Salam to all my reader,
| Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan | Memupuk Semangat Patriotisme untuk Memperjuangkan Hak Wanita! | Lama menyepi tup-tup sembang pasal movie, baru ini aku berkesempatan menghadiri majlis tayangan Perdana filem Pagari Bulan yang diterbitkan oleh ELEVEN FIELD CREATIVE SDN BHD serta edaran METROWEALTH. Terima kasih jemput aku menonton cerita patriotik. I like okay! Cerita ini sedikit sebanyak dapat menjentik hati kami sebagai penonton untuk memupuk semangat patriotisme dalam memperjuangkan hak wanita. Dimana dulunya Jepun datang menjajah.
Dalam filem ini, Pengarah Pagari Bulan, Ts Raja Mukhriz telah mempertaruhkan Nazeera Sardi sebagai tunjang utama bagi memegang watak sebagai pejuang yang memartabatkan kaum wanita. Selain itu, filem ini turut dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Aniq Durar, Trisha Ooi, Andy Teh, Alvin Wong dan Michael Ang. Idea filem ini datang dari Ellyna Ahmad dan Ts Raja Mukhriz setelah melihat belum ada genre 'confort women' yang diketengahkan dalam filem tanah air. Manakala skrip dan lakon layar Pagari Bulan oleh Siti Jasmina Ibrahim.
Inilah dia antara barisan pelakon yang menjayakan filem Pagari Bulan.
Sinopsis Filem Pagari Bulan
Filem Pagari Bulan mengisahkan tentang Bulan merupakan anak sulung perempuan kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ismail dan isterinya Hasnah yang berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan. Penduduk kampung berdekatan dan kampung lain terpaksa mempertahankan kampung mereka daripada didera, dibunuh, dan mempertahan anak gadis yang menjadi sasaran tahanan oleh tentera Jepun. Bulan bersama-sama adiknya Kasih dan sahabatnya Sui Li juga ditangkap dan dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun demi memuaskan nafsu.
Feedback After Watching Pagari Bulan
Pada aku cerita ini menarik untuk ditonton, jalan cerita tidak melewehh..Aku suka semangat Bulan yang tidak pernah mengalah walaupun acap kali hidupnya diperjudikan. Aku juga suka didikan pakcik Ismail dan isterinya Hasnah mendidik anaknya untuk menjadi berani. Kemunculan Michael Ang, sedikit sebanyak dapat menghiburkan kami sebagai penonton yang tengah rasa marah dengan orang Jepun. Nak tahu apa kesudahan cerita Bulan ini, korang kena tengok di pawagam bermula 5 October 2023!
Overall aku boleh bagi: 4.5/5
Syarifah Shahora selaku penerbit filem Pagari Bulan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer termasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini. Filem "Pagari Bulan" ini akan disiarkan mulai 5 October 2023 lebih daripada 60 pawagam di seluruh Malaysia dan Singapura.
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!