| Dugaan Penghujung 2024: Pengalaman Kaki Retak Bersulam Simen | Siapa sangka dalam keadaan sihat walafiat, tetiba Allah bagi ujian kaki retak baru-baru ini. Ya, nak dijadikan cerita pada hari kejadian 14 Dec 2024, adik saudara aku ajak main bola jaring (malam lepas maghrib). Yang bestnya aku bukan kena waktu main. Tapi lepas main 1 games, aku sedang berjalan nak ke tempat duduk, time tu terpelecok dan menyebabkan kaki bengkak dan bersimen.
Kiteorang tunggu sampai habis games habis, tapi waktu tu jalan dah terhencot-hencot, balik rendam dengan air batu, dah nampak biru. Esok sebelum balik KL, singgah klinik buat X-tray, sekali lepas X-Tray nampak kaki retak sedikit area tepi kaki. Terus doktor tu suruh refer mana-mana hospital untuk baik pulihkan kaki aku yang retak. Esoknya, Isnin (16/12/2024), aku dapat MC satu hari dari klinik, jadi aku terus pergi PPUM untuk check up doktor, bawa sekali X-Tray. Punyalah berpusing cari tempat. Sekali buat mereka yang tak pernah ada appoitment kena pergi Wad Kecemasan dahulu, check doktor sana. Lepas check sana, doktor tu pasangkan simen (bukan simen sepenuhnya sebab dia kata bengkak belum surut) After 1 weeks, datang semula continue pasang fully simen untuk sebulan pula.
Keadaan kaki retak pada 15/12/2024
Pergi klinik, doktor pasang bandage ini sahaja. Simen kena pergi hospital. Waktu ini aku pikir bila boleh sembuh sahaja. Tambah, aku baru je masuk tempat kerja baru. Balik klinik jalan hencot-hencot lagi. Adik and mak aku bawa balik rumah sewa, keesokkan harinya 16/12/2024, aku gerak sendiri pergi PPPUM.
Ini X-Tray pada 15/12/2024
Langkah yang perlu diambil bila kaki terseliuh dan mula bengkak:
Gunakan kaedah PRICE bagi mengelakkan bengkak berlarutan. Jangan sesekali pergi berurut lepas terseliuh dan mula membengkak, dan kalau boleh elakkan tuam dengan air panas. Kaedah PRICE ini bermaksud:
P (Protect): Elakkan kaki yang cedera daripada aktiviti berat.
R (Rest): Rehatkan kaki yang cedera dan hadkan pergerakkan
I (Ice): Rendamkan kaki dengan ice batu bagi mengurangkan bengkak. Jangan biarkan lebih 20 minit, sebaiknya alaskan air batu tersebut dengan kain.
C (Compression): Kemudian, balutkan kaki dengan bandage bagi mengawalkan bengkak
E (Elevation): Apabila baring, cuba letakkan kaki diparas yang lebih tinggi daripada jantung. Boleh timpap dengan bantal. Hal ini bagi, pengaliran darah dapat naik.
Perkara yang WAJIB dielakkan bila kaki terseliuh & bengkak:
Kalau ikutkan orang dulu-dulu prefer cari tukang urut tulang untuk baikkan kaki terseliuh. Tapi zaman sekarang, tukang urut tulang sudah makin berkurang. Ikutkan banyak rawatan yang boleh digunapakai untukpulihkan kaki yang terseliuh dan bengkak tetapi ada beberapa rawatan yang perlu dielakkan bagi mengeruhkan keadaan. Antara rawatan yang perlu dielakkan bila kaki terseliuh dan bengkak adalah:
1) Elakkan Tuam Dengan Air Panas
Jangan sesekali tuam kaki yang cedera dengan air panas. Hal ini membolehkan kaki cedera dituam air panas itu boleh menyebabkan salur darah mengembang. Natijahnya, pendarahan bawah kulit banyak berlaku dan bengkak di kaki akan berlarutan.
2) Jangan Diurut
Elakkan urut pada bahagian yang cedera mahupun kawasan bengkak. Hal ini akan menyebabkan kecederaan semula pada kawasan yang terlibat. Malah kawasan bengkak akan lebih membesar dan kecederaan akan lebih parah sebabkan kita bukan pakar dalam urutan.
3) Elakkan Berjalan Tanpa Tongkat
Apabila kaki kita terseliuh + bengkak, kita dinasihatkan jalan menggunakan tongkat. Hal ini bagi mengelakkan daripada meletakkan tekanan dan beban yang terlebih pada kaki yang cedera.
Sekiranya, kita jalan tanpa menggunakan tongkat ketika kaki terseliuh, kaki akan lebih sakit dan sakit akan berlarutan.
4) Elakkan Balut Bandage Dengan Ketat
Segelintir orang cedera lebih cenderung balut kawasan yang bengkak untuk beri sedikit tekanan. Namun, harus diingatkan, sekiranya korang buat balutan di kawasan yang bengkak elakkan daripada membalut terlalu ketat.
Balutan yang terlalu boleh mengakibatkan sekatan perjalanan darah di kawasan yang bengkak dan menyebabkan proses penyembuhan terbantut.
Itu sahaja yang aku boleh kongsi setakat ini, buat masa ini kaki aku masih bersimen. Masih menunggu jawab untuk next appointment. Hopefully ada sinar untuk buka simen pada 17/1/2024 ini.
Apa-apa pun selamat tahun baru 2025 guys! Moga tahun baru ini lebh baik daripada tahun sebelumnya.
Allahu..dugaan sungguh..moga cepat sembuh key
ReplyDeletehappy new year!