| Tourism Selangor Menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival | Minggu lalu berlangsungnya Selangor International Travel Photography Festival bertempatkan di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Pelbagai aktiviti, dan pameran di hidangkan kepada orang ramai tau. Aku salah seorang yang menyertai festival ini.
Sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan destinasi pelancongan domestik di negeri Selangor, Selangor International Travel Photography Festival pada tahun ini akan menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi.
Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 10.2 juta pelancong domestik ke negeri Selangor pada tahun 2021 dan menjadikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia. Melalui kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama, seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land, Selangor International Travel photography Festival mampu meningkatkan lagi usaha mempromosikan pelancongan domestik negeri Selangor dengan lebih baik lagi.
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!