia, level bawah sekali.











Dalam pada nak shopping sikit-sikit, kau tengok dia borak sekotak terus. Asalnya nak cari biskut roti Bagelen tu jer. Sudahnya diborongnya kerepek sekali. Kalau korang datang sini boleh rasa dulu before beli. Kerepek belinjar sini sedap weyhh..


Selesai shopping dekat kedai kerepek ini, kiteorang bergerak ke Grand mall semula, cadangnya nak try kopi iral dalam Plaza Indonesia, tapi terlalu ramai dekat kedai coffee tu, sudahnya kita try minum dekat Coach. Sementara tunggu air siap, moksu aku pergi amek bibik and Aireen dekat playground.


Coach Cafe, Grand Mall






Sini minuman ice chocolate dia sedap, banana puding atas ni pun not bad, tapi too sweet jerlah. Oerall okay. Selesai minum-minum dekat sini, kiteorang balik ke hotel, kemudian keluar semula pergi tempat berhantu iaitu ke Thamrin. hahaha.. Tulah masa ada depan mata tak beli, hari kedua cari balik tak jumpa. Masing-masing shopping last minute. Dengan bibik-bibik sekali shopping. Masa kiteorang pergi banyak pula kedai dah tutup waktu tu.





Bibik tolong tawar pun tak dapat, sudahnya beli juga baju aku kenan. Tinggal 1 kedai ni je yang bukak. Dah dapat apa yang dihajati, tiga-tiga orang tak jumpa pula jalan keluar. Arghh sudah. Dalam pada mencari pintu keluar, bibik sempat shopping jubah 2 helai. Mak aku? Dalam pada sakit kaki, gigih juga menapak ke Thamrin ini. Dekat Maghrib kiteorang sampai juga hotel, bersiap lepas Maghrib pergi makan malam di Pagi Sore, destinasi makan malam terakhir di jakarta. Masing-masing penat jalan, si Aireen takde mood waktu ini.




Ini juadah di Pagi Sore, dia akan hidangkan semua, tapi kita buka mana kita nak makan jer nanti. Overall kenyang je makan. Selesai makan, kami pun balik ke hotel untuk mengemas bagasi, memandangkan keesokan harinya pagi-pagi nak bergerak ke airport, flight kiteorang blah pagi. Seawal jam 7.00am dah check out. 



Maka berakhirlah pecutian kami ke Jakarta. Selesai sudah trip kami ke Jakarta. Kalau ditanya akan repeat ke tak? Off course repeat, sebab Jakarta best rupanya, tak puas explore. Kena datang lama sikit baru puas. Nantikan trael ke mana pula lepas ini. 

Thank you for reading guys!

Reading Time:

Wednesday, 5 November 2025

Tempah Baju Korporat Terus Dari Kilang – Kualiti Tip Top, Harga Pun Berbaloi!
9:17 pm0 Comments

 


Korang tengah plan nak buat baju korporat untuk staf atau team? Nak cari yang nampak profesional, selesa dipakai dan paling penting tak buat bajet lari? 


Kalau ya, ni mungkin artikel yang korang tengah cari. Sekarang makin ramai dah mula sedar, kalau nak jimat dan nak hasil yang betul-betul puas hati, cara paling bijak ialah tempah direct dari kilang baju korporat.


Salah satu nama besar yang memang ramai orang percaya dalam bidang ni ialah Mafeya Sdn Bhd, kilang baju korporat yang dah lama beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. 


Mereka dah lebih 14 tahun berkecimpung dalam industri printing dan pembuatan pakaian, dari baju korporat, jersey, uniform kerja sampai ke cenderamata korporat. Pendek kata, kalau sebut pasal pakaian custom, Mafeya memang antara pakar dalam industri ni.




Kenapa Ramai Pilih Tempah Direct Dari Kilang?


Bila korang tempah terus dengan kilang macam Mafeya, semua urusan jadi lebih senang. Tak ada orang tengah, tak ada caj tersembunyi, dan semua boleh ikut citarasa sendiri. Korang boleh bincang terus dengan team yang memang uruskan kerja tu dari A sampai Z. Dari pilih kain, rekaan, sampai siap jahit.

Yang bestnya, bila direct kilang, korang boleh tengok sendiri jenis material yang digunakan. Nak kain lembut, tak panas, atau jenis tebal pun boleh pilih ikut keselesaan.

Semua ni bantu elak kes macam baju cepat luntur warna, potongan tak kena, atau logo senget bila siap. Senang cerita, hasil dia memang puas hati.







Harga Berpatutan, Kualiti Premium

Ramai pelanggan setia Mafeya sebab satu benda kualiti dia tak pernah mengecewakan walaupun harga dia harga kilang. Konsep Mafeya senang je: “Harga Direct Kilang, Hasil Premium.”

Sebab semua proses dia buat sendiri di bawah satu bumbung. Dari rekaan, pemotongan, jahitan, printing, sulaman, sampai pembungkusan dan penghantaran. Semua diurus dalam kilang sendiri. 

Bila semua ni diurus secara dalaman, mereka boleh kawal kos dan pastikan hasil sentiasa berkualiti tinggi. Lagi banyak korang tempah, lagi murah harga sehelai. Win-win gitu.









Servis Lengkap Di Satu Tempat

Mafeya bukan sekadar kilang baju korporat biasa. Mereka ni ibarat “pusat sehenti” untuk semua jenis pakaian custom dan barangan promosi.
Antara servis utama yang ditawarkan termasuk:

1. Baju Korporat Lelaki & Wanita
Pelbagai rekaan moden dengan potongan kemas dan material berkualiti. Boleh pilih sama ada nak custom penuh atau ambil ready-made.

2. T-shirt & Jersey Sublimation
Sesuai untuk event, sukan atau program syarikat. Warna dia tahan lama, tak mudah pudar dan selesa dipakai.

3. Embroidery (Sulaman Berkomputer)
Kalau nak hasilkan logo syarikat atau nama staf dengan kemasan eksklusif, sulaman berkomputer Mafeya memang terbaik. Jahitan dia kemas dan tahan lama.

4. Heat Press Printing
Sesuai untuk design grafik, nama, nombor atau cetakan kecil. Proses cepat tapi tetap berkualiti tinggi.

5. Kilang Jahit Custom
Selain baju korporat, Mafeya juga terima tempahan jahitan untuk baju melayu, jubah, tudung, jaket, vest, apron, F1 shirt, dan uniform kerja.

6. Cenderamata Korporat
Nak tambah barangan promosi? Mafeya ada pelbagai pilihan seperti topi, pen, payung, medal, plaque dan banyak lagi. Semua boleh cetak logo syarikat supaya nampak lebih korporat dan eksklusif.

Pendek kata, dari kepala sampai kaki, semua jenis pakaian dan aksesori korporat korang boleh dapat di bawah satu bumbung. Tak perlu cari tempat lain.




Kualiti Yang Sentiasa Dijaga

Satu benda yang Mafeya memang jaga betul-betul ialah kualiti. Setiap tempahan akan melalui proses kawalan kualiti yang ketat. Jahitan diperiksa satu-satu, warna disemak supaya sama dengan mockup, dan kain dipilih ikut kesesuaian lembut, selesa, tak panas dan tak mudah rosak.

Mesin yang digunakan pun jenis industri moden. Jadi, setiap potongan dan cetakan akan nampak kemas serta konsisten walaupun tempahan dalam kuantiti besar. Bila pelanggan terima baju, memang terus boleh nampak perbezaan dia berbanding hasil dari tempat lain.

Proses Tempahan Yang Mudah & Mesra

Nak tempah baju korporat dengan Mafeya tak susah langsung. Korang boleh datang terus ke showroom mereka di Shah Alam, atau kalau malas nak keluar, boleh order secara online je. Prosesnya ringkas dan cepat.

Langkah-langkah dia pun senang nak ikut:

1️⃣ Pilih produk dan material
2️⃣ Hantar logo serta design
3️⃣ Terima mockup digital untuk semakan
4️⃣ Bila dah lulus, kilang terus hasilkan tempahan
5️⃣ Bila siap, boleh datang ambil atau mereka hantar terus ke pejabat korang

Senang kan? Tak perlu nak pening kepala isi borang panjang-panjang. 

Team Mafeya pun sangat mesra dan cepat respon kalau korang ada nak ubah design atau nak tanya pasal tempahan.



Kenapa Patut Pilih Mafeya Sdn Bhd?

Sebab Mafeya bukan sekadar janji kualiti. Mereka buktikan dengan pengalaman lebih 14 tahun dan ribuan pelanggan puas hati dari pelbagai organisasi dari syarikat swasta, sekolah, NGO sampai jabatan kerajaan.

Antara sebab ramai pelanggan kekal dengan Mafeya:

✔ Harga terus dari kilang
✔ Kualiti terjamin dengan jaminan kepuasan
✔ Mesin dan teknologi moden
✔ Servis cepat dan mesra pelanggan
✔ Pengalaman luas dalam industri
✔ Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak

Mafeya juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), jadi sesuai untuk jabatan kerajaan yang nak buat tempahan rasmi dengan prosedur lengkap.




Sesuai Untuk Semua Jenis Pelanggan

Tak kira korang ni syarikat besar, sekolah, kelab sukan, event organizer, atau individu, Mafeya boleh sesuaikan tempahan ikut bajet dan keperluan.

Nak baju formal korporat, uniform kerja, t-shirt event, atau baju reunion. Semua boleh. Hasilnya tetap nampak profesional, selesa dan tahan lama.



Zaman sekarang semua orang nak servis yang cepat, berkualiti dan berbaloi. Kalau korang tengah cari kilang baju korporat yang boleh bagi semua tu sekali gus, 

Mafeya Sdn Bhd memang pilihan paling tepat. Dari rekaan sampai penghantaran, semua diurus dengan teliti dan hasilnya dijamin puas hati.

Nak nampak profesional dan seragam, tapi tetap jimat? Tempah baju korporat terus dari kilang dengan Mafeya. Senang, cepat, berkualiti dan confirm puas hati!




Kalau korang nak tengok sendiri hasil kerja Mafeya atau nak buat tempahan, boleh terus ke:

Team Cetak Showroom
32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
📞 017-229 0224 / 03-5523 6690
🌐www.teamcetak.com 

Oh! T-Shirt / KilangJahit.com (Production 1)
21, Jalan Keluli AP 7/AP, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
📞 017-229 0994 / 03-5523 6690
🌐 www.ohtshirt.com

KilangBaju.com (Production 2)
30, Jalan Keluli AN 7/AN, Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan, Shah Alam
📞 017-229 0994 / 03-5523 6690
🌐 www.kilangbaju.com

Waktu Berurusan

Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 6.00 petang
Sabtu: 9.00 pagi – 1.00 petang
Ahad & Cuti Umum: Tutup



Reading Time: