Pengalaman Hiking Gunung Kinabalu yang Sungguh Menakjubkan [Part 3] - Azwar Syuhada

Saturday, 27 May 2023

Pengalaman Hiking Gunung Kinabalu yang Sungguh Menakjubkan [Part 3]

 Salam to all readers,


| Pengalaman Hiking Gunung Kinabalu yang Sungguh Menakjubkan [Part 3] | Untuk ke Summit Attack Kinabalu, aku tak bagi Sue tunggu aku. Aku suruh dia jalan dulu, disebabkan aku takut aku tak sampai Sayat-sayat di waktu yang ditetapkan. Untuk sampai ke puncak, korang kena melepasi Sayat-sayat sebelum jam 5.30am. Sekiranya, korang sampai Sayat-sayat jam 5.31pm korang auto tak diberikan kebenaran untuk sampai ke puncak. Awal perjalanan sahaja aku dengan Sue bergerak sekali, setelah aku rasa penat nak mendaki, aku suruh dia jalan dulu, dibelakang aku masih ramai orang lagi.


6th May 2023: Kami bergerak untuk ke puncak seawal jam 2.00am, Kami bergerak beramai-ramai termasuk group lain. Ada orang dah guna tenaga yang banyak masa awal, bila summit attack dorang pancit. Jadi, masa naik ke Laban Rata, naik slow ikut pace masing-masing. Manakala, masa Summit Attack Kinabalu bolehlah bergerak laju sikit untuk sampai awal. Awal perjalanan Summit Attack kena mendaki anak tangga, dalam perjalanan ke atas, korang juga akan melalui laluan gempa, di situ korang kena jalan laju sikit, jangan berehat dikawasan tu.


Pengalaman Hiking Gunung Kinabalu yang Sungguh Menakjubkan [Part 3]



Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan kata-kata semangat orang keliling I berjaya ualls naik ke atas ualls around 7.40am baru sampai puncak ya. Punyalah lambat aku punya pace. Masa nak naik ke puncak, kabus semakin tebal menyelubungi gunung. Orang hadapan pun dah tak nampak. 


5.00am: Kami sampai di Sayat-sayat. Masih di Sayat-sayat kami berehat kejap before meneruskan perjalan ke puncak. Dari Sayat-sayat nak puncak gunung korang kena meniti batu dan hanya berpaut dengan tali. Jadi, kena hati-hati setiap langkah korang. 



Sempat juga bergambar dengan puncak gunung RM100. Waktu ini masih cerah lagi, nak turun dah tak nampak bayang sebab dah ditutupi dengan kabus tebal.



Bila tiba di puncak, wahh dia punya rasa syukur tu tak boleh nak cakap. Rasa gembira, sayu, terharu pun ada, tak sangka pun ada gak. Tak expect juga boleh sampai ke puncak, memandangkan aku mendaki pun punyalah lambat. Thank you Ivnur, (guide) yang teman sampai ke puncak. Bawah ini, gambar trail kami daki seawal jam 2.00am. Pagi tu gelap jadi tak berap seram, bila waktu cerah, kau akan nampak titian korang lalu dari atas, bapak seram jugalah tengok dari atas.







Alhamdulillah, aku selamat naik dan turun. Aku naik ke puncak paling lambat, turun pun paling last. Around jam 7.00pm aku selamat sampai di Pondok Timpohon. Nak turun agak azab jugalah, bilamana kaki dah start sakit. Jalan aku memang lagi slowlah untuk turun. Apa-apa pun rasa puas dan berbaloilah kerana sampai ke puncak Gunung Kinabalu.


Paling best sekali, semua team aku berjaya sampai ke Puncak Gunung Kinabalu. Tahniah buat semua!! Kami akhiri pengambilan sijil di Desa Farm, Kundasang pada keesokan harininya 7th May 2023. Thank you OGP agensi. Ualls punya service I like. Akhirnya 1 of my bucket wishlist unlock d. Yeahh.. tahniah buat diri sendiri. 


Kos Hiking Trip: RM1,100
Tiket flight pergi balik: RM607
Barangan hiking: RM900
Hostel (1 malam): RM43.20 (RM86.40/2)
Porter beg: RM196
Duit belanja: RM600

Total pelaburan: RM3,446.20


Apa-apa pun, aku dengan Sue memang puas hati untuk trip hiking ke Gunung Kinabalu ini. Kami berdua pun berjaya sampai ke puncak walaupun tak dapat naik serentak. So, kalau korang nak pergi trip akan datang, bolehlah tengok Facebook OGP.


Siapa nak pergi, ualls dah boleh berlatih naik turun tangga okay. Tempat paling best untuk korang praktis, bolehlah korang daki Gunung Datuk, ataupun Bukit Gasing. Dua tempat ini memang sesuai untuk training. Apa-apa pun good luck ualls!!

Thank you for reading guys!



2 comments:

  1. Alhamdulillah... Abg sy kerja guide.. kdg bawa tourist ke Gunung Kinabalu. Sebulan kdg naik gunung sampai 3 kali.. dgar pengalaman dia cerita naik gunung mcm best.. Hari tu sy di kundasang naik bukit sosodikon pun dah tercungap2 haha

    ReplyDelete
  2. Woww bravo sis. Alhamdulillah & Tahniah, seronok tengok.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!