| Teater Tanjong Dari Pilah Bakal Menggegarkan Istana Budaya September Ini! | Aku rasa last aku tengok teater masa zaman universiti dulu, waktu zaman belajar kerap jugalah ke istana budaya tengok teater ibarat tengok wayang, tapi feel tengok teater ini lagi best sebab korang boleh tengok real life lakonan tu depan mata. Sekarang nak pergi teater pun macam bercinta sebab tak ada masa nak pergi, ditambah pula negara kita dilanda musim pandemik hampir 2 tahun banyak aktiviti tak dapat dilakukan.
Now, kita semua dah vaksin, dan mula hidup dengan suasana endemik. Dimana banyak aktiviti luar kita dah boleh lakukan semula janji patuh SOP seperti memakai pelitup muka masih berkuat kuasa sehingga ke harini terutama bila berada di ruang seperti Istana Budaya. Istana Budaya amat menitikberatkan tentang penjagaan SOP, kebersihan, sanitasi untuk setiap persembahan yang bakal dipertontonkan. Jadi, tak adalah hati rasa was-was sangat nak pergi tengok nanti.
Sini, aku nak kongsikan ada satu teater bakal menggegarkan kita semua pada bulan September ini. Jeng.jeng..jeng...Teater yang aku maksudkan ialah Teater Tanjong. Kelab Teater ASAR telah diberi kepercayaan untuk mementaskan teater Tanjong di Istana Budaya dan ianya akan berlansung dari 9-11 September 2022. Dianggotai seramai 150 tenaga termasuk pelakon, pemuzik, penari, pesilat petugas belakang takbir, penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas. Juga disertai oleh 12 siswa dan 28 orang murid sekolah rendah dan menengah.
Tanjong adalah naskah sulong dan arahan Prof Dr. AhmadRashidi Hasan. Sebagai sutradara dan juga tulang belakang Tanjong, beliau berharap dan berbesar hati untuk melihat naskah ini diangkat untuk mendidik masyarakat mengenai budaya Adat Perpatih, selain memartabatkan seni teater yang kian pudar. Pentas teater ini juga adalah platform terbaik buat komuniti anak-anak ASAR dan remaja di luar sana untuk melakukan aktiviti yang berfaedah.
Teater Tanjong turut dibintangi oleh pelakon handalan, Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Dato’ Perdano Andika dan juga turut disertai oleh Kartunis Ujang dan penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan Ulong Bakar.
Objektif dan matlamat pementasan ini adalah bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak khususnya komuniti ASAR untuk melakukan aktiviti bermanfaat, menyemai minat melakukan aktiviti keseniaan, membentuk keyakinan diri. Sebahagian keuntungan daripada teater ini juga disalurkan bagi membantu keluarga dan pendidikan anak-anak ASAR dan yang memerlukan.
Teater ini juga telah mendapat kerjasama dari Dato Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), UPSI, UiTM, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Yayasan Budi. Juga disokong oleh Mycreative, Cendana dan juga PRISMA.
Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan juga amat berbesar hati dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Harun untuk teater Tanjong dan ianya akan dapat mempertabatkan lagi adat perpatih. Beliau juga amat berpuas hati dan merasa bangga dengan perjalanan teater Tanjong sehingga dapat dipersembahkan di Istana Budaya untuk tontonan orang ramai. Kerajaan negeri berharap pementasan teater Tanjong di Istana Budaya, Kuala Lumpur nanti akan berjalan dengan jayanya hasil komitmen semua pihak yang terbabit.
Sinopsis Teater Tanjong:
Tanjong menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagaruyung. Sementara ketiadaannya, Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu dan meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga kelakuan ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong. Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho meninggal dunia dan mengakibatkan kekosongan tampuk pemerintahan. Mengikut adat perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano namun Baroq tidak mahu mengikut aturan adat perpatih dan ingin terus memegang kuasa. Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dan pertumpahan darah di dalam luak Tanjong.
Apa konflik yang berlaku? Dan apakah kesudahannya?
…semuanya akan terjawap dalam pementasan Tanjong di Istana budaya nanti.
Diskaun harga tiket sebanyak 10% untuk pembelian awal sehingga 1/8/2022
Tiket teater juga boleh di dapati terus melalui laman sesawang:
alamak banyaknya teater best. bulan ni nak tengok 'Moyang Salleh' dulu
ReplyDelete