Pengalaman Bercuti ke Hatyai Bersama KOPETRO Travel - Azwar Syuhada

Wednesday, 21 June 2023

Pengalaman Bercuti ke Hatyai Bersama KOPETRO Travel

 Salam to all readers,


| Pengalaman Bercuti ke Hatyai Bersama KOPETRO Travel | Swadikap! Baru-baru ini aku berkesempatan bercuti ke Hatyai. Yup, Hatyai! Last aku pergi Hatyai pada tahun 2019, company trip. Kalau sebut Hatyai ini mesti korang relate dengan makanan, sebab dekat sana mewah dengan makanan. Tambah-tambah udang besar dia. Trip kalini aku pergi under KOPETRO Travel, memang tak menyesallah join trip kalini sebab totally puas hati sangat dari awal perjalanan sehinggalah habis percutian sangat lancar dan paling penting menyeronokkan. Nak tahu apa yang membuatkan aku seronok kalini, jom baca perjalanan aku ke Hatyai, Thailand selama 4 hari 3 malam bermula 9 June sehingga 12 June 2023. Siapa sukakan aktiviti adventure/ trip backpackers bolehlah consider KOPETRO  Travel ini. 


Pengalaman Bercuti ke Hatyai Bersama KOPETRO Travel


9 June 2023: Kami bergerak ke Hatyai, Thailand pada belah malam iaitu sekitar jam 9.15pm dari Kuala Lumpur (ikut Jalan Kuala Nerang). Perjalanan percutian 4 hari 3 Malam di Hatyai, Thailand ini dibawa khas oleh bas KOPETRO Travel dengan pakej berkumpulan yang membawa kami menjejakkan kaki ke 3 destinasi utamai iaitu Hatyai, Songkhla dan juga Danok. Aku gerak ke KL lepas habis office hours, mujur on time sampai. Perjalanan menaiki bas ini bestnya dapat rehat lama sikit dalam bas, don't worry kalau rasa nak terkucil ataupun nak solat, bas akan berhenti di perhentian terpilih. Paling penting, bas KOPETRO Travel bawa kenderaan dengan cermat dan cepat. Jadi, aku nak tidur pun rasa selamat. 


Kami berhenti di Masjid Kuala Nerang untuk solat sekali gus bersihkan diri sekitar jam 6.00am. Selesai, bersihkan diri, kami bergerak ke gerai depan Station Bas Kuala Nerang untuk breakfast. Kira cepat jugalah kami sampai ke sini, breakfast pun tak rushing sangat sebab border Thailand belum buka lagi. 


Inilah geng Kepochi KOPETRO Travel menuju ke Hatyai, Thailand. Punyalah meriah bas dengan kewujudan orang-orang dalam gambar ini.



Alhamdulillah kami selamat sampai ke sempadan Thailand sekitar jam 8.00am (10 Jun 2023). Lihatlah muka masing-masing jelas terpancar keterujaan untuk menawan Hatyai, Thailand.  Dekat imigresen, korang just bawa turun passport & IC. Benda ini WAJIB kena bawa, kalau tak bawa naya Pak Karimm..



10 June 2023: 1st Day @Hatyai, Thailand



1st day menapak ke Thailand kami terus jalan-jalan menuju ke  bandar Hatyai ya. Justeru, di Masjid Kuala Nerang kami kena siap-siap bersihkan diri. Kalau berhenti ke hotel, mesti ada yang taknak keluar bilik sudah.  Dalam pada bergerak ke Hatyai, kami sempat menyinggah ke Cafe Amazon. Cafe Amazon ini salah satu kedai kopi yang cukup popular di kalangan penduduk Malaysia kalau datang ke sini. Ia kira air kopi lebih kurang GiGi coffee, Zus Coffee (yang ada dekat Malaysia). Cuma dekat Hatyai, Cafe Amazon inilah yang paling hype dekat sini.



Aku ambil perisa Matcha, sedap juga. Sambil minum boleh swaphoto dalam cafe nya. Vibes habis dekorasi dalam cafe ini, rugilah kalau tak bergambar kan. Jangan risau, outlet cafe Amazon ini banyak gila dekat area Hatyai, jadi korang boleh pergi bila-bila masa nanti.



Selesai healing dekat cafe Amazon tadi, kami terus ke Butik Rosecarree. Butik Rosecarree ini menawarkan kain tudung, pakaian wanita dan lelaki seperti kemeja, baju kurung, anak tudung, songket, aksesori wanita, butang baju, dan macam-macam lagi. Butik ini cukup popular di bandar Hatyai. Kalau korang nak cari kain songket yang tenunan nya dijahit kemas dan rapi bolehlah usha Butik Rosecarree ini. Butik ini diusahakan oleh usahawan Melayu di Hatyai yang segak dan berjiwa besar lagi.



Antara koleksi pakaian lelaki yang boleh didapatkan di Butik Rosecarree. Jahitan nya sangat kemas dan rapi ya.




Inilah dia antara barangan dan koleksi yang boleh didapati di Butik Rosecarree. Semua barangan boleh dijadikan hadiah buat orang tua dikampung, ataupun kalau nak jadikan barang hantaran pun cun!


Selesai membeli belah di Butik Rosecarree tadi, kami bergerak untuk makan tengahari di Restoran Rusdee Boat Noodles yang menyajikan pelbagai makanan Thailand yang Halal. Tapi aku kan, bawalah ke mana je, nasi juga aku cari. Restoran ini memang klasik, dan unik. Jangan terkejut kalau masuk-masuk bilamana ada jejaka Thai menyapa Swadikap!! 





Inilah ia restoran makan tengahari kami. Kawasannya sangat luas, cantik dan selesa. Elok sangat kalau nak datang bawa family makan dekat sini. Makanan pun boleh tahan sedap. Mujur waktu kami sampai oorang belum ramai, jadi ada tempat untuk duduk. Dekat sini cukup popular dengan beef boat noodle, special boat noodle, dim sum, dan banyak lagi.




Ini antara juadah yang cukup popular di restoran ini. Apa-apa pun Nasi Goreng Seafood dia memang sedap bersama telur dadar dia memang terbaik!!


Selesai menikmati makan tengahari, perjalanan diteruskan lagi ke Kedai Gajus. Kedai Gajus cukup terkenal di Hatyai kerana ia menawarkan pelbagai kudapan seperti gajus, kekacang, kerepek, asam pun ada dan banyak lagi dengan harga yang cukup berpatutan. Dari taknak beli nak beli, sebakul juga diborongnya. Aku sempat jugalah belikan mak aku pes Tomyam Thailand dia dekat sini. Botol besar 185baht je.





Pelbagai kudapan ringan boleh didapati di Kedai Gajus ini. 


Seterusnya, kami di bawa ke Nora Plaza yang cukup popular dengan barangan kulit dan aksesori. Kalau korang nak cari cenderahati, ole-ole untuk kawan-kawan mahupun keluarga sinilah tempatnya. Pada mereka yang suka pakai barangan kulit korang boleh datang ke sini, macam-macam jenis kulit korang boleh dapatkan disini antaranya kulit buaya. Beg rotan pun banyak dekat sini dengan pelbagai bentuk dan size. Sebut je nak yang macam mana, macam-macam ada.






Selain tas tangan, kain batik korang juga boleh dapatkan minyak angin, ubat sakit sendi, bedak gatal badan, sabun untuk putihkan kulit pun berlambak dekat Nora Plaza ini. Kedai Nora Plaza ini besar jugalah, berjam jugalah kalau nak tawaf semua tempat. Jadi, mana korang berkenan grab je cepat-cepat.


Selesai shopping barangan di Nora Plaza barulah kami berangkat ke hotel. Perjalanan hari pertama cukup mencabar, banyak tempat kami terjah barulah sampai ke hotel. Kami menginap di River Grand Hotel.


River Grand Hotel - Penginapan 3 hari 2 Malam di Hatyai, Thailand


Sungguhpun hotel ini bukanlah taraf 5 bintang, ia sudah cukup sempurna pada kami. Ditambah pula River Grand Hotel ini mesra dengan penduduk Muslim. River Grand Hotel ini kira terletak di tengah nadar Hatyai juga, senang nak akses ke tempat menarik sperti Lee Garden, Asian Night Market menaiki tuk tuk ataupun jalan kaki.




Bilik hotel dekat sini agak luas dan selesa dengan dua katil size single yang cukup tebal, lena jugalah aku tidur sepanjang menginap di sini. Korang kena bawa universal plug siap-siap, kalau tidak tak bercas la phone korang nanti. Sterika tiada dalam bilik, kalau nak kena minta dekat lobby bawah. Kemudahan lain yang terdapat dalam bilik ini adalah seperti, peti sejuk kalau nak letak barangan basah atau sejukkan air, tv,  penyidai baju, dan penyaman udara. Sarapan ala buffet turut disediakan di sini sepanjang menginap di hotel ini. 


Ini ruang bilik mandi, barang keperluan mandi seperti berus gigi, shampoo kena bawa sendiri (dalam bilik air tidak disediakan).


Sampai hotel kami rest sekejap sementara bersiap semula untuk makan malam di Restoran Steamboat Buffet Halal 299. Jarak perjalanan dari hotel nak ke restoran mengambil masa sejam jugalah. Restoran Steamboat Buffet Halal 299 ini terletak di Hatyai City Thailand. Sini kira one of top Steamboat paling famous, syurga steamboat orang kata. Jadi, pastikan perut korang kosong time datang, jadi boleh makan puas-puas. 



Restoran ini menawarkan makanan secara buffet, duduk ambil tempat duduk, then baru pergi ambil lauk sendiri, benda utama korang wajib ambil sudah semestinya udang galah besar-besar weyh, daging, ayam, ikan untuk dibakar, kupang dan banyak lagi. Kami sampai kira awal, so banyak lagi space nak duduk. Bagi mengelakkan kena tunggu lama, better datang awal sikit.


Restoran ini dibuka sekitar jam 2.00pm hingga 10.30pm (waktu Thailand). Selain makanan laut korang boleh rasa juadah lain seperti nasi goreng, kueh teow goreng, bihun, kuih muih dan macam-macam lagi. Ingat jangan ambil sehingga berlaku pembaziran.



Jangan risau makanan habis, sebab staff dorang pantas untuk topap makanan. Daging, udang, ayam, sotong kita boleh bakar sendiri. Kalau ikan, korang ambil pergi hantar dekat kaunter bakar ikan, nanti ada yang tolong masakkan. Tak sampai 20min ikan korang siap untuk dimakan. Sambal cicah dia pun padu, lagi-lagi sambal hijau dia, pedas-pedas manis. Korang wajib try datang sini!



Muka terpaling bahagia nampak makanan. Apa-apa pun memang puas hati makan dekat sini, semua hidangan laut dia segar-segar, malah lauk pauk makanan biasa dia pun sedap juga. Senang cerita cukup rencah. Jangan dipersoalkan badan aku naik kalau aku balik nanti. hahaha...

Agak-agak korang lepas makan malam ini kami ke mana pula?


Perjalanan kami diteruskan ke Floating Market, dimana ia merupakan salah satu tarikan pelancong datang ke Thailand. Sini memang cukup meriah lagi-lagi waktu malam, ia ibarat pasar malam, biasa orang berniaga buka payung kan? Tapi disini orang berniaga dalam perahu di sisir sungai. Memang unik, tambah unik dimana barangan makanan yang dijualnya dihidangkan dalam bekas yang menarik sekali. Ada setengah peniaga jual air kelapa dalam bekas buluh, disisip sekali dengan straw yang ada bunga orkid hidup lagi, ada setengah air kelapa dijual dalam bekas timah, cute jer.




Selain makanan, dekat sini juga ada jual-jual barangan lain seperti mainan kanak-kanak, pakaian lelaki dan wanita, kasut, cenderahati seperti keychain dan banyak lagi. Disebabkan kami semua dah kekenyangan makan steamboat, sudahnya turun pusing-pusing floating market sambil bergambar. Sempat beli air kelapa jer supaya tak kempunan. Benda yang korang wajib rasa kalau turun sini adalah pulut mangga, thai ice tea dia memang padu tak terlawan dengan Malaysia punya.


Floating Market ini dibuka pada hujung minggu sahaja dan ia merupakan tempat tarikan pelancong bila datang ke Hatyai. Orang tak usah cakap, sini memang padat, sebab ramai orang nak datang makan dan bergambar dengan keunikan floating market.


Sebelum mengakhiri perjalanan hari pertama di Hatyai, kami sempat bersiar-siar di Lee Garden Night Market dimana lokasinya tidak jauh dengan hotel kami. Sini juga merupakan port terkenal dikalangan pelancong luar. Banyak Streets foods, jualan bundles di kaki lima, dinasihatkan kalau korang jalan sini better jaga beg okay. Di area Lee Garden Night Market ini juga cukup terkenal dengan kawasan urutan massage, datang Hatyai, kalau tak pergi berurut memang rugi. Sini urut murah weyhhh, urut tanpa minyak 200baht, urut dengan minyak 400baht. Jadi datang sini, pergilah massage memang rasa lega. Benda utama aku nak datang ke Hatyai adalah nak berurut, 2nd baru fikir makan.



Belakang aku tu adalah tuk tuk (ibarat teksi), boleh naik beramai-ramai. Setiap seorang akan dicaj 20baht kalau naik walaupun jarak dekat. Itu dikira sebagai upah duit minyak depa jugalah. Best juga tuk tuk ini, berangin je lagi-lagi bila pakcik tu bawa laju, tapi malam tu kami sumbat sampai 10 orang, pakcik tu nak tekan minyak pun macam tak larat, berdekah-dekah kami gelak dekat belakang. Apa-apa pun enjoy bersiar-siar dekat area sini.



Sini tempat massage kami pergi, betul-betul bersebelahan dengan Lee Garden Night Market area. Dah puas bersiar-siar barulah kami pulang ke hotel untuk berehat. 


11 June 2023: 2nd Day Jalan-jalan di Pekan Songkhla, Thailand

Selesai breakfast di hotel, kami bergerak ke Chang Puak Camp. Sini juga merupakan port menarik untuk dikunjungi bila datang ke Thailand. Dimana korang berpeluang untuk melihat, mendekati mahupun menaiki gajah pun boleh disini. Kalau nak naik gajah, 500baht akan dicaj untuk seorang. Selain melihat gajah boleh juga join aktiviti lain seperti aktiviti ATV, bergambar dikawasan tamannya, melihat taman burung, dan anak buaya dan banyak lagi.




Kalau taknak naik gajah, boleh juga bergambar dengan gajah dekat port belakang. Ada satu bahagian dimanan pelancong boleh masuk untuk bergambar dan diangkat dengan belalai gajah (100baht akan dikenakan untuk seorang). Dalam tu anak mak dan anak gajah. Steady je dia angkat pelancong. Comel sangat. 


Kalau datang ke Hatyai ini tak lengkap rasanya kalau tidak datang ke The Central Mosque Songkhla. Masjid ini ala-ala Taj Mahal dekat India, dimana dihadapannya ada kolam yang cukup panjang, justeru ia diibaratkan seperti Taj Mahal yang cukup terkenal di India.

Indahkan ciptaan Tuhan


Perjalanan diteruskan ke SeaVerse pula. Sini port paling cantik untuk ber OOTD sebab setiap sudut dan keadaan keliling memang cantik. Siap ada jambatan gantung lagi, bolehlah feeling-feeling hindustan. Kalau datang dengan family ini mesti meriah, kalau rasa dahaga jangan risau, dalam SeaVerse ini juga ada cafe. Bolehlah singgah merasa coffee nya.



Bayaran masuk ke SeaVerse ini adalah 30baht seorang. Masuk-masuk korang akan start wahhh lawanya, nak selfie. So, makesure phone korang memory penuh okay.





Seperti biasa iced chocolate menjadi fav aku. Sangan recommended kalau korang nak try! Sedappp!!


Dah puas berjalan-jalan, barulah masing-masing terasa lapar. Justeru kami memilih untuk makan tengahari di Restoran Islam Pai Daeng yang terletak di area Pantai Samila. Restoran Islam Pai Daeng ini menyajikan makanan panas yang sedap. Antara hidangan yang kami makan adalah ikan siakap masak keongsam (menggunakan ubut kelapa), ia digoreng sangat rangup memang syadu bila mengunyahnya, disalut pula dengan bawang yang digoreng garing, telur dadar versi thailand, udang masak masam manis, sayur kangkung goreng belacan dan banyak lagi. 






Waktu kami datang tu hujan pula, bila dapat makan makanan panas memang lagi kau penangannya. Tapi puas hatilah makan dekat sini, kedai luas, ruang makan pun besar, bersih, portion makanan jangan ceritalah banyak, sampai aku sendiri makan bertambah-tambah. Sangat recommended makan dekat sini, lauk pauk semua sedap belaka!


Bila masing-masing dah kekenyangan makan tengahari, kami teruskan perjalanan dengan bersiar-siar di Pekan Lama Songkhla dengan menaik tram yang dibawa khas oleh Singora Tram Tour. Seumur hidup aku, ini first time aku menaiki tram. Perasaan teruja tu tak boleh nak cerita, selalu tengok dalam tv je. Sekarang kita berpeluang naik sendiri. Perghh memang syok jugalah naik tram ini sampai melihat pemandangan keliling. 



Inilah ia Tram yang kami naiki untuk bersiar-siar di Pekan Lama Songkhla


Pekan Lama Songkhla sini masih cantik dan pesat membangun. Kami juga berkesempatan melihat sendiri kuil-kuil lama dimana ada mencecah lebih 100 tahun, akan tetapi masih utuh bangunannya. Area sini juga, banyak kedai coffee hipster, street art, muzium, port menarik untuk ber OOTD pun banyak. Masing-masing teruja gila naik tram, benda paling penat sekali adalah bergambar. Setiap sudut, setiap cerut mesti nak bergambar punya. Ialah nak datang punyalah payah, dah datang haruslah pulun bergambar. 




Pekan Lama Songkhla. Cantik kan?


Sebelum kami berangkat ke Hatyai semula, kami sempat singgah ke Pantai Samila. Pantai Samila ini merupakan pantai yang cukup terkenal di Thailand ditambah pula ada patung mermaid di persisiran pantai nya. Disebalik patung mermaid ini ada kisahnya tersendiri. Dari sudut lagenda lama, ada yang mengatakan, dahulu kala ada seorang gadis yang bercinta dengan pelaut. Siapa sangka dia mengandung dan ia begitu setia menunggu kepulangan orang dicintainya sehingga menjadi patung.



Pantai Samila ini sungguh bersih dan cantik. Ramai keluarga turun ke sini untuk bawa anak-anak mereka bersiar-siar. Boleh juga menunggang kuda di sini.


Sebelum berangkat pulang ke hotel, kami sempat menyinggah ke Asian Night Market. Sini lebih kurang shopping dekat Jalan Tar. Kawasannya besar gila, sinilah syurga untuk borong pakaian, bag, makanan ada belah atas, barang makeup, aksesori, mainan kanak-kanak dan macam-macam lagi. Sini shopping memang murah-murah jadi pastikan korang bawa lebih duit shopping. Semua pakai cash.





Kemeriaahan suasana di Asian Night Market. Mana korang berkenan beli terus, takut tak jumpat dekat tempat lain. Rambang mata jugalah bila datang round Asian Night Market ini. Belah atas ada tempat makan juga, tapi kami memilih untuk makan malam di Restoran Hammed dekat area Lee Garden Night Market. Sedap juga hidangan makanan dekat sana, aku order Nasi Goreng Pataya, dia punya portion memang banyak. Area sini malam memang hidup, tak pernah tiada orang. Orang tak putus-putus, baik orang dia mahupun pelancong luar.


12 June 2023: 3rd Day @Hatyai & Bersiar di Danok 

12 June 2023, merupakan hari terakhir kami berada di Hatyai. Seawal jam 8.00am kami dah check out hotel. Sebelum berangkat pulang ke Malaysia (cewahh macam jauh benor aku melangkah luar negaranya) kami sempat singgah ke Big Bee Garden, Hatyai Songkhla. Thailand. Sini tiada sarang lebah pun. Sini korang boleh shopping madu asli, bukan sahaja untuk minum,  dan dimakan, malam ada juga skincare bee boleh dapatkan disini.

Mereka siap ada bilik khas untuk memperkenalkan jenis madu yang mereka ada. Siap ada teasers, mereka turut bagi sedikit input perbezaan madu yang dah tak elok dimakan. Sempat juga aku grab satu madu untuk dibuat minum, boleh tahan murah juga sini.





Walaupun kena berhadapan dengan panas terik, bila bab bergambar masing-masing perform.

Don't worry kalau duit cash korang dah habis, sebab dekat Big Bee Garden ini accept payment melalui debit card, kredit card pun boleh. Jadi tiada alasan untuk tidak shopping. Muka masing-masing terpaling bahagian bawa madu. kahkah... Selesai memborong madu, kami bertolak ke Danok. Perjalanan nak ke Danok mengambil masa sejam lebih juga, jadi boleh relax dalam bas sambil layan music Thailand. 

Paling syok naik bas KOPETRO Travel ini sepanjang trip ke Hatyai ini, dorang pasang lagu best-best sepanjang perjalanan. Lagu yang dipasang dalam bas turut memainkan peranan penumpang untuk lebih bergembira di dalam bas ya selain tidur.


Welcome to Danok, finally sampai juga Jalan Danok ini, Danok ini bukan tempat jual daging ya. Ia merupakan sebuah lokasi pelancongan untuk ber shopping juga. Ibarat kau turun Padang Besar sana, berderet kedai menjual keropok, kerepek, manggi, asam, rempah ratus, selain tu dekat sini juga ada deretan tempat makan. Korang boleh duduk makan-makan sambil menunggu kaum wanita menyopping.


Inilah dia rupa persekitaran Danok. Ada setengah penjaja boleh terima duit Malaysia, don't worry kalau duit korang habis okay. Masa kami sampai Danok, masing-masing mengejar 7eleven. Aku pun tidak terkecuali ya, sebab 7eleven dekat sini BEST GILA WEYH!!! 



Susu Meiji ini wajib beli weyh! Duit aku habis borong barang dalam 7eleven Thailand je. Sebaik sedap!


Ini pula burger instant (HALAL) makanan ini orang duk borong kalau datang ke sini. Bila tempat kita nak buat, masak pun senang, panaskan dalam oven je. Rasaya tak usah cakaplah memang sedap! Rugi pula tak borong banyak haritu, tapi dia ada epired date macam beli roti juga. So, tak boleh beli banyak sangat.

Tapi praktikal kalau makanan camni  jual dekat sini juga. Jimat masa, tambah-tambah orang kejar masa nak pergi kerja weyh. Hopefully one day 7 eleven Malaysia adalah nanti ya. Selesai menyopping dekat 7eleven, kami pun bergerak ke Imegresen untuk pulang ke tanah air.

Jarak perjalanan Danok ke Imegresen ini dekat je, tak sampai 15min sampai dah. Mujur tak ramai orang sangat. Sini kalau turun tak dibenarkan ambil gambar or rekod. Jadi, turun bawa passport beratur ikut line dia okay!


Jom Cuti Sakan ke Hatyai Bersama KOPETRO Travel


Aku bukan nak memuji, tapi KOPETRO Travel punya pakej travel ke Hatyai memang cukup menyeronokkan dan we have fun semua tempat mereka bawa tau. Tour guide pun sangat ramah dengan kami semua bila disapa. Terdapat 2 pakej yang diperkenalkan iaitu :-

RM379 (Pengangkutan + Penginapan)
RM659 (Pengangkutan + Penginapan+ Makan)

Pada aku kedua-dua pakej ini cukup ini berbaloi, sangat sesuai pada mereka yang suka travel jenis backpackers, adventures, mahupun public transport lovers. Aku memang pencinta public transports, so aku enjoy sekali duduk dalam bas. Untuk setiap trip minimum adalah 35 peserta dan percutian adalah bersama dengan bas KOPETRO Travel. 

Jadi kalau korang nak merancang bawa keluarga, sanak saudara, atau plan nak buat company trip, bolehlah booking pakej bersama KOPETRO Travel ini. For sure, korang akan pasti repeat lagi akan datang.





Kalau ada rezeki untuk Hatyai sekali lagi, aku akan repeat kembali bercuti bersama KOPETRO Travel sekali lagi. Apa-apa pun aku puas hati trip kali ini, bas bersih, driver bawa pun cermat buat kita rasa selamat, nak berhenti berehat pun boleh, paling penting on time bas ini datang dan bawa kami ke destinasi dengan selamat.



Terima kasih KOPETRO Travel kerana merealisasikan impianku untuk datang jalan-jalan ke Hatyai semula. Perkhidmatan KOPETRO Travel tidak pernah mengecewakan lagi.


Untuk makluman dan info terkini berkenaan KOPETRO Travel boleh layari terus;
#kopetrotravel 
#jomcutisakan
 #travel #hatyai 
#thailand

2 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!