Salam to all my readers,
| Inisiatif AEON Malaysia Lancar Koleksi Busana Pengantin Sedia Untuk Dipakai Buat Pertama Kali | Kalau dilihat sejak kita semua kembali kehidupan sedia kala dengan norma baharu, ramai juga yang dah mula plan semula untuk melancarkan majlis persandingan, ada yang buat majlis siap dukung anak, setelah 2 tahun pkp. So cute weyhh!! Bukan senang nak sanding sekali kendung anak waktu perarakan. Aku ada juga kenalan yang sanding sesudah pkp 2 tahun. Tahniah buat mereka yang telah mendirikan rumahtangga.
Harini aku berkesempatan menghadiri pameran perkahwinan "Permaisuri Sehari". Menyedari peningkatan permintaan dari ramai pelanggan sempena musim perkahwinan ini, AEON CO (M) Bhd (AEON) melancarkan koleksi busana pengantin yang bertemakan "Permaisuri Sehari". Pameran perkahwinan "Permaisuri Sehari" ini sedikit sebanyak membuka ruang orang ramai yang ingin melansungkan perkahwinan mendapatkan busana pengantin dengan lebih mudah dan mampu milik. Aku pula memang suka tengok busana pengantin cantik-cantik, terus rasa nak kawenn.
Majlis pelancaran pameran "Pemaisuri Sehari" ini berlangsung di AEON Mall Alpha Angel, Wangsa Maju. Di bawah label Puteri, bakal pengantin atau bridesmaid boleh mendapatkan busana pengantin RTW (Ready-to-Wear) dengan harga mampu-milik dan tersedia dalam pelbagai saiz. Pelanggan boleh mengunjungi lapan (8) AEON terpilih yang menawarkan koleksi busana pengantin ini iaitu di AEON Taman Maluri, Alpha Angle, Bandar Utama, MidValley, Shah Alam, Kota Bharu, Kuching dan Nilai.
Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Pemasaran dan Dagangan AEON Malaysia, “AEON memang faham cabaran untuk merancang perbelanjaan perkahwinan jadi bila tibanya peluang untuk membantu mengurangkan stress, label PUTERI terus mengambil inisiatif untuk memperkenalkan koleksi busana yang mesra-bajet, moden dan dengan 15 pilihan yang boleh terus dipakai serta tersedia dalam semua saiz.”
Selain busana pengantin PUTERI AEON RTW (Ready-to-Wear), pameran perkahwinan “Permaisuri Sehari” turut disertai oleh Shashas Designer, Ghadeez KL, Ikhwan Designer, Nana Bridal dan Jess Wedding. Pameran ini membantu memperkenalkan pemilik busana pengantin tempatan dan membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia, khususnya pelanggan AEON untuk mendapatkan pelbagai pakej perkahwinan dan busana pengantin.
Koleksi busana pengantin dari PUTERI
Kesemua jenama lain yang turut hadir juga memperlihatkan koleksi busana mereka dalam satu pertunjukan fesyen yang turut diperagakan oleh Aini Sophie, pemenang Miss Malaysia Kebaya 2018/2019 dan Ikon Wanita Melayu 2019.
AEON Malaysia juga mengadakan Peraduan “Permaisuri Sehari”, sebuah kempen media sosial yang menjemput bakal pengantin untuk memenangi sepasang busana perkahwinan di samping menggalak kesedaran dan keterujaan terhadap koleksi baharu ini.
Melalui peraduan ini, tiga (3) pemenang iaitu; Nursyuhaidah Mohd Razib dari Keramat, Nurul Natasha Jamaludin dari Ampang dan Rosnazira Jamil dari Penang telah dipilih untuk memenangi busana pengantin dari PUTERI, berserta sesi persiapan mekap dan rambut atau hijab oleh jurudandan perkahwinan terkenal Shaari Amin, selain membawa pulang baucar tunai AEON bernilai RM500.
Untuk menyertai, peserta hanya perlu kongsikan video mereka berdurasi 60 saat dengan menyatakan impian “Permaisuri Sehari” mereka secara kreatif. Peserta perlu memuat naik video mereka pada “Reels” di akaun Instagram atau di akaun TikTok dengan menanda tag @aeonmalaysia berserta tanda pagar kempen.
Pada aku inisiatif AEON Malaysia melancarkan koleksi busana pengantin sedia ada ini cukup bagus dan sangat membantu buat bakal pengantin mendapatkan busana yang cantik dengan harga yang berpatutan. Boleh dikatakan kesemua koleksi yang ditawarkan cukup menarik baik dari segi design, material dan terlalu berat. Lagi simple lagi cantik pada aku, dan boleh pakai lama bukan semata-mata pakai waktu kawen je.
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!