Keindahan Kota Madinah - Ziarah Makam Nabi Muhammad, Dari Kota Mekah ke Madinah [Part 2] - Azwar Syuhada

Friday, 16 August 2024

Keindahan Kota Madinah - Ziarah Makam Nabi Muhammad, Dari Kota Mekah ke Madinah [Part 2]

Salam to all readers,


 Keindahan Kota Madinah - Ziarah Makam Nabi Muhammad, Dari Kota Mekah ke Madinah [Part 2] |  Ikutkan di Madinah tak banyak aktiviti, lebih kepada aktiviti sendiri. Justeru, masa yang ada banyak habiskan masa dalm masjid. Setiap waktu solat, orang dah penuh dekat masjid. Jadi, kiteorang akan gerak sejam awal. Jarak hotel nak masuk pintu masjid sangatlah dekat. 


Kalau korang nak bersedekah, better bagi petugas yang dalam masjid berbanding yang dekat luar. Sebab sekali kau bagi sorang dekat luar, dia panggil geng dia kerumun kau sorang. Budak-budak boleh sedekah jajan, ada setengah pak arab ambil, ada setengah diorang tak bagi anak dia ambil. Depend.


Dekat Madinah, korang berpeluang bagi burung merpati makan. Ada kawasan lapang situ, petang-petang banyak burung. Boleh beli makanan burung dekat adik yang berlegar-legar dekat kawasan tu.





Sekarang orang buat Umrah macam orang pergi Haji, sangat ramai manusia. Kita ibarat semut je dekat sana. Rumah Allah sangat ramai orang. Percayalah, ada rezeki Insyallah korang semua akan dijemput kelak. Dalam hati aku, no wonder orang suka pergi tiap-tiap tahun. Tempat ini cukup mendamaikan. Pergilah travel luar negara sejauh mana sekalipun, rumah Allah ini paling indah.


Alhamdulillah, sepanjang berada disana, semua baik-baik sahaja, jemaah-jemaah semua ramah dan prihatin, rakan sebilik, kak dila & Mama pun baik sokmo. Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi. Sampai ke harini, group whatsapp Umrah masih ada yang bertanya khambar. Hari last kami di Madinah, selepas solat Zohor di masjid, kami dah siap-siap tunggu di kawasan lobby, untuk bergerak ke airport. Masing-masing waktu tu dah tak sabar nak balik Malaysia. Kalau nak datang kembali ke sini, rajinkanlah berdoa supaya Tuhan jemput kita ke rumahnya setiap tahun, cukupkan kewangan kita, bagi kesihatan yang baik untuk menjalankan ibadah, semoga dipermudahkan segala urusan. Insyallah, Tuhan akan tunaikan kalau takde aral melintang.



Kenangan bergambar bersama kak Dila dan mamanya di airport sebelum terbang. Nak tunggu masuk bagasi pun take time, sebab orang ramai sangat. Alhamdulillah masing-masing jemaah dapat bawa air zam-zam balik. Semoga umrah yang kita semua lakukan diterima Allah. Penerbangan balik pada belah malam, aku sampai dekat tengahari juga di Malaysia. Penerbangan mengambil masa 8 jam juga. Alhamdulillah, semuanya selamat sampai ke Malaysia.


Ada rezeki kita berjumpa lagi! Thank you for reading guys!


2 comments:

  1. Alhamdulillah seronok baca pengalaman org dpt pergi menunaikan umrah.. Teringin nak pergi lagi.. Di Madinah biasa banyak shopping sbb di Mekah sibuk nak kejar 3 kali umrah huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kalau ada peluang nak pergi lagi. Tak banyak shopping sangat, banyak jalan je tengok tempat orang. For me, Mekah the best place and peace.

      Delete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!