Salam to all readers,
| #PusingSelangorDulu: Drive Selama 2 Jam ke Sekinchan Coconut Farm | Nak dijadikan cerita, member aku Dibah ini pantang nampak benda viral dekat laman sosial, terus nak pergi. Ikutkan balik dari FRIM terus nak ke Sekinchan la, tapi masing-masing penat tunggu jerlah esoknya. Kiteorang pergi pada pagi Ahad, sekitar jam 9.00am bertolak ke Sekinchan dari Kuala Lumpur. Dia punya jauhlah tak tahu nak cakap, dan laluan highwaynya bikin mata gua ngantuk gila. Tapi disebabkan Dibah drive, aku gigih jugalah berborak dengan dia.
Banyak benda kiteorang sembang dalam kereta sambil membelik jam pukul berapa nak sampai. Dari jalan highway sehinggalah ke jalan kampung kami lalu. Sekinchan ini memang lawa tempatnya, lagi-lagi kawasan yang penuh sawah padi. Maigaddd cantik bakk hang. Belakang rumah aku banyak lalang je. Kita kemain lagi teruja tengok sawah padi dekat Sekinchan, orang situ naik jemu dah tengok padi.
Boleh dikatakan jauh jugalah perjalanan nak sampai ke Sekinchan Coconut Farm ini. Kami sampai ke Sekinchan Coconut Farm ini sekitar jam 12.00pm macam tu. Punyalah jauh dan kawasan dia agak tersorok sikit, jalan pun sempit sebab terletak dalam kawasan kampung. Sampai-sampai je lorong Sekinchan Coconut Farm ini, penuh gila kereta, siap dengan rela lagi tengok-tengokkan orang parking kereta. Aku rasa macam pergi kenduri kahwin pula.
Apa yang Menarik di Sekinchan Coconut Farm?
Mujur dia open waktu weekend sahaja, so orang boleh spend masa datang ke sini hujung minggu sahaja. Apa-apa pun aku okay je pergi sini, tapi bagi aku kalau tempat dah jadi tumpuan orang ramai better tambah menu yang boleh mengenyangkan untuk makan tengahari. Datang jejauh takkan minum air kelapa semata-mata tambah cuaca panas terik.
Sekinchan Coconut Farm
Alamat: Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: Sabtu & Ahad (10.00am - 5.00pm)
Rate: 2/5
Thank you for reading guys!
betul jugak tu. sediakan lah masakan panas baru best
ReplyDeleteMungkin lepas ni ada macam2 jualan pulak
ReplyDelete