Salam to all my beloved readers,
| Perkara yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Membeli Rumah Lelong | Ikutkan dah lama nak share dengan korang benda ini, tapi asyik tergendala sahaja. Sekarang menjadi trend orang membeli rumah tak kira baik orang muda mahupun orang tua. Selain membeli emas untuk pelaburan, pembelian rumah dan tanah juga merupakan asset pelaburan yang berbaloi untuk dijadikan harta dan pelaburan kelak. Tambah sekarang, banyak informasi boleh dapat di hujung jari sahaja, masing-masing dah celik akan kepentingan memiliki hartanah mahupun rumah sendiri.
Dekat Malaysia ini ada 3 jenis hartanah anda boleh dapatkan;
1) Rumah Undercon
2) Rumah Subsale
3) Rumah Lelong
Ketiga-tiga jenis hartanah ini ada pro and con nya. Mesti ada yang tertanya-tanya apa beza ketiga-tiga jenis hartanah ini kan?
Rumah Undercorn
Kediaman yang anda boleh dapatkan terus dari pemaju. Rumah yang masih dalam proses pembinaan serta masih belum siap sepenuhnya. Sebab tu harga dia murah dan ramai yang grab pembelian waktu tengah undercorn. Anda boleh tengok rumah apartment, condo yang masih dalam pembinaan mesti dia ada letak banner untuk pembelian.
Kelebihan kalau anda grab rumah undercon ini, kos booking nya rendah. Normally booking boleh dapat dalam RM1k sahaja atau ZERO booking pun ada, SPA Free dan lain-lain kos boleh masuk dalam loan terus. Anda perlu siapkan RM1k for booking dah boleh dapat sebiji rumah. Make sure dah check loan terlebih dahulu. Loan lepas, dapat rumah baru, boleh pilih unit mana nak. Installment pula bergantung kepada progress rumah, rumah siap baru bayar FULL PAYMENT. Selain itu, pemaju turut menawarkan pelbagai diskaun dengan pakej menarik seperti perabot percuma dan banyak lagi.
Kekurangan kalau beli rumah undercorn ini, rumah lambat siap tambah-tambah yang masih in progress. Risiko rumah tak siap-siap tinggi juga, tambah bagi rumah yang baru di kawasan yang belum matang. Kalau nak cari rumah undercorn ini seeloknya buat carian lebih sikit siapa developernya, kawasan tu sedang membangun ataupun dah mula membangun. Hal ini nampak remeh, tapi inilah yang faktor utama kena check kalau tak nanti jadi perumahan terbengkalai sahaja.
Rumah Subsale
Rumah subsale adalah rumah yang dibeli daripada owner rumah sendiri. Ia dikenali sebagai rumah secondhand dan akan dipanggil as rumah subsale even kita pemilik rumah itu yang ke-2. Kelebihannya, rumah totally dah siap, kita boleh walk in tengok keadaan dalam rumah dan persekitaran luar rumah dan kebiasaannya kawasannya yang matang. Bayaran ansuran bulanan akan berjalan bila bank dan disburst, tukar nama tiada bayaran installement discharge. Anda perlu sediakan kos bayaran untuk lawyer, valuation and deposit sahajalah nanti.
Rumah lelong
Rumah lelong pula merupakan rumah yang owner dah tak mampu bayar dan akan dilelongkan oleh pihak bank. Rumah ini akan dibeli secara bid, siapa bid yang paling tinggi dialah akan dapat rumah tersebut. Bank akan pas rumah yang akan dilelong kepada institusi lelongan yang berdaftar untuk menjalankan lelong. Kebiasaannya rumah lelongan ini akan diiklankan menerusi surat khabar, atau risalah dari pihak bank sendiri. Dalam laman social turut banyak iklan rumah lelongan dari agent hartanah.
Kelebihan membeli rumah lelong, biasanya harga rizab lelong ini jauh lebih murah dari rumah subsale dan undercon. Kiranya, ada potensi untuk anda dapatkan harga rumah jauh lebih rendah dari harga market. Syarat rumah low cost akan terbatal dengan sendiri bila rumah tersebut dah masuk lelong. Masa inilah, ramai orang rebut peluang untuk grab rumah idaman dengan harga yang rendah.
Kekurangannya, pada mereka yang nak bid rumah secara lelong, kena siapkan kos booking, sediakan cash sekurang-kurangnya 10% dari reserve price sebelum nak bid. Make sure, loan anda LULUS terlebih dahulu. Sekiranya, tidak lulus, lepas berjaya bid, duit 10% tu tak boleh return balik. Banyak hidden kos, seperti tunggakan maintenance, cukai pintu dan hartanah. Jadi, sebelum nak beli, kena check rumah tu betul-betul terlebih dahulu.
Antara ketiga-tiga jenis hartanah di atas, rumah lelongan adalah salah satu cara lumayan untuk dapatkannya sebagai asset dibawah nama kita. Harga hartanah secara lelongan jauh lebih rendah daripada harga pasaran dan berpotensi menjadi pembeli yang bertuah. Walaubagaimanapun setiap benda yang kita beli atau laburkan pasti ada risikonya. Jom lihat, apa yang perlu anda ambil tahu sebelum membeli rumah lelong.
Perkara yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Membeli Rumah Lelong
1) Proses
Sebelum membeli rumah lelong, anda perlu check kelayakan terlebih dahulu. Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas bagi melayakkan membeli rumah secara lelong.
Untuk menyertai lelongan, anda boleh mendaftar sebelum ataupun paling lewat pada hari lelongan bermula. Anda perlu menyediakan bank draft bersamaan 5% bagi lelongan Loan Agreement Cum Assignment-LACA ataupun 10% bank draft untuk bukan lelongan –LACA daripada harga simpanan hartanah yang anda ingin membida. Seelok-eloknya datanglah 30minit awal sebelum lelongan bermula. Tambah-tambah, kalau lelongan dijalankan di mahkamah. Mahkamah agak strict sikit even anda lambat 5 minit sahaja ia tidak akan benarkan masuk.
Selepas pendaftaran berjaya dilakukan, anda boleh mula membida hartanah yang ingin dibeli mengikut arahan auctioneer yang bertugas. Pembida yang berjaya perlu menandatangani Kontrak Jualan dan membayar 5% ataupun 10% daripada harga tawaran terakhir terdahulu dan selesaikan baki bayaran mengikut tempoh yang ditetapkan (kebiasaannya dalam 120hari bermula date yang anda berjaya).
2) Selidik Kawasan Rumah Lelong
Sebelum decide membeli rumah lelong, dinasihatkan para pembeli untuk menyemak/selidik lokasi rumah, persekitaran yang nak dilelong dengan teliti. Jika rumah tersebut menepati citarasa anda, kawasan dan persekitaran elok bolehlah persiapkan deposit untuk sertai lelongan. Normally, pembeli akan hire agent untuk selidik rumah lelong. Even tak dapat masuk tengok keadaan dalam rumah, boleh dapatkan maklumat dari jiran tetangga untuk mengetahui floor plan dalam rumah tersebut.
Setiap pembeli ada citarasa sendiri. Contohnya, ada pembeli selesa membeli rumah yang jauh dari kawasan bandar dan ingin menjadikan rumah ini sebagai homestay sahaja. Bila dah buat semakan ke atas rumah lelong sedikit sebanyak pembeli boleh membandingkan harga rizab lelongan hartanah tersebut dengan harga harta yang serupa di kawasan yang sama. Mana satu tawaran harga yang berbaloi untuk dimiliki.
3) Buat semakan dengan Pemaju
Selesai selidik berkenaan rumah lelongan tersebut, anda perlu buat semakan dengan pemaju ataupun pejabat tanah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rumah lelongan tersebut. Antara butiran penting yang harus dapatkan dari pemaju/pejabat tanah adalah seperti nombor lot rumah, alamat, status hak milik, lokasi, harga rizab lelongan, ada caviat tak.
Paling penting dapatkan Pengisytiharan Jualan / Proclomation of Sales (POS) untuk kegunaan semasa membida. Dalam POS ada nyatakan syarat-syarat untuk memiliki rumah lelongan tersebut. Siapa yang akan menanggung tunggakan kos semua turut dinyatakan dalam POS.
4) Dapatkan Consultant dari Lawyer
Nak beli rumah lelong bukanlah perkara yang mudah, tambah-tambah bila kita tidak berapa mahir atau was-was untuk membelinya. Justeru, kita perlu dapatkan khidmat peguam untuk menyelesaikan proses urusan beli rumah lelong. Ia sangat membantu lagi-lagi dalam menyelesaikan hal-hal seperti cukai tanah dan cukai tafsiran.
Dengan adanya consultant dari peguam, sedikit sebanyak membantu anda untuk dapatkan khidmat nasihat dan membantu mengkaji pembayaran penyeleggaran yang lewat dibayar oleh pemaju termasuk term and conditions yang ada dalam POS.
Kalau nak hire lawyer, carilah lawyer yang biasa uruskan hal legal & property.
5) Persediaan Membida
Perkara utama kalau confirm nak beli rumah lelongan, pastikan jumlah deposit 10% dibawa ketika hari lelong. Bersiap sedia untuk menyerahkan jumlah deposit yang dikehendaki dan makesure bank draft dank ad pengenalan WAJIB dibawa. Tinggal 2 benda ini, memang tiada harapanlah kalau nak masuk dewan lelongan nanti.
Apa-apa pun, nasihat aku kalau nak beli rumah, belilah yang bersesuaian dengan kewangan kita. Taknaklah gaji habis bayar komitmen sampai saving pun tak cukup. Kalau tak mampu beli sekarang, boleh saving lagi untuk beli rumah akan datang. Janganlah terlalu ikut trend, sehingga hidup melarat.
Justeru anda perlu tahu bagaimana untuk kira pendapatan dan kukuhkan anggaran pendapatan bulanan anda untuk membeli hartanah atas nama sendiri. Sebelum kita membuat sesuatu pinjaman, kita perlu mengira dan membuat pertimbangan secara terperinci terlebih dahulu. Kalau dulu kita hire orang untuk checkkan sekali, itupun kena bayar juga. Sekarang, kita sendiri boleh buat kira-kira sendiri.
Anda boleh cuba MortgageCalculators.UK sini untuk buat anggaran kira-kira untuk membeli rumah. Dah ramai yang menggunakannya, laman web ia pun laju sahaja nak akses dan mudah digunakan. Banyak kalkulator yang disediakan untuk memberi kita jawapan yang spesifik dengan apa yang kita nak. Bukan sahaja kira-kira untuk membuat loan rumah semata-mata, anggaran untuk menyimpan duit pun boleh buat di sini. Bila kita dah tahu anggaran berapa kita kena spend, barulah kita start saving secara konsisten.
Setiap loan yang dapat dari bank yang bebeza mempunyai kelebihan dan dan kekurangannya. Ada bank kenakan interest yang tinggi. Pada mereka yang masih keliru dan buntu nak membuat pinjaman bank yang mana satu, bolehlah start bandingkan beza mereka menggunakan Mortgage Calculator ini.
Untuk mendapatkan Nisbah Khidmat Hutang (DSR) yang baik mengikut bank biasanya pada kadar 50% hingga 70% dah elok sangat. Bank hanya nak tengok kestabilan kewangan kita sahaja, tiada slip gaji pun tak mengapa.
Dalam hartanah ia dikenali sebagai Income-to Mortgage Ratio. Macam mana nak kiranya? Jom tengok!
Untuk ini, pinjaman bulanan anda tidak boleh melebihi daripada 1/3 gaji kasar anda. Cara mudah untuk kira pinjaman maksimum adalah seperti di bawah:
Gaji kasar x 30 / 100
Sekiranya, gaji anda RM3k sebulan, pinjaman bulanan tidak boleh melebih RM900 dan ke atas!
Anda boleh menggunakan kalkular ini untuk mengagak jumlah pinjaman yang anda boleh mohon.
Belilah rumah mengikut Kemampuan Kita
Apa-apapun, ukurlah baju dibadan sendiri. Pilihlah rumah yang bersesuaian dengan kemampuan kita. Jangan tengok orang beli banglow awak pun nak beli banglow juga. Yang penting selidik sebelum membeli, kalau tak kelak rugi menanggung bayaran rumah selamanya.
Semoga entry ini bermanfaat kepada semua.
Thank you for reading!
Jenuhnya nak beli rumah, padahal impian nak memiliki rumah Apapun kita serah pada pak encik.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeletePerkongsian menarik. Terima kasih
ReplyDeletetq atas info.
ReplyDeleteTerima kasih atas informasi ini. Betul2 golden punya info ni.
ReplyDelete