What Your Plan For 2023? - Azwar Syuhada

Thursday, 24 November 2022

What Your Plan For 2023?

 Salam to all my readers,


| What Your Plan For 2023? | Sebelum aku mulakan perihal diriku, aku nak ucapkan tahniah pada Dato Seri Anwar bin Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Sampai bersengkang mata rakyat Malaysia menunggu jawapan siapalah menjadi PM ke-10, harini dah pun terjawab. Bagi aku siapa pun pemimpin yang naik, semoga mereka jalankan tangungjawab dengan penuh dedikasi. Pada adik-adik yang buat content sampai nak membunuh orang disebabkan isu perkauman yang kamu sendiri cetuskan, ada baiknya remove sahaja. Janganlah korang cetuskan benda yang tiada berlaku. Sia-sia sahaja masuk penjara atas tuduhan buat content TikTok.

What Your Plan For 2023?
Credit: Sinar Harian


Akhirnya, aku ada masa untuk berkongsi perihal aku pula. Diam tak diam tinggal sebulan sahaja lagi kita bakal melangkah ke tahun baharu iaitu tahun 2023. Untuk tahun ini, tiada benda yang aku nak banggakan sangat pun. Aku still sibuk dengan kerja, dan aku kena start semula my career. Tahun lepas aku decide berhenti dari company lelong, then mengambil keputusan join TM Elit pada penghujung tahun 2021 (nescaya bakal diseraplah, walaupun ia downgrade aku punya salary), malangnya nasib tak menyebelahi ditambah pula atas faktor ekonomi tak berapa baik, habis contract 8 bulan, dah kena cari lain. Mujur sebulan sebelum nak habis kontrak ada dengar ura-ura memang takkan diserap. Jadi, langkah selamat carilah jerlah peluang yang lain. Tapi Alhamdulillah sangat tau, sebab kerja aku berterusan. Aku tak suka rehat terlalu lama semata-mata nak mendapatkan tempat yang kena dengan selera kita. Kita ini bukannya anak orang senang, nak terus dapat. Nak sesuatu kena usaha, nak minta-minta ni memang tak dapatlah gamaknya.

why aku kena letak gambar ini? Kena plan next aktiviti ke?


Ayat mak aku, "kau tu bukan ada laki nak tanggung kau". Siapa nak membayar duit belajar, bilik sewa, aku ni nak bagi kau duit memang takdelah. Jadi pergi kerja. Mujur aku gila kerja! Tahun ini betul-betul aku struggle nak cari duit lebih. Ada orang boleh dapat income yang tinggi dengan hanya melakukan satu kerja sahaja (itu kira rezekinya), ada orang nak mencapai income yang tinggi kena melakukan 2-3 kerja dalam 1 masa. Aku tergolong pada kategori ke-2, dimana aku kena usaha lebih sikit untuk capai income yang tinggi tu. Penat memang penat, tapi once kita buat kerja dengan ikhlas dan benda tu sukses, penat tu jadi hilang. Cuba belajar untuk faham sesuatu yang kita tak suka. Lama-lama kita pun boleh adapt dengan apa kita buat.


Aku punya angan-angan sangat tinggi, bila aku nak sesuatu aku akan buat sehabis baik. Tapi bila aku feel a bit demotivated, paling-paling aku tidur kejap, and bangun balik reflect balik apa benda silap aku, bahagian mana nak kena betulkan. Bila semua benda kau kena atur sendiri, kau kena ada plan A, B, C, D, E. Tak boleh ada 1 plan sahaja. Tak dinaifkan dulu kalau aku failed je, aku nangis ibarat orang mati laki (kata mak akulah). Sekarang, no more cried dah. Orang maki aku still chills je, orang nak mengata belakang pun lantaklah, aku malas nak fikir perihal orang lain. Aku kerja, aku learn something new, aku rasa bahagia sangat. Sekarang aku bekerja di salah sebuah syarikat Influencer Marketing Agency, pusing punya pusing aku masuk industri yang memang aku tak boleh lari. Most of them, sangat muda, kalau dulu aku kerja dikelilingi akak-akak dan abang-abang-abang. Now, aku dikelilingi adik-adik. Okaylahh!! Ada juga kenalan blogger yang dah tahu aku dah kerja mana, I'm like okay (I can't answer your questions at the moment). But aku tertariklah nak share dengan korang semua entry akan datang perihal Influencer marketing.


Ikutkan aku start cari duit poket menerusi Influencer Marketing agency (salah satu platform untuk jana side income) dari aku zaman universiti. Benda ini semua kena study sendiri, kena rajin, aku kalau bab mendatangkan duit aku gigih study. Tapi tulah kalau aku stuck memang aku study separuh jalan. Jadi, aku taknak korang jadi macam aku. Bagi aku sedikit waktu untuk create 1 entry perihal Influencer Marketing, macam mana dia bekerja, macam mana nak jana side income. Masa aku study marketing, benda ini tak belajar pun, tapi bila kau masuk alam pekerjaan, lagi-lagi department Marketing semua pakai platform sosial media. Dari korang join MLM yang tiada penghujung, ada baiknya topap skills korang dalam bahagian Digital Marketing. 


Bila dikenang balik zaman universiti, memang best lagi-lagi bila dah nak penghujung, aku manage waktu kerja part time dekat kioks universiti, jual cookies, turun pergi event, yang penting aku tak lekat dekat rumah sewa. Geng aku study aku tidur, aku study dorang pula tidur. Pengalaman yang tak pernah luput diingatan gitu. Bercinta? Tak sempat nak bercinta, aku sibuk kesana ke mari, masuk alam pekerjaan semua dah berpunya, jadi stay alone until you find the right person. 


Aku still happy what I'm doing now, buat kerja alone, working space besar, ada kerusi, paling penting duduk dalam aircond, boss pun baik. Tiba-tiba aku teringat waktu 1st time jejak office masa intern, aku sangat teruja okay. Ialah, budak perakk masuk bandar. Kita orang kampung, dulu kayuh basikal pergi kerja salun rambut, jual serai dekat kedai. Now, kerja office lepas belajar. 


So my plan for 2023 adalah memperbaiki apa yang kurang tahun ini, topap skills digital marketing (untuk tambah income tepi), sekarang aku bekerja bahagian HR & Operations, jadi aku kena lebih banyak explore sendiri apa yang perlu add onn, untuk aku growth aku punya career. Paling penting,  semoga Tuhan bagi aku kudrat dan kesihatan tubuh badan yang sihat supaya aku mampu bekerja dan berbakti pada keluarga aku. 


4 Perancangan Azwar untuk Tahun 2023

1) Tubuh badan yang sihat - jika kita sihat barulah boleh pergi keluar bekerja
2) Topap Skills dalam bidang Digital Marketing
3) Learn more about HR for growth my career 
4)Lebih rajin update blog every month, at least 2 entry per week- niat dulu even kerap missed.

What Your Plan For 2023?


Suatu ketika aku pernah down gila, sebab tak capai target apa aku nak. Jadi, aku taknak letak harapan terlalu tinggi. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah sebaik-baik perancangan. Semoga tahun hadapan 2023 lebih baik dari tahun ini. Wahh panjangnya aku menaip malam ini. Punya lama tak terluah, orang lain share "A Day of Life", aku pula kumpulkan berbulan-bulan punya story maka terhasilkan entry ini. Apa-apa pun, aku harap korang doakan baik-baik untuk aku. Semoga yang membaca ini pun dimurahkan rezeki. 


Thank you for reading guys!!

1 comment:

  1. All the best for bettee 2023. Nanti tag eh entry pasal digital marketing. Kita suka tp segan. Ahh

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!