Ringkasan Cerita Pengakhiran Bulan Dec, 2023 - Azwar Syuhada

Saturday, 30 December 2023

Ringkasan Cerita Pengakhiran Bulan Dec, 2023

 Salam to all readers,




| Ringkasan Cerita Pengakhiran Bulan Dec, 2023 |  Tinggal 1 hari sahaja kita semua akan melangkah ke tahun baru. Cadangnya banyak story aku nak up dalam blog memandangkan aku habiskan cuti minggu terakhir dec 2023. Unifi dekat rumah mak aku pula ada problem dekat seminggu. Buat aduan pun tak jalan, malas aku, bayar nak on time, servisnya kelaut. So sebagai penutup tirai aku nak share juga dengan korang semua perkembangan aku sekarang.


Alhamdulillah, kontrak bilik aku sewa sekarang ni dah nak habis penghujung bulan 1, 2024 dan aku dah jumpa juga rumah baru untuk aku sewa. Seksa jugalah nak cari bilik sewa, nak selesa, bersih, kawasan area elok, semuanya kos. Kos sekarang semua naik, yang susah gila nak naik gaji. Begitulah hidup kan! Nak taknak kena juga buat kerja sampingan lain untuk survive.  Kalau dulu nak pindah dari rumah Bangsar punyalah berat hati, tapi rumah sedia ada aku duduk sekarang aku tak sabar nak keluar. Awal bulan 1 ini juga aku ada trip bersama sepupu aku dan juga kawan-kawannya. Kalini bagi dorang arrange kita jadi pengikut. Akan datang, aku dah start slow-slow tak ambil job review aku nak fokus content aku sendiri. Now, aku aktif dekat TikTok, korang bolehlah follow aku di sana okay. 


This years, aku berjaya habiskan 8 buah buku cerita. Tahun sebelum ini aku tak sempat membaca, this year aku sempat bahagikan masa. Sekarang aku tengah menghabiskan bacaan Kisah Nabi Muhammad yang aku beli dekat TikTok Shop. Now, aku rajin shopping sana tambah dah ada Shopback sekarang. Aku rajin, aku promote la dalam content aku, at least korangboleh beli sekali.


Aku bersyukur aku dikurniakan kawan, team kerja pun best, dikelilingi orang yang baik-baik. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Aku keluar memana memang budget keluar, kalau asyik ajak aku pergi tempat high class pun, aku slow-slow tolak sebab aku nak lebihkan saving dari berjimba memandangkan permulaan 2024 ini banyak aku kena melabur. Moga rezeki melimpah ruah untuk aku di tahun 2024.



Aku bersyukur masih diberi nafas, kesihatan baik, moga aku dijauhkan dari penyakit berbahaya. Justeru aku dapat keluar pergi bekerja, gain more money untuk bayar komitmen, aku tak risau cycle aku kecik, yang penting hidup aku tenang-tenang. Bulan ini juga aku berkesempatan buka car booth sale dekat SS13. Tapak booth pun murah, cuma keadaan cuaca pada hari buka tu tak berapa baik. Sokay, percubaan yang menakjubkan. Memang best juga, ada jugalah baju-baju aku terjual.


Next, maybe aku akan buka dengan Sue pula, dia nak jual baju-baju hiking dia. Nanti aku share next date kalau aku buka okay! Tak berkesempatan datang boleh tengok carousell aku k.


Ringkasan Cerita Pengakhiran Bulan Dec, 2023


Selasa depan aku dah naik kerja, moga aku lebih rajin bekerja pada tahun 2024. Doakan aku diberikan kesihatan baik dan rezeki melimpah ruah okay. Next time kalau aku ada masa aku up cerita lagi okay. Selamat tahun baru 2024 ualls!! Moga u guys, also sukses dengan jayanya. Jaga solat, jaga agama, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi! 


Thank you for reading!

1 comment:

  1. Semoga yang indah indah buat Azwa tahun nie. Semoga business mendapat sambutan. Semoga berjaya capai apa yang awak target. InshaALLAH.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!