Salam to all my readers,
| Pengalaman Menginap di Bertam Resort Memang Puas Hati! | Guys, kerja ke tu? Today Selangor cuti. Disebabkan harini cuti, aku nak share another story tahun ini. Ikutkan banyak story aku nak share, tapi kekangan masa nak update dalam blog, tambah-tambah sekarang lagi banyak platform sampai tak terkejar. Aku aktif dekat TikTok & Lemon8 untuk vlog journey aku. Korang rasa masih relevan lagi ke tulis blog ini? Ramai juga kenalan aku yang dah bersara dari dunia blogging. So sad, but yalah kan masing-masing ada komitmen lain. Nak update blog ini kena tunggu mood datang. Tak ada mood, macam mana nak update story kan.
Ayuh mulakan mengimbau kenangan bercuti di Penang. Bulan 7 tahun ini, aku dengan family aku ada pergi bercuti ke Penang. Ini semua plan moksu aku, dia kaki jalan. Kita follow je, kalini yang pergi Moksu, Mak, Aireen, adik aku dan juga bibik, sekali akulah. Abang aku tak join. Sebab kiteorang pergi weekdays rasanya ni. Before this, kalau pergi Penang mesti stay dekat area Pulau. Kali ini kiteorang tak masuk pulau, kiteorang lepak area Bertam, Penang. Tengah-tengah untuk masuk penjuru Kulim, Kedah sana hah. Ini boleh dikira percuti melawat saudara. Kami sempat menyinggah rumah saudara yang duduk di Kedah. Raya memang payahlah nak kemari, bila bercuti baru dann pergi. Dekat Bertam ini kiteorang stay dekat Bertam Resort, Penang. Perghh hotel dia besar gila baq hang. Ayuh tengok, mana tahu ada plan nak datang ke sini cuti sekolah nanti.
Bersar & Selesa Menginap di Hotel Bertam Resort, Penang
Inilah dia Bertam Resort, cantik ya. Kalau ikutkan depan bertam Resort ini, ada waterpark besar macam Sunway Lagoon tu, masuk pun murah. Tapi kiteorang tak pergilah Waterpark tu, mandi manda dalam hotel pun banyak syok. Jom tengok bilik hotel. Macam biasa, aku sebilik dengan moksu, bibik and Aireen, ada 2 katil king dalam tu, toilet siap ada bath tub lagi kot-kot nak berendam. Tak sempatlah nak berendam lama-lama sebab kiteorang keluar memanjang.
Besar kan, bilik pun luas, ada lagi ruang nak solat. Harus snap gambar lelaju, masing-masing tak sabar nak lenjan atas katil. Tilam bilik hotel mana mampu lawan tilam kat rumah. Hotel gak best, empuk, nyenyak tidur. Bilik ini siap ada balkoni dekat luar, boleh tengok swimming pool lagi. Belah malam memang lawa sebab banyak lampu-lampu. Ramai turun mandi belah malam, siang panas ya.
Ini keadaan bilik air, jangan risau, cermin tu boleh tutup dengan tirai. Bibik punyalah risau, bilik air boleh nampak dari luar. hahaha.. Dah tutup tirai, baru dia lega nak masuk bilik air. Selain bilik hotel best, ada juga kemudahan lain dekat sini, ada playground kanak-kanak, gym, makan breakfast dekat hotel pun sedap, siap ada roti canai lagi tu.
Wajib mirror selfie 1 kali. Penginapan 3 hari 2 malam dekat sini memang best. Resort ini memang sesuai sangat bawa family yang anak kecil, atau nak bawa pak & mak (warga emas) datang kesini pun boleh, banyak laluan untuk kerusi roda, staff pun banyak membantu. Pool dia tak boleh nak cakaplah memang besar, feeling dekat oversea gitu.
Inilah dia budak Aireen pantang masuk pool, memang susahlah nak keluar. Nak masuk gembira, nak keluar meraung-raung taknak keluar. Waktu kiteorang pergi tu ramai juga parent bawa keluarga datang bercuti dekat sini. Budak-budak paling happy main dalam pool. Aku pun main gak sekali, rendam-rendam kaki gitu. Bolehlah consider hotel ini lagi, kalau ke Bertam, Penang.
Sebelum kiteorang check ini hotel, kiteorang sempat singgah ke Kampung Agong, Penang. Hidden gem di Penang juga. Jarak Bertam Report dengan Kampung Agong ini lebih kurang 15 min macam tu, memang dekat. Jom tengok apa menarik di Kampung Agong.
Keindahan Pokok Kelapa di Kampung Agong, Penang
Ada yang pernah datang ke Kampung Agong, Penang? Ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke Kampung Agong. Ia meruapakan kampung yang sangat unik dan cantik dengan keindahan Pokok Kelapa yang tinggi-tinggi dan juga sawah padi pun ada. Aku ada terbaca dimana tanah ini mula dibangukan dengan penanaman pokok kelapa dan juga sawah padi pada tahun 1942 oleh penduduk kampung yang bernama Agong, justeru dinamakan Kampung Agong.
Dekat dalam tu memang suasana kampung siap ada rumah kampung lagi. If korang takde kampung, nak feeling-feeling balik kampung boleh datang ke Kampung Agong ni hah. Aku nasihatkan korang datang belah petang or pagi, kiteorang datang nak dekat masuk tengahari, memang panas la ceritanya. Datang petang dapatlah round naik basikal.
Kampung Agong ini beroperasi setiap hari bermula jam 9.00am sehingga 6.00pm. Tiket masuk untuk warganegara akan dikenakan RM10 untuk orang dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak & PERCUMA bagi bawah umur 3 tahun. Bolehlah bawa anak-anak datang berjalan.
Kawasan Kampung Agong ini sangat luas, kiteorang explore mana yang dan je, sebab masing-masing dah kepanasan. Bolehlah masuk list korang kalau datang ke Seberang Perai. Nak-nak cuti sekolah dah nak dekat ini, bolehlah plan bawa family jalan-jalan ke sini pula.
Kiteorang sangat jaranglah nak berjalan jauh, tapi sekali pergi memang pulun berjalan. Minggu ini family aku berjalan lagi, tapi aku tak ikut disebabkan baru masuk kerja baru. Taknaklah aku ambil cuti. Disebabkan aku tak ikut, kenalah tunggu ole-ole yang dibawanya. Now, kena kerja kuat lagi, next year plan nak berjalan tu banyak, pulus plak kurang.Ayuhlah kerja dan kerja.
Thank you for reading guys!
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!