Ini Kali Shopping Baju Raya 2023 di Butik Chenta Lunar, Shah Alam - Azwar Syuhada

Tuesday, 4 April 2023

Ini Kali Shopping Baju Raya 2023 di Butik Chenta Lunar, Shah Alam

 Salam to all readers,

| Ini Kali Shopping Baju Raya 2023 di Butik Chenta Lunar, Shah Alam | Diam tak diam dah masuk minggu ke-2 umat Islam menjalani ibadah puasa. Kejap sangat rasanya masa berlalu. Mesti ramai yang tengah sibuk buat persiapan raya, takut raya terkejut lagi seperti tahun sudah. Shopping awal takpe, asalkan tak kalut kemudian hari. Orang Malaysia ini untung, bila tiba raya sahaja semua bangsa, tidak kira agama turut menyambutnya sekali. Aku respect orang bukan Islam yang gigih puasa juga. Struggle nya mereka menunggu waktu Maghrib. Disebabkan aku taknak kalut lagi raya tahun ini, maka aku shopping baju raya awal sikit.


Tahun ini aku shopping baju raya di Butik Chenta Lunar, Seksyen 7, Shah Alam. Ramai yang suggest butik ini menawarkan pelbagai design menarik, dan trending dan paling penting harga masyarakat marhaen macam aku ini. 

Ini Kali Shopping Baju Raya 2023 di Butik Chenta Lunar, Shah Alam

Butik Chenta Lunar ini membawa konsep "Celestial In Style" buat semua. Celestial membawa maksud cakerawala atau heavenly, ia adalah metaphora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa “up to date” dan tidak lapuk dek zaman. Tapi kalau korang masuk sini, memang berjam jugalah nak pilih baju, sebab rambang mata dibuatnya masuk sini.

 Butik Chenta Lunar ini terletak di 65, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7, Shah Alam ini mula beroperasi pada 9 Oktober 2022 bersamaan 12 Rabiul Awal 1444H.  Butik ini diinspirasi oleh seorang wanita yang bersemangat dalam memperjuangkan keinginan hidupnya. Diseba;lik, nama “Lunar” itu sendiri mempunyai keperibadian Ekpresif, Mudah Berbicara, Bersosialisasi, Kreatif dan Menikmati Hidup. Ini membuatkan Butik Chenta Lunar cepat dikenali orang orang ramai. 


Baju kurta untuk kaum lelaki

Busana wanita trend terkini



Bestnya shopping dekat Butik Chenta Lunar ini sebab macam-macam ada, kira one top center gitu, ada pelbagai variasi busana untuk hari raya seperti baju kurung, baju kurung moden, jubah, baju kurung kanak-kanak dan banyak lagi. Bagi anda yang ingin mencari baju korporat seperti dress, office attire, casual, cardigan, jump suit semuanya tersedia di Butik Chenta Lunar. Selain itu, baju kurta eksklusif turut dijual. 


Baju kanak-kanak, aksesori seperti handbag wanita turut dijual dekat sini. Mana tak berjam masuk sini. Boleh dikatakan semua pakaian wanita dekat sini lawa-lawa. Paling penting, korang boleh try dulu sebelum beli. Tempat persalinan pun turut ada dekat sini. Bolehlah ber OOTD dulu.



Baju dah baru, tudung pun kena match dengan bajulah. Sini ada jual shawl juga, labuh senang nak gayakan dengan pelbagai gaya. Aku suka sangat jahitan keliling tudung ini, begitu kemas tiada tetas pun. Nak bentuk dekat muka memang menjadi!

PROMOSI RAYA HANYA DI BUTIK CHENTA LUNAR!!



Bermula 1 Ramadan, iaitu 23 Mac 2023 konsep baju raya Ibu & Anak akan dilancarkan dengan harga RM150 ke bawah. Rebutlah peluang ini dengan berjimat tapi mampu tampil meriah di hari raya. Konsep “Mother Daughter Type” ini memberikan kemudahan kepada para ibubapa untuk membeli baju raya sedondon di bawah satu bumbung. 


Buat yang inginkan lebih glamor, perkhidmatan ‘on the spot request’ bagi pelanggan yang ingin menambah manik, lace atau sebagainya. Perkhidmatan ini jarang ditawarkan oleh butik lain, tapi inilah kelainan Butik Chenta Lunar. Jadi, buat mereka nak tambah manik dekat baju korang, datang je ke Butik Chenta Lunar ini. 




Ini corak paling aku berkenan, tapi sayang takde size aku plak. Kalau taknak sold out, kena datang cepat-cepat. Sekarang, Butik Chenta Lunar ada tawarkan potongan harga sehingga 30% off lagi tu. Rugilah tak shopping baju sini. 


Rekaan baharu dari Chenta Lunar

Tempahan baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaid, baju graduasi atau baju korporat juga boleh ditempah di sini. Butik Chenta Lunar mempunyai tenaga bagi melakar rekaan dan juga menjahit tempahan yang ditempah. Menariknya, dekat pun dekat. Buat bakal pengantin, kalau tengah runsing nak tempah baju dekat mana, pergi je Butik Chenta Lunar. 



Borong pakaian lebih RM150 korang berpeluang dapat sampul raya lagi! Bolehlah guna untuk edarkan pada anak buah nanti.


Ini kali kita bergaya dengan busana dari Chenta Lunar! Tak sabar nak raya weyhh!!




Cermin pun besar, bolehlah bergaya depan cermin dulu dengan pakaian Chenta Lunar. Buat mereka nak shopping di Butik Chenta Lunar, Shah Alam ini better pergi segera. Selagi stock masih ada. Details butik boleh rujuk dibawah:

Butik Chenta Lunar, Shah Alam
Address:  65, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7, Shah Alam 
Waktu Operasi: Jam 10.00am sehingga 7.00pm (Isnin TUTUP)
Facebook: www.facebook.com/ChentaLunar
Instagram: www.instagram.com/chentalunar 
TikTok: www.tiktok.com/chentalunar


#bcl #chentalunar #ChentaRaya2023 #bajuraya2023 #bajukurung


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!