Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65 - Azwar Syuhada

Thursday, 1 September 2022

Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65

 Salam to all my readers,



Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65

| Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65 | Selamat Hari Merdeka buat semua, harini timeline media sosial aku dibanjiri dengan status kemerdekaan. Setiap negeri tidak terkecuali untuk menyambutnya dengan meriah. Tahniah buat semua rakyat Malaysia yang masih kekal bersemangat patriotik. Dulu arwah atuk aku masih hidup, bila bulan depan dah masuk Ogos (bulan kemerdekaan), bulan sebelumnya dia dah pacak bendera depan rumah. Sejak ketiadaan dia, mak akulah ambil alih pacak bendera tiap tahun, pacak depan rumah 2 minggu awal. 


Aku pun tidak terkecuali juga, kali ini aku berpeluang menyambut Hari Kemerdekaan ke-65 di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan dengan bertemakan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia. Bila aku dapat tahu sahaja AEON Mall Nilai ada mengadakan sambutan kemerdekaan, terus aku berkobar nak ke sana. Tambah, aku memang peminat setiap membeli belah di cawangan AEON Mall. Aku suka sangat konsep AEON Mall bawa kalini, sedikit sebanyak program yang dijalankan pada harini dengan bertemakan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia dapat meneguhkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan. 


Acara bermula sekitar jam 12.20pm sehingga jam 2.00pm untuk belah tengahari. Belah malam pun ada aktiviti juga. Aku hadiri yang belah tengahari jam 12.20pm, dimana aku berpeluang menyaksikan sendiri orang ramai dalam AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan berhenti seketika untuk menyanyikan lagu Negaraku. Salute dengan warga Malaysia, even kita ada sengketa, dikala menyanyi lagu Negaraku kita masih ada sifat menghormati. Tahniah buat semua. Bagi aku Merdeka bererti kita bebas dari jajahan, merdekakan minda, jiwa, hati, penindasan dan paling penting merdeka diri dari sikap hasad dengki.


Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65


Turut hadir menyerikan program pada hari ini ialah YB. Dato' Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; Ayob Majid, Presiden IRAMA;  Naoya Okada, Timbalan Pengarah AEON dan Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON. Apabila masing-masing dah tiba sekitar jam 12.20pm, mereka turut serta bersama Kandora untuk melakukan Aktiviti Drum dengan pelbagai rentak dan irama. 


Budak kecil tidak terkecuali okay, masing-masing excited turun padang untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai.

Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65

Buat julung kalinya AEON Malaysia bergabung bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) mengadakan upacara nyanyian lagu Negaraku dan Bacaan Rukun Negara secara serentak ke semua cawangan AEON di seluruh negara hari ini. Hal ini, secara tidak langsung dapat memupuk semangat cintakan tanah air. Ini juga merupakan salah satu usaha AEON memberikan pengalaman baharu kepada pengunjungnya dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial yang sihat.


Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65

Kita Merdeka Kami Anak Malaysia ialah kerjasama AEON bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)

Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65



Selesai sahaja upacara nyanyian lagu Negaraku & bacaan Rukun Negara, aktiviti seterusnya adalah pengagihan kuih Bakar kepada semua pelanggan AEON. Bestkan aktiviti AEON? Macam-macam dapat, jadi kalau anda tak berkesempatan pergi tengahari tadi, boleh je datang belah malam. Banyak aktiviti & promosi menarik yang AEON Mall tawarkan. 


Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65


Untuk pengetahuan semua, pada tahun lepas juga AEON telah mengukir sejarah apabila telah disenaraikan sebagai pemegang rekod "Cawangan Paling Banyak Menyertai Nyanyian Lagu Kebangsaan Secara Serentak". Syabas buat AEON, kerana mengekalkan elemen-elemen patriotik pada semua pekerjanya. 




Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan | Selamat Hari Merdeka ke-65


Sebaik sahaja, aktiviti dalam mall habis, kami berangkat ke luar pula tengok acara perarakan motor-motor besar.  Ada juga booth jualan makanan dan servis ditawarkan di area parking kereta AEON Mall Nilai ini. Tidak ketinggalan acara dan aktiviti lain yang menarik seperti demonstrasi memasak, meet and greet bersama penyanyi dan pelakon Nana, pengagihan kuih bakar, pertandingan busker dan banyak lagi ada di sini.

Jadi, buat penduduk warga Nilai dan sekitar dengannya, jangan lepaskan peluang keemasan ini berkunjung ke AEON Mall Nilai, Negeri Sembila bagi memeriahkan lagi sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia ini. Pelbagai promosi menarik menanti anda.

Semoga, aktiviti seperti ini akan kekal berpanjangan untuk tahun berikutnya. Tahniah sekali lagi AEON Mall Malaysia!


#AEONMerdeka #KitaMerdeka #KamiAnakMalaysia #AEONRetailMalaysia


1 comment:

  1. Tak sangka sambutan Merdeka AEON Nilai meriah.. Bagus jika dianjurkan setiap tahun..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!