Trip Taman Negara Pahang with Random People (2Days1Night) - Part 2 - Azwar Syuhada

Tuesday 13 August 2024

Trip Taman Negara Pahang with Random People (2Days1Night) - Part 2

 Salam to all readers,


| Trip Taman Negara Pahang with Random People (2Days1Night) - Part 2 |  Okay kali ini aku nak sambung cerita apa aktiviti kami lakukan sesudah sampai ke Taman Negara. Sejurus kami bersiap bersihkan diri, lepas Zohor berkumpul di perkarangan dewan makan, dah cukup peserta baru kami bergerak.


Antara aktiviti yang dapat dilakukan di Taman Negara, Pahang


1) Melawat Perkampungan Orang Asli

Aktiviti pertama yang dilakukan adalah melawat perkampungan orang Asli. Dimana kami melawat suku Bateq. Untuk ke kampung mereka still kena naik bot, orang asli disini masih mengekalkan tradisi mereka dan mengamalkan kepercayaan anismisme. Cuma dorang dah upgrade, dah pakai baju, ada yang belajar tinggi sampai ke menara gading lagi. Salah satu amalan dorang, sekiranya ada kaum dorang mati disitu, mereka akan auto akan berpindah dikawasan lain.


Dalam pada mendengar susur galur suku Bateq, kami turut didedahkan bagaimana untuk menyumpit. Orang disini, budak belasan tahun sudah diajar untuk memburu. Menarik juga belajar menyumpit ni, even aku tak lepas buat. Kami turut didedahkan macam mana nak menyalakan api without mancis. Yalah duduk hutan, semua sumber semulajadi. Orang asli biasanya lebih cenderung merawat penyakit sendiri berbanding untuk ke hospital/klinik. Sebab jauh, daun-daun, tumbuh-tumbuhan dalam hutan inilah ubat mereka. Dorang tahu mana satu boleh dipetik, mana satu yang beracun.






2) Rapid Shooting Sungai Tembeling, Pahang

Masa yang dinanti-nantikan. Actually, banyak-banyak aktiviti orang tertarik nak ke Taman Negara Pahang adalah disebabkan aktiviti rapid shooting Sungai Tembeling ini. Sejurus kami selesai melawat perkampungan orang Asli. Kami terus bergerak ke kawasan perkarangan rapid shooting sungai Tembeling. Ada kawasan yang selamat untuk bermain air ni, sebab sungai ini kedalamannya dalam ya. Phone kalau jatuh, susah nak diselamatkan balik. Jadi berhati-hati sewakti bermain air ini.


Abang yang bawa bot tu memang laju gila bawa, semua habis basah lencun. Lebih kurang 30min jugalah kami dibanjiri air, dan masing-masing menjerit tak ingat dunia. Ini paling syok, lagi ramai korang pergi lagi best. Trip kiteorang lagi happening bilamana bergabung dengan group lain. Lagi meriah rasanya.





Selesai aktiviti Rapid Shooting, kami bergerak balik sampai sahaja dekat port dom kami, kami terus sambung mandi Sungai sehinggalah terbenam matahari. Happening gila, banyak syok


3) Night Jungle Walk area Taman Negara


Belah malam pula, kiteorang ada Night Jungle Walk di belakang Chalet Mutiara Taman Negara. Jadi kena jalan senyap sebab kita lalu belakang chalet orang menginap. Muka masing-masing excited nak tengok binatang.










Kami berpeluang tengok kala jengking yang besar, dia akan keluar bila ada cahaya gelap macam ni, dan bunyi senyap. Kiteorang dilarang buka headlamp. Jadi follow rapat-rapat orang depan. Almost 1 jam setengah jugalah kami lakukan night jungle walk ini. Balik kem site semua masam-masam, ada continue lepak dekat sungai lagi.


4)  Hiking Bukit Teresek


Pada keesokan harinya, kami bersihkan diri siap-siap kemas barang, sebelum menjalankan aktiiti terakhir iaitu hiking Bukit Teresek.









Ini jelah muka-muka yang berjaya naik ke puncak Bukit Teresek, had lain duduk tunggu dekat bawah. Sekitar 2 jam jugalah untuk mendaki Bukit Teresek ini, dia punya tangga kalah Gunung Kinabalu. Sakitnya tu di sinii.

Setelah berjaya turun kami sempat naik ni, buat kenang kenangan, jambatan gantung dalam Taman Negara, nice gila!


Setelah turun, maka berakhirlah pengembaraan jelajah Taman Negara Pahang. Next round, kita pergi belah lain pula. Pada aku kalau korang nak ke Taman Negara pahang ni, better carpool dengan kawan-kawan senang sikit, untuk dapatkan bas / kereta sapu macam tipis je peluang. Sebab kawasannya dahlah jauh kedalam. Package kami ini total berharga RM2,280


Package include:
✅Accommodation, Meals (1B, 2L, 1D)
✅Night jungle Walk
✅Jungle Trekking
✅Canopy Walkway
✅Rapid Shooting
✅Visit Orang Asli Village
✅Guide, & Boat,
✅4×4 Shuttles
✅Permit Entrances (RM1 /PAX)

Kami ambil package Glamping Balcony (RM285/1pax)


Siapa nak pergi taman negara Pahang boleh direct dengan Danzecoresort ni, memang puas hati seris nya. Dari tempat tinggal, aktiviti, guide, makan semua tip top! Thank you!




#tamannegarapahang #tamannegara #kualatahan #nationalparkmalaysia #danzecoresort



1 comment:

  1. Menarik sebab banyak aktiviti dpt dilakukan dan dpt mengenali lebih rapat dgn kaun org asli.. Mesti menyumpit tu susah kan.. huhu.. RM2,280 tu utk team korang atau harga utk seorang?

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!