Pengalaman Mengerjakan Umrah Pertama Sendiri Selama 12Hari 10Malam - Part 2 - Azwar Syuhada

Friday 12 July 2024

Pengalaman Mengerjakan Umrah Pertama Sendiri Selama 12Hari 10Malam - Part 2

 Salam to all readers,


Memandangkan aku lapang harini, jadinya aku continue cerita aku semasa berada di Kota Mekah. Yup, setibanya di Kota Mekah kami check in bilik hotel terlebih dahulu untuk letak barang, persiapkan diri untuk mengerjakan ibadah Umrah pertama selepas solat Isyak. Perbezaan waktu di sana dengan Malaysia ada 5 jam, Malaysia awal sikit dari sana. Apa aku boleh katakan di sana agak tenang sungguhpun sesak dengan orang ramai. Untuk umrah pertama, aku mengikut langkah Mutawif. Disana terlalu ramai orang, jadinya kami sekumpulan jemaah duduk rapat-rapat dibelakang Mutawif, perempuan di depan, manakala jemaah lelaki dibelakang dan tepi. 


Struggle nya di tempat melakukan tawaf. Kena mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan. Disana terlalu ramai orang, Phone digalakkan letak didalam bag, sekiranya terjatuh dibawah belum tentu dapat kutip semula. Jadinya keluarkan sahaja buku nota catatan yang korang nak baca. Setelah melakukan tawaf, kita buat solat sunat dan pergi minum air zam-zam terlebih dahulu sebelum melakukan Saei. 



Inilah keadaan orang melakukan tawaf pada belah malam. Sangat ramai ya, untuk Umrah pertama kami berjaya selesaikan hampir jam 2am (waku Arab Saudi). 


Ini pula keadaan melakukan Saie, sangat ramai orang. Even nak solat Subuh di masjid orang dah start ramai jam 3am. Bayangkanlah betapa ramai orang, aku rasa diriku sangat kerdil bila jejakkan kaki ke sini. Di Saei, kiteorang dah start berpecah walaupun bergerak sekali, ada yang jalan laju ada jalan slow, jadi mengikut pace masing-masing, last-last mereka ikut keluarga masing-masing, aku still bergerak dengan keluarga Datin (sebab family dorang kecik sikit dalam ramai-ramai).

Masuk hari ke-2 di Kota Mekah kami belah pagi kami diberi waktu bebas, siapa nak pergi masjid boleh, siapa nak bergerak jenjalan boleh. Apa-apa kena maklumkan dalam group. Dulu kan, aku ingat 12 hari kita disana, 12 hari tu juga kena spend buat Umrah. Rupanya tidak, Umrah dilakukan di Mekah, dan bergantung pada agensi kita pergi tu berapa kali dia nak bawa, buat first time ke sana, memang akan follow Mutawwif. Sekiranya orang dah biasa pergi, bolehlah dia melakukan sendiri.


Alhamdulillah, untuk disana aku diberi peluang untuk mengerjakan Umrah sebanyak 3 kali, 2 bersama Mutawwif, 1 sendiri, last sekali aku follow keluarga Mama (rakan sebilik aku, dia ajak buat umrah naik skuter). Best juga naik untuk merasai pengalaman, akan tetapi pada aku berjalan kaki sendiri lagi nikmat berbanding naik skuter. Buat pertama kali kerjakan better jalan kaki sendiri, jadinya korang akan rasa perbezaan itu.


Aku bersyukur sepanjang aku dekat sana aku dipertemukan dengan orang baik-baik, jemaah lain layan aku macam keluarga sendiri juga. Roomate pun masuk air, macam mak aku juga perangainya. 



Ini aku masjid bahagian rooftop pintu 91. Aku asar sampai Maghrib dekat atas ni. Better pergi awal untuk dapatkan saf. Pukul 4pm pun orang dah pusu-pusu pergi Masjid. Mak aku cakap sekarang, orang pergi Umrah ibarat orang buat Haji musimnya. Terlalu ramai orang. As long kau tahu jalan nak balik ke hotel, Insyallah tak sesat. Mekah okay lagi, sampai Madinah semua bangunan hotel adalah sama, jadinya korang kena ingat no pintu masuk berapa sahaja.


Sepanjang berada di Kota Mekah selama 5 hari, ada juga aktiviti lain ditawarkan kepada kami. Salah satunya, ziarah Muzdalifah 9kiteorang buat tahlil disini). Sampai-sampai sini, kiteorang bentang tikar untuk duduk dan buat bacaan tahlil sebelum menjamah nasi mandi.



Satu dulang ni boleh kongsi 3-4 orang, sangat banyak ya. Paling penting sedap, daging kambing sangat lembut sekali. Sambil makan dapat beramah mesra dengan jemaah lain juga. Bila ada ruang aktiviti berkumpulan bersama jemaah, rajin-rajin diri turun padang. Sebab pengalaman ini hanya sekali sekala seumur hidup.



Kami sempat mengerjakan solat secara berjemaah dan meraikan birthday orang-orang yang lahir pada bulan 2 dan 3. Alhamdulillah. Kami turut berpeluang menziarahi bukit pertemuan Adam dan juga Hawa iaitu Jabal Rahmah. Masyaallah penuhnya orang, seluruh dunia katakan, dengan cuaca panas terik. Kami duduk dibahagian bawah, memandangkan untuk naik ke atas kena beratur dan kami sangat mengejar masa untuk pulang ke Mekah bagi mengerjakan Umrah ke-2.




Makcik Sarah sempat belanja aiskrim lagi, Makcik Sarah datang dengan Pakcik Mazlan (suami isteri). Jadinya aku banyak luangkan masa bersama mereka berdua di sana. Orang Perak. 



Sempat luangkan masa bersama mama dan kak Dila pergi tawaf sunat pada jam 3am sekali tunggu Subuh. Alhamdulillah, tenang je rasa. Solat Subuh disana jangan terkejut sebab tiada bacaan doa Qunut. Kalau ada masa tunggu dulu lepas solat Subuh, ada rezeki boleh kerjakan solat jenazah. Biasa diri solat di Masjid Al-Haram bila dah sampai sana, sebab pahalanya 100 kali ganda berbanding solat dalam bilik.


Pengalaman Mengerjakan Umrah Pertama Sendiri Selama 12Hari 10Malam - Part 2


Inilah keadaan dalam Masjid al-Haram, waktu subuh dalagi ramai orang turun tawaf. Ada rezeki Insyallah dapat sembahyang dalam ini. Nikmat yang tak mampu diungkap. Sebelum berangkat ke Madinah, bilamana kami semua perlu buat salam selamat tinggal, hati kita tetiba akan jadi sayu sendiri. Betul kata mak, bilamana kita pandang kaabah depan mata, kita sendiri rasa sayu. Ya Allah kau hapuskan segala dosa aku lakukan secara terang-terangan mahupun tanpa aku sedari. Kecilnya aku dekat dunia ni. Moga kita dipertemukan lagi tahun akan datang. 


Salam selamat tinggal, bila mana kita dah ucap selamat tinggal, kita dilarang untuk bergambar di kawasan Masjid al-haram, membeli belah, mahupun selfie sehingga meninggalkan perkarangan Masjid al-haram. Setelah meninggalkan perkarangan Masjid al-Haram, kami pun berangkat ke Madinah pula menaiki bas. Perjalanan dari Mekah ke Kota Madinah mengambil masa dalam sekitar 8jam juga jika naik bas. Nanti aku sambung apa yang menarik di Kota Madinah pula.


Thank you for reading guys!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!