Pengalaman Menginap di Hilton Garden Inn South, Chow Kit Kuala Lumpur [3 Hari 2 Malam] - Azwar Syuhada

Sunday, 4 June 2023

Pengalaman Menginap di Hilton Garden Inn South, Chow Kit Kuala Lumpur [3 Hari 2 Malam]

 Salam to all readers,


| Pengalaman Menginap di Hilton Garden Inn South, Chow Kit Kuala Lumpur [3 Hari 2 Malam] | Cerita ini dah lama ikutkan, tapi baru harini ada masa terluang nak share dalam blog. Sempena birthday aku tahun ini, aku merasalah bawa mak aku staycation dekat KL. Dulu dia pernah berangan-anganllah cakap kat aku, wa kalau kau kaya nanti bawalah mak tidur tukar-tukar hotel. Perghhh nak menanti aku kaya tu, cam lambattt lagi. Ikutkan plan macam tak jadi awalnya, disebabkan awal tahun aku banyak gila keluar modal dengan pindah rumah lagi. 


Alih-alih aku teruskan jerlah plan asal. Duit kemudian boleh cari lagi kan? Aku cakaplah dengan mak aku, hotel yang aku bawa dia ini hotel biasa-biasa je. Mak aku pula ingat, aku bawa dia tidur hotel kedai macam hotel Oyo. Aku takdelah nak bawa dia tidur hotel Oyo, bukannya backpacker pun mak aku ini. Aku survey hotel pun lama juga ya, sebab aku nak makesure, hotel aku pilih tu servis elok sikitlah, dekat dengan public transport senang nak keluar jenjalan.


Survey punya survey jumpalah Hilton Garden Inn South, Chow Kit. Hotel ini kira baru jugalah dekat sini, before this aku tak pernah nampak pun hotel ini. Aku book menerusi aplikasi Agoda (jangan lupa guna Shopback juga). Berberlanja harus bijak juga! Dari plan asal tiada siapa yang tahu, jadi semua tahu. Aku cakap dengan mak aku nanti suruhlah adik aku hantar dia dekat LRT, or sampai hotel terus. Nanti aku jumpa dia dekat mana-mana. Nak dijadikan cerita hari kejadian, Pak Alang aku dari KL nak balik rumah. Jadi, alang-alang dia nak balik ke KL dia droplah mak aku dekat hotel Hilton Garden Inn South, Chow Kit. 




Aku dan mak aku menginap pada 1 March - 3 March 2023. Check in lepas jam 3.00pm, aku jumpa mak sekitar jam 3.00pm jugalah dekat lobi hotel. Aku datang naik monorel je. Salah satu sebab aku pilih hotel ini, sebab senang akses public transport. Kalini, aku berkesempatan bawa mak aku tour KL naik public transport. Bas, LRT, MRT semua dia naik dalam tempoh 3 harini. Jom tengok bilik penginapan kiteorang.



Aku booking bilik Queen Guest Room (sesuailah utuk stay 2 orang dewasa bilik ini). Bilik luas, ada ruang untuk solat, arah kiblat pun ada, kemudahan menggosok pun ada dalam bilik. Masa aku booking menerusi Agoda (ada note juga, katanya kalau nak mandi pools kena buat booking and harga lain). That part korang boleh ignore. Aku sampai hotel dekat lobi aku tunjuk dorang note tu, than staff situ kata pools dorang open untuk semua, tiada harga lain-lain. Aku sendiri tak pernah check-in hotel booking bilik je, tak termasuk mandi pools. Staff situ pun ada terima complaint dari customer lain untuk confirmed kan samada pools nak masuk kena bayar ke? Mujur kami dah dapat pengesahan. Tiada sebarang charge pun kalau nak mandi dekat pools. Boleh pergi bila-bila masa je.






Inilah bilik penginapan kami, bagi aku selesalah, tilam empuk, bilik bersih, staff pun sedia membantu. Cuma kalau korang keluar dari hotel ini jangan shock pula bila nampak orang tidur di kaki lima, sebab Chow Kit kawasan gelandangan, tapi dorang tak kacau orang setakat ini. Selepas check-in hotel, aku dengan mak aku lepak dalam bilik je dulu, memandangkan waktu tu tengah hujan. Lepas Maghrib baru aku ajak keluar pergi makan. Kedudukan hotel ini kira strategik jugalah, sebab dekat nak ke Kampung Baru, Jalan Tar, nak ke Sogo pun dekat. Tak larat jalan kaki, boleh tunggu bas.






Ini pula kawasan pools dia. Pools terletak di tingkat 25, dekat atas ini ada cafe juga cuma cafe beroperasi belah petang sehingga malam. Hari pertama sampai aku tak jadi mandi disebabkan ramai lelaki. Esoknya pepagi baru aku sempat naik ke pools semula untuk mandi. Mak aku temankan dekat tepi, mujur waktu aku mandi ini ada keluarga lain yang sedang mandi manda juga. Dekat pools ini ada kemudahan toilet serta ada penyediaan tuala untuk keringkan badan, jadi tak perlu bersusah payah bawa towel dari bilik hotel. Dekat pools korang boleh melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur, boleh nampak KLCC, KL Tower, Bangunan Tun Razak, monorel dan lain-lain lagi. Waktu aku check-in ini masa hari weekdays, jadi tenang sikitlah.


Hari pertama, belah malam aku bawa mak aku pergi makan RSMY makan roti nan cheese. Aku sendiri tak pernah pergi sini, orang kata tempat ini famous. Jadi ayuhlah pergi makan. Pergi berdua je, tapi ordernya macam 4 5  6 orang punya makan. Aku tak pernah sampai sini, jadi alang-alang datang tu order jerlah apa nak makan. Dekat sini kuah dall dia jual asing, roti nan dan kuah dijual dengan harga asing-asing. Before this aku tak pernah pula tahu orang jual harga asing kalau order roti nan. 




Overall makan sini, sedap je, selain pekena roti nan, kami order juga ayam tandoori makan panas-panas. Restauran ini kategori besar juga dan ramai orang. Sambil makan korang boleh dengan busker depan kedai menyanyi untuk menghiburkan pelanggan. Dah kenyangan makan, kami pun bergerak balik hotel jalan kaki. Mujur perut full, balik jalan kaki kira workout juga. Balik hotel, terus tidur kepenatan.

Kawasan perjalanan kaki di sini selamat, tapi digalakkan juga jalan berdua atau beramai-ramai dari berseorangan. Memandangkan sini banyak orang tak dikenali di kaki lima. Kalau bawa handbag hati-hati, silangkan bag seelok-eloknya. 

Secara keseluruhan, aku puas hatilah menginap di Hilton Garden Inn South ini, salah satu sebabnya adalah kawasannya strategik, senang akses public transport, banyak kawasan menarik yang berdekatan boleh kunjungi, Wifi free, bilik selesa, kawasan pools pun best. Paling penting staff dekat sini banyak membantu. Jadi, kalau korang nak bercuti ke KL bawa family, ataupun staycation dengan kawan-kawan pun boleh consider hotel ini. Harga penginapan untuk 3 hari 2 malam pun affordable pada aku even hotel ini tiadalah dikira 5 stars sekalipun, ia tetap 5 stars dihatiku.


Thank you for reading guys!




No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!