Salam to all readers,
| The Best Body Massage Tradisional Pressurini Spa Area Damansara Damai | I'm back! Lama rasanya tak menaip. Asal ada semangat nak menulis kita pula takde masa nak update, bila free time, tak ada idea nak menaip pula. Dilema pula seorang Azwar ini. Aku nak share dengan korang semua, terutama siapa yang suka massage body. hehe. I'm one of yang suka gila pergi massage. Sangat memilih juga tempat untuk urutan, sekarang nak cari port massage affordable dan best sangatlah payah, sampai satu hari aku jumpa 1 lagi port baik nak massage badan. Lately, badan aku sakit dan penat rasanya, aku lama tak pergi massage, this week aku berkesempatan luang masa pergi massage tradisional di Pressurini Spa.
Dekat pun dekat, paling penting dekat dengan public transport. hehe.. Apa menariknya dekat sini, pakej yang ditawarkan tak masuk akal ya. Harga sangat rahmah. Even ini pertama kali aku datang, tak dinafikan my first impression dekat spa ni, memang superb. Korang wajib try, pada aku bukan senang nak jumpa spa orang melayu yang betul-betul pandai urut. Before this, aku dah pergi yang lagi mahal, awal-awal best tukang urut, net round, staff yang biasa urut tu dah resign, ganti orang lain, urutan tak best langsung. Harga sama je.
Why not kita support lokal spa pula kaliniIni. Tempat best, wajib racun korang juga pergi. Mana tahu, kalau ada pengikut aku disini suka pergi spa, bolehlah try Pressurini Spa, dekat Damansara Damai ini. Jom tengok apa menarik dalam spa ini.
Apa yang Menarik di Pressurini Spa, Damansara Damai?
Pressurini Spa merupakan port massage urutan badan yang diusahakan oleh orang Melayu. Bukan sahaja urutan badan, malah Pressurini spa turut menyediakan servis tata rias wajah, kuku, urutan rahim wanita, urut badan relaxing dan juga tradisional. Pressuri spa terletak di G120, Season Square Damansara Damai. Pengasas spa ini cukup ramah, korang juga boleh dapat khidmat nasihat tentang kecantikan darinya juga. Untuk dapatkan rawatan disini, korang boleh terus walk in ataupun booking terus.
Sempat bergambar dengan Mimi, pengasas spa Pressurini.
Waktu ini tengah excited nak massage. Kena change pakaian terlebih dahulu, pakai kain batik. Let's go salin baju dan start relaxing massage body.
Inilah set persalinan wajib ditukar. Pada aku Pressurini spa ini sangat nyaman sekali, tambah-tambah dapat tukang urut yang best gila. Thank you Kak Nora massage kita, Kak Nora pandai tekan part yang betul-betul tengah sakit.
Sangat relax dapat massage, sampai tertidur jugalah aku dibuatnya. Lebih kurang 60min jugalah aku dapat massage half body sekali face massage. Aku paling sakit bahagian shoulder dengan pinggang.. Ialah kita duduk pejabat lama sangat duduk, mahu kejang juga urut sendi. Nak tahu tak package yang aku buat ini berapa total? Jeng-jeng, mesti korang rasa tak masuk akal langsung harganya.
Aku pun awalnya tak percaya juga, harganya semurah itu. Tapi ini memang betul-betul kawan bukan lagi cubaan. Harga package yang aku ambil ini hanya serendah RM100 sahaja. Murah kan? Aku dah cakap tak percaya. Jom tengok pakej harga rahmah yang Pressurini Spa tawarkan.
Ini antara pakej rahmah RM100 Pressurini Spa tawarkan. Aku ambil yang no. 1, pakej half body massage + scalp massage + face massage. Perghh memang syahdu dapat massage weyh, badan terasa lebih ringan. Kalau rasa sakit sangat kena massage, korang boleh je minta dorang buat slow sikit. Overall aku buat rawatan massage dekat sini memang best, tempat senang nak akses naik public transport, spa bersih dan nyaman, tukang urut debomm, pakej harga berpatutan.
Bukan senang nak dapat serba serbi lengkap, paling penting tukang massage dekat Pressurini Spa ini tak pernah mengecewakan. Pada korang yang duduk sekitar Damansara Damai or sekitar Damansara, bolehlah terjah spa Pressurini Spa ini. Aku yakin, sekali korang datang, pasti nak datang lagi.
Ini muka lepas settle berurut. Sumpah, badan rasa lebih ringan, lepas berurut. Pasti akan repeat datang sini net month. heheh.. If korang nak datang, better book slot awal-awal. Boleh refer details dekat bawah ini;
Pressurini Spa, Damansara Damai
Alamat: G120, Season Square Damansara Damai
Waktu Operasi: 10.00am-8.00pm (Setiap Selasa-Ahad)
No Telefon: 010-9600726
Apa tunggu lagi geng, siapa kaki massage jangan lupa terjah Pressuri Spa pula lepas ini. Rasai urutan tradisional yang sangat nyaman sekali!
Thank you for reading geng!
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!