Salam to all readers,
Punya lama nak menyampai ke part 2 Terengganu ni ya. Hari ke-2 kami di Setiu Terengganu, cukup mencabar di awal pagi, tapi hati sangat excited nak pergi menangkap kepah. Seawal jam 8.00am kami dah bergerak keluar dari homestay ke School Wetland. Very demure, klasik gitu. School dia rumah kayu, sangat estetik, cuma belum siap sepenuhnya. Kiteorang duk rasmi datang breakfast. Breakfast dekat sini mewah aku rasa, macam makan tengahari ya.
Kami dihidangkan makan nasi dagang, banyak okay. Lauknya ikan seperti biasa. Siapa tak pernah makan nasi dagang korang wajib datang ke Terengganu. Memang super duper sedap! Bukan nak puji tapi kenyataan memang sedap. KL asyik duk makan ayam je kan, sini dapat makan ikan banyak. Selesai menjamu selera makan pagi ibarat makan tengahari kami bersiap tukar kasut dan pakai stokin sebab nak mulakan aktiviti menangkap kepah & lokan. Kami bergabung dengan 1 lagi group family yang datang bercuti ke Setiu juga. Best tengok family dorang, anaknya 3 orang sahaja, dia jadi ramai bilamana dia bawa sekali geng anak dia jadi havoc sikitlah family tu. Group kiteorang ada si Faisol mulut memang bising sikit. Tak best pula kalau takde yang banyak cakap kan.
Breakfast Nasi Dagang di Setiu, Terengganu
Ini baru juadah nasi dagang, belum campur buah-buahan. Kenyang betul kami duduk 3 hari dekat Setiu. Seronok sangat makan style gini, siapa nak merasa suasana kampung bolehlah plan ke sini nanti.
Muka masing-masing dah excited nak menangkap kepah. Agak-agak siapa yang banyak tangkap lokan dan kepah? Jom saksikan. Before kami berangkat explore Setiu Wetland untuk mengkap kepah, kami mulakan dengan aktiviti senaman ringan. Warm up, kang ada pula terkehel bahu tangan masa menangkap. Lepas masing-masing dah segar dan bertenaga baru kami bergerak berjalan kaki pergi kekawasan menangkap lokan dan kepah.
Pengalaman Pertama Menangkap Lokan dan Kepah di Setiu, Terengganu
Rina & Fatty muka excited. Btw, 2 orang ini memang orang Terengganu, tapi dua-dua tak pernah explore Setiu lagi. Our teams sangat bising ya dengan kewujudan 2 orang ni tambah lagi ada faisol. Masing-masing taknak kalah.
Adik-adik ini pun dah tak sabar nak menangkap lokan. Before masuk ke selut, ada abang and kakak ajar kita macam mana nak tahu keberadaan lokan, dan macam mana nak tangkap. Lokan biasa ada dekat2 dengan tanah, boleh rasa dengan kaki juga. Paras air kadang-kadang boleh tinggi. Masa kiteorang masuk air tak berapa dalam lagi.
Muka banyak main dari tangkap lokan. Kalau terlalu bising pun Lokan pun terganggu, dia tahu musuh nak datang. Hakikatnya, agak struggle nak menangkap lokan dan kepah ni. Bila dah tahu ini, terus insaf nak minta diskaun dekat pasar. Rupanya payah juga nak menangkap lokan. Ada masa boleh jadi tangkap dia punya badan je, isi dah tak ada. Itu lagi sedih. Setelah sejam lebih juga menyelam dekat sini, kiteorang menuju ke jeti untuk menaiki bot, terus ke kawasan menangkap kepah.
Zaza & aku muka excited tunjuk hasil yang kiteorang berjaya tangkap.
Lebih banyak tenggelam dari tangkap hasil. Macam mana ni? Nanti malam nak makan apa. Lokan dan kepah yang kiteorang berjaya tangkap ini akan ditimbang semula sama ada success untuk dibakar malam ni ataupun tidak. Kena ukur, yang tak success kena lepaskan semula ke dalam sungai. Acctually banyak juga hasil tangkapan kami, campur pula dengan geng adik-adik 1 lagi tu. Malam tu kami datang ke rumah tok untuk bakar hasil tangkapan ini semua dan jamunya semua beramai-ramai.
Wayang Pacak & BBQ Night at Rumah Tok
Malam BBQ ini, kiteorang ada tema pakai baju tradisional, rasalah sikit vibes balik kampung gitu. Siap pacak screen dekat depan rumah tok, pasang wayang kulit. Rakaman wayang kulit. Had lelaki duk membakar kepah dan lokan. Ada juga juadalah lain seperti ayam bakar, cucuk-cucuk, bihun goreng pun ada. Malam tu masing-masing makan sepuas-puasnya sebab net day dah nak balik KL.
Rina ini memang function teruk, dia jugalah rajin bersilat membakar ayam dan lokan ni juga. Tak ada dia, tak makan juga kami malam tu. Malam tu cuaca memang cantik, rumah tepi laut, angin-angin sepoi-sepoi ditemani pokok kelapa.
Ini lepas bakar cicah sos memang padu. Siapa suka makan, datanglah ke Setiu. Tangkap sendiri dan bakar. Nikmatnya tak boleh nak cakap. Aku dengan Zaza kerjanya bergambar dan menanti makanan siap hidang sahaja. hahaha..
Tudung saji dorang dekat sini pun lejen okay. Masing-masing makan sampai kekenyangan. Lewat jugalah kiteorang balik. Si Rina & Fatty menyambung pergi cafe lepas acara BBQ ini.
Nah! Kalau korang plan nak bawa family, company trip ke ke sini. Boleh contact dorang directly.
Taman Setiu Wetland, Terengganu
Tak bestlah kalau datang Terengganu tapi tak pergi port menarik di Setiu ini kan. Jadi hari last tu kami berkesempatan pergi ke Taman Setiu Wetland. Taman ini untuk eksplore tanaman hijau, keliling dia, dan ada laluan jalan kaki sampai kehujung boleh nampak tasik terbentang. Awal tu kami terjah rumah botol tapi tak buka lagi, bertutup rapat rumahnya, jadi kiteorang singgah Taman Setiu Wetland dulu. Nice juga tempatnya. Cuma bersedia kena gigit nyamuk je. hahaha..
Fee masuk: RM5 per person
Rina & Fatty yang tak boleh berpisah. Dah macam belangkas dorang ini.
Kiteorang jalan sampai hujung, dapat lihat tasik terbentang luas. We come trael with random people. Tapi semua boleh ngam. Hope we can repeat another trip pula.
Rumah Botol Ayahku di Kampung Penarik, Terengganu
Tempat ini memang rare, siapa sangka dari mengutip 1 botol di jalanan sedikit demi sedikit kini dapat membina rumah botol, dalam rumah ini dipenuhi botol-botol kitar semula yang dikutip oleh Tok Aki sendiri. Btw, Tok Aki ini bekas pesara askar dulu, masa gagah sehingga ke harini. Moga panjang umur Tok Aki. Nama sebenar beliau adalah Tengku Mohd Ali Tengku Mansor, berusia 80an.
Galeri ini telah dibina sejak tahun 2017, dari hasil kutipan botol yang dikutip oleh beliau boleh dikatakan kesemua barangan tersebut telah menghampiri lebih 15,000 barangan yang telah berjaya dipamerkan termasuklah botol kaca, selipar, pelampung dan botol-botol minyak wangi. Rumah ini memang utuh lagi,lantainya dibanjiri dengan pasir pantai. Sangat estetik jugalah. Jadi korang wajib kemari kalau datang ke kampung Penarikan ini.
Cari benda tersembunyi di sebalik serpihan botol kaca ini. Kalau korang nampak boleh komen dekat bawah. hehe
See! Dalam rumah ini memang dipenuhi botol-botol kitar semula. Tok Aki memang legend, bukan semua orang boleh buat bendaini semua. Hanya orang cukup istimewa boleh buat. Simpan sini sebagai kenangan.
Maka, berankhirlah trip kami ke Setiu Wetland, Terengganu. Sejurus itu kami terus bergerak balik ke KL. Dalam pada nak balik ke KL kami sempat menyinggah dari pantai ke cafe, tup-tup sekitar jam 12.00am baru sampai rumah. Apa-apapun trip dengan Vacayzen ini memang sempoi habis, benda yang takda dalam rancangan pun dorang still onn bawa pergi. Pada mereka yang cari travel ejen jalan-jalan korang boleh consider Vacayzen ini. Banyak juga negeri lain dorang bawa. Boleh follow official Instagram dorang.
Thank you for reading guys!
Ya Allah seronoknya tangkap lokan dgn kepah tu.. best giler pengalaman mcm ni.. breakfast makan nasi dagang dgn ala ala kampung mmg debaik sgt...
ReplyDeleteRumah botol tu rasa mcm pernah tgk documentary pasal pakcik tu suka kumpul botol.. wetland best ni.. ok nak set utk trip cuti sekolah coming soon.. thanks for sharing.. :D
ReplyDelete