Salam to all my readers,
| Pengalaman Menginap Renaissance Kuala Lumpur [1D1N] | Rupanya terlalu lama aku tak update blog, sibuk dengan kerja hakiki sampai tiada masa buat blog, tambah ada platform lain kena commit. Btw, Selamat Hari Raya buat semua! Aku tahu dah terlewat, tapi sekarang masih mood hari raya, ramai orang duk pulun buat open house. Kalini raya tak berapa banyak story nak diceritakan, malahan tahun ini kiteorang skip 1 lagi rumah tok saudara yang baru sahaja meninggal sebelum raya. Betullah orang kata, bila rumah takde orang tua (atuk nenek) orang dah makin kurang datang ke rumah melainkan kau sendiri datang beraya rumah sanak saudara. Kiteorang setiap kali raya, at least 2 hari tu memang akan ke rumah saudara, saudara pun tinggal dekat-dekat takde sampai kena merantau. Paling jauh pun dekat Kundang, toksu (adik atuk duduk belah sana).
Raya ke-3, dah masuk TRX nak try makan Donkai. Ingatkan pergi time raya, mall tak ramai orang. Rupanya ramai juga datang beraya ke TRX. Raya ke-4 moksu aku dah arrange, staycation dekat Renaissance, KL. Orang payung siapa taknak. Hopefully, rezeki aku melimpah ruah satu hari nanti dapat belanja semua tidur hotel best2 juga. Staycation dekat hotel ini untuk 1D1N, even 1 malam je, dia punya nikmat tu memang syoklah, yalah tidur hotel 5 star, bukan tidur OYO. hahahah.. Gurau jer!
Percutian kali ini, percutian gegirl, hanya moksu, Aireen, Aurora dan mak aku. Moksu aku sebilik dengan 2 kiddo, aku sebilik dengan mak aku. Bibik waktu ini tengah cuti raya, yang adik aku nak gak balik Terengganu. Kiteorang check in dalam pukul 3.00pm, sampai awal sikit waktu tu bilik 1 lagi tak siap, so kiteorang lepak bilik moksu aku dulu. Masuk-masuk je bilik hotel, pulun bersiap nak turun bawah pergi mandi pool. Kebetulan abang aku ada hantar anak dia sorang tu.
Ini muka masing-masing baru lepas mandi, lapar pula order fries. Jom aku tunjuk bilik penginapan di Renaissance Kuala Lumpur. Last year kiteorang menginap di Four Points by Sheraton, betul-betul sebelah Renaissance ini hah. Pool dorang ini bergabung, siapa yang menginap dekat Four Points & Renaissance KL, aku guna pool yang sama. Hotel ini memang sesuai sangat buat family yang ada budak-budak. Sebab pool dekat sini dah macam Sunway Lagoon, banyak slide budak-budak, parent pun boleh naik sekali. Taman permainan pun ada.
Staycation 1D1N @Renaissance Kuala Lumpur
Katil punyalah besar size Queen tak silap aku, even bilik kiteorang tak connection room, mujur dapat sebelah-sebelah jadi senang nak ulang-alik. Hotel selesa, bilik air siap ada bath tub lagi. Bahagian laci almari ada makanan,tapi if korang nak makan kena bayarlah. Air mineral je takde kena bayaran. Kalau dulu stay dekat Four Point by Sheraton dapat lihat pemandangan pool, kalini stay Renaissance, kiteorang punya bilik facing KL Tower, and monorail.
Ini gambar nak balik baru tangkap proper, berbaju kurung baru vibes raya. Yang ianya, check out ni terus nak direct pergi rumah Pak Uteh aku dia ada buat jamuan raya.
Serupa belangkas, apa akak Aurora dia buat si Aireen mesti ikut, time mood baik budak dua ni begini, cuba time gaduh, geram je tengok. hahahah...
Terokai Pool Terbesar di Hotel Renaissance Kuala Lumpur
Sini for sure anak-anak korang taknak keluar bila dapat turun pool. Besar weyh pool sini, si Aireen dengan si Aurora taknak keluar dari pool, walhal badan dah gigil-gigil. Bantai juga duduk dalam air. Ini bahagian pool kanak-kanak, ada 1 lagi port dimana boleh main slide, situ budak kecik pun boleh naik tapi kena ada parent sekali.
Big bag ini dah ada penambahbaikan, last year tak sampai 10 ketul pun, kalini dah banyak sikit, takdelah ambil masa lama nak take turn main. Tapi hari first kiteorang sama, ada anak Cina ini pulun amek sampai 3, bila tengok dia tak guna sangat, ada family tu datang amek kena maki. Rude sangat budak tu, ini keesokan harinya baru dapat main big bag ini. Kemain dua-dua ini suruh aku tolak, bila turn aku ditolaknya macam naik perahu je. Geram je.

Ini Aireen, kalau tak drama memang tak sah. Sedih meninggalkan kolam renang, kiteorang naik check out dah jam 12pm tu. Aku pun tak ingat awat dia menangis. Si Aurora banyak akal, sebaik ini kali dia nak naik. Kalau taknak naik, entah kemana-mana dia main.
Breakfast Sedap di Renaissance Kuala Lumpur
I
Ini bahagian breakfast, makan dekat sini memang mewah dan sedap. Aku kalau breakfast dekat mana-mana hotel memang akan nikmati setiap jenis makanan. Orang lain breakfast je, aku siap pakej makan tengahari dah rasa. Macam-macam juadah, paling legend ada roti canai lagi.
Nasi lemak, favourite kita pun ada, makan pula dengan ayam goreng rempah. Memang terangkat. Tak cukup dengan Nasi Lemak ada donut pula. Si Aurora dengan Aireen dah tak sabar nak main pool. Kiteorang dah siap-siap pakai baju renang masa pergi breakfast ini. Lepas makan tak perlu naik hotel, terus terjun dalam pool.
Nak try panipuri pun ada dekat sini! Sedap rupanya!
Hot Chocolate dia memang padu, aku siap letak dalam Montigo aku lagi.
Dimsum dia pun sedap. Overall, menginap di Renaissance Kuala Lumpur ini banyak syok, tilam empuk, sejuk, pool pun puas mandi manda, breakfast pun sedap. Staff dorang pun serve laju je, angkat pinggan kotor pun sama laju. Pukul 12.00 tengahari kami dah check out hotel dah, untuk sambung raya rumah Pak Uteh. Maka berakhir sudah story raya keluarga aku tahun ini. Moksu aku dah siap buat open house last week sebelum berangkat ke Jepun.
This week pula, Pak Itam aku buat open house hari Sabtu, diikuti rumah Bang Long hari Ahad. Tapi this week aku tak available nak attend. Dah ada plan lagi awal. See you when I see you. Btw, ni gambar raya bersama family!
Selamat Hari Raya ualls! Moga jumpa lagi di raya akan datang!
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!