Pengalaman Hiking Gunung Kinabalu yang Sungguh Menakjubkan [Part 1] - Azwar Syuhada

Thursday, 18 May 2023

Pengalaman Hiking Gunung Kinabalu yang Sungguh Menakjubkan [Part 1]

 Salam to all my readers,


| Pengalaman Hiking Gunung Kinabalu yang Sungguh Menakjubkan [Part 1] | Hello! I'm back guys, aku sebenarnya banyak gila nak story dengan hangpa semua tahu tak. Rasa tak keruan bila lama gila tak update blog, my note dalam phone dah penuh, nak story dekat sini memang tak dan. Tambah, aku pun ada kerja hakiki, weekend aku cari duit poket. Every single days to generate income. Tambah, lately, mood aku tak berapa okay sangat. Okay jom lupakan kesedihan, dalam blog kita kongsi rasa kegembiraan. Cewahh ayat taknak kalah. Entry ini mungkin agak panjang, yalah aku nak bercerita punyalah payah. Jadi, aku kongsikan keterujaan aku menerusi penulisan. Hope you enjoy okay!


Ingin aku tekankan disini, aku bukan hardcore hikers ya, aku start berjinak hiking akhir tahun 2021 tak silap, waktu pkp dimana dah boleh start beriadah, nak keluar pergi mall tak berapa minat, masuk hutan hati jadi berlapang dada melihat keindahan alam. Kiteorang start hiking bukit area Klang Valley, masuk pun free je, tong duit minyak je. So, don't assume aku power hiking. Seperti biasa geng hiking aku Sue & Elly, member tempat lama aku kerja. Dari tahun 2021 sehingga tahun 2022, kiteorang gerak aktif pergi panjat bukit, aku tak sangka Sue ini sekepala dengan aku. Dulu kat tempat kerja, aku tak sempat borak sangat, dorang aku serius buat kerja. Yalah datang office untuk bekerja, bukan ber gossip. Lepas masing-masing keluar barulah sempat berborak. Tambah aku dengan Sue memang tak kawen lagi, so hujung minggu pantang masa terluang je pergi hiking. Elly, awal-awal je ikut, lama-lama dia tak join kami dah. Lepak cafe, dia kepala nak ikut. 


Plan nak naik KK ini tak plan sangat pun, terasa confident sangat nak naik Kinabalu. So, conversation aku dengan Sue plan nak naik KK seperti WA dibawah. Bermula 4 Sept 2022, tahun lepas, aku text Sue weyhh jom naik KK. Penuh confident, rupanya Sue pun ada plan nak naik. Aku nak sangat naik nak tengok ada apa dekat atas. Walhal time tu tak saving sangat pun nak ke KK. Bila dah confirmed tengok group mana open pergi KK, kira-kira kos, boleh pulun lagi kumpul duit. Demi KK, hujung minggu je aku busy cari duit poket. Btw, entry kali ini more details aku akan share sekali kos kiteorang ke sana. Okay?



Time ini dua-dua takde duit pun. Sue, tahu apa aku buat cari side income. Sue, balik kerja gigih okay kerja part time dekat mall. Memang struggle demi KK. So time plan nak pergi naik KK ini, kami jumpa satu agensi open trip to Gunung Kinabalu.

Kos ia hanya RM990 (Pada awalnya)

Pakej ini termasuk sekali:

- dari lapangan terbang KKIA- Kundasang
-Kundasang ke Lapangan Terbang KKIA
-Kinabalu Park ke Timpohan
-permit, insuran, sijil
-penginapan di Panalaban, hostel (termasuk makan malam, supper, minum, pagi sebelum jam 10.30pagi)
-lunch pack ke Laban Rata
-penginapan 2 malam di Kundasang beserta minum pagi & makan malam

Tidak termasuk;

-KL-Kota Kinabalu
-Kota Kinabalu-KL
-Potter
-Makan tengahari untuk hari pertama
-Makan tengahari keempat
-Fee jurupandu gunung 


So tiket flight kira asinglah dari kos naik ke KK. Aku masterplan nya, since Sue dah tolong carikan agensi yang open pergi KK. So, akulah book tiket flight, book hotel 1 malam (kami gerak awal sehari konon nak jalan-jalan Sabah)


Trip aku ke Gunung Kinabalu ini adalah pada 4th May 2023 sehingga 7th May 2023. Tapi aku flight ke KK pada 3rd May 2023. Ini first time aku jejak kaki ke Sabah. Punyalah aku buat itinerary kat Sue, kita gerak awal sehari, at least dapat jenjalan Sabah, nak pergi bukan senang, tiket flight pun mahal. Kiteorang ke KK naik MAS, aku pujuk Sue naik MAS, aku taknak dikecewakan oleh Air Asia yang suka delay last minute. 





Tiket flight pergi balik KL-Kinabalu: RM607 / per person


Sue bengang gaklah tiket flight mahal gila, tapi aku cakap takpelah dari kau naik Air Asia delay, mana kau nak? Air Asia tu kira pilihan terakhirlah untuk aku naik. Ibarat, kena kawen paksa dengan bukan lelaki pilihan. 


Tahun ini kira aku pulun cari duit lebih, nak berjalan punya pasal. So, aku busy sikit during weekend tak dapat nak hiking. Last kiteorang hiking adalah hujung bulan 2, tahun ini. Bulan 2 weyhhh?? Then bulan 3 dah busy puasa, kemudian raya. Mula aku tak perasan pun date dah nak dekat, sampailah Sue text aku, weyh wa kau dah training ke, dengan perkakas barangan aku tak beli apa-apa pun waktu tu. Mujur office aku kena naik tangga, kira salah satu training, tak cukup dengan tu, aku sambung naik tangga lrt, nak balik ke rumah pun ada laluan bertangga juga. Jadi semakin berdebar apabila, tiba-tiba dalam group hiking ada orang buat cowndown days. Maigadd waktu tu debar sikit. 


Debar pun, time raya pulun juga makan ketupat rendang semua. Kami dua, banyak refer google je, apa kena bawa, persediaan ke sana apa kena buat, bukak TikTok pun banyak tips, so mana boleh ikut kami follow je. Kami berdua kira banyak keluar modal juga untuk beli barang-barang hiking. Ialah, hiking dekat area Klang Valley, biasa pakai baju jogging, takdelah proper sangat. Apa barang kami bawa itu cerita lain.


3rd May 2023: Setibanya kami di KKIA sewal jam 2.30pm terus order grab ke Bulatan Hostel, near KKIA juga, sebab keesokan harinya kena berjumpa dengan group kami di KKIA balik. So, cari yang dekat-dekat area situ juga. Beriya nak jenjalan Sabah kan datang awal, sudahnya kiteorang lepak Tanjung Aru. Tanjung Aru ini ibarat lepak Pantai Morib, Banting je. 


Bulatan Hostel, Kota Kinabalu, Sabah (Penginapan 1 malam - below RM100)


Hostel ini aku booking through Booking.com. Dah bayar online, alih-alih sampai sana dia suruh bayar cash. Dia kata bayar online tu tengah hold nanti dipulangkan balik. Aku malas bunyi bayar cash je, balik KL nanti check semula.



Jarak Bulatan Hostel nak ke Tanjung Aru dekat, so petang tu lepas Asar kiteorang decide gerak jalan kaki je. KK ini ibarat Kuala Lumpur la, kira kawasan bandar, ada kilang-kilang, mall semua. Jarak KK nak ke Kundasang makan masa 2 jam juga. Kundasang tempat dia cantik, kawasan perkampungan, kehidupan hujan, nyaman dan menenangkan.





Hostel Bulatan ini okaylah, not bad, cantik, masuk check in kena bayar cash (even dah bayar online), then simpan kasut dalam lockers, kemudia nak naik kebilik naik tangga ya. Bilik kiteorang ada bilik air dalamnya, jadi tak perlu bersiap dalam tandas terbuka. Bawah hostel ada ruang cafe, kalau nak makan. (Aku dengan Sue tak makan).


Layan Matahari Terbenam di Tanjung Aru, Kota Kinabalu





Masing-masing layan perasaan. Masa kiteorang ke Tanjung Aru ini, macam ada karnival makan-makan. Tapi tulah nak makan sebarangan karang perut meragam, jadinya kiteorang beli air, sedikit kuih untuk alas perut. Pada aku makanan dekat sini, kurang sikit, tapi dorang punya tempat SUPERBB!!


Walaupun rasa teruja nak hiking KK ini, sebenarnya kami cuak juga, dengan keadaan semasa, isu AMS baru ini sehingga meragut nyawa, semua bercampur baur. Akulah yang terlebih cuak, Sue kawal lagi, dia tak habis-habis yakinkan aku boleh naik. Sahabat sejati, lepas tu plan nak naik Rinjani pula, aku kata habiskan dulu trip ke KK ini dulu. Dah nak Maghrib, kami menyusul pulang, sebelum kembali ke Hostel, kami singgah makan malam di sebuah restoran area hostel tu juga.





Dalam pada berjalan pulang, sempat singgah tengok Air pancut, yang tak berapa gah, sebab banyak lampu dah rosak. Ini ibarat layan air pancut depan KLCC, tapi KLCC lagi meriahlah dia punya air dan lampu-lampu.



Walaupun hati sedang gundah gelana waktu ini, makan tetap makan. Balik hostel, kemaskan diri dan rehat memandangkan keesokan harinya (4th May 2023, jam 12) nak check out dan patah balik ke KKIA untuk berjumpa dengan group kami. Dekat KK cuaca sejuk juga. Order grab, RM5 je tambang.


4th May 2023: Kami berkumpul di Starbuck. KKIA. Jadi bermulalah perjalanan kami ke Kundasang.


Total group kami ada 12orang. 1 group family, lebih tu sendirian berhad. So, agak-agak korang kami berjaya tak menawan kinabalu?


Nantikan cerita lanjut akan datang okay!


Thank you for reading guys!


1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!