| MINNI, Kudapan Berperisa Terbaharu yang dilancarkan Oleh GT Spice Manufacturers Sdn Bhd | Baru ini aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran MINNI iaitu kudapan berperisa terbaru yang dilancarkan oleh GT Spice Manufacturers Sdn Bhd. Siapa yang tak kenal dengan GT Spice Manufacturer Sdn Bhd ini kan, dimana ia memang cukup terkenal dengan pengeluaran jajan/ snack / kudapan yang sedap dan sihat dimakan untuk seisi keluarga.
Majlis pelancaran MINNI ini berlangsung di KL Convention Centre (KLCC), Hall 5 bersempena Selangor International Expo (F&B) oleh YB Dato' Teng Chang Khim, Exco Industri dan Perdagangan dan En. Calvin Koh, selaku Pengasas Jenama Minni. Majlis pelancaran kudapan MINNI ini turut mendapat liputan media. GT Spice Manufacturers Sdn Bhd berhasrat untuk menarik lebih ramai golongan muda rancak bergaya melalui kudapan sihat demi memenuhi citarasa masyarakat tempatan dan antarabangsa di samping menghebahkan keenakan kudapan asli Malaysia yang sebenar ke serata dunia.
Selesai majlis pelancaran MINNI aku kunjungi Booths dia pula yang bernombor 5063 (ia berhampiran dengan pintu masuk Hall 5, masuk-masuk terus belok kiri, jalan terus nanti dah nampak Booths MINNI.
Dalam majlis pelancaran tersebut, pengasasnya, Calvin Koh menyatakan semua produk kudapan tersebut dipanggang dan bukannya digoreng seperti snack kebiasaannya dalam menawarkan alternatif yang lebih sihat kepada pengguna. MINNI menawarkan 3 jenis perisa iaitu Minni Berperisa Pesa, Minni Berperisa Thai Pedas, dan Minni Berperisa Barbeku Tomato. Produk MINNI ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, sebagai bahan utama dan mesra vegan serta tidak mengandungi lemak trans mahupun kolesterol. Pendek cerita, MINNI ini jajan yang sihat dimakan untuk semua jenis golongan baik muda mahupun dan berusia. Setakat ini mereka mengeluarkan Minni berperisa pedas sahaja, akan datang akan ada yang kurang pedas.
Banyak promosi ditawarkan oleh MINNI sepanjang festival Selangor International Expo (F&B), yang berlangsung di KL Convention Centre (KLCC), 7/10/2022 sehingga 9/10/2022. Antara promosi yang ditawarkan sepanjang festival ini berlangsung adalah;
✨RM2 untuk pek kecil
✨RM8.90 untuk pek besar
✨RM20 untuk 3 pek besar dan 1 pek kecil
HADIAH PERCUMA MENANTI ANDA:
💞RM10 - free 1 piece facial mask
💞RM11-RM30 free 10 pieces facial mask
💞RM31 and above - free Innisfree set
Dekat booths MINNI ini korang bukan sahaja peluang mendapatkan produk terbaru mereka sahaja, malah korang turut ber OOTD sekali dekat sport booths mereka, korang turut berpeluang main Spin The Wheels, termasuk membeli produk MINNI menerusi vending machine yang disediakan. Betapa canggihlah teknologi sekarang? Semua pakai robot sahaja, jimat tenaga.
MINNI Leisure Bite - Kudapan Berperisa Terbaharu dari GT Spice Manufacturers Sdn Bhd
Selain borong kudapan Minni, korang juga boleh borong kudapan lain seperti kudapan Kacang Macha, 1001 Rempah, senang cerita semua jenis produk keluaran GT Spice Manufacturers Sdn Bhd turut kelihatan di situ.
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!