RichWorks nama yang tidak asing lagi, ia merupakan syarikat terkenal dengan program bimbingan dan latihah keusahawanan khusus dalam bidang pemasaran, kempimpinan perniagaan, dan penjenamaan. Bila ditanya dengaan para usahawan di Malaysia, pasti mereka mengenali kewujudan RichWorks.
Bermula tahun 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peseta 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).
Berdasarkan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang diterapkan, RichWorks telah berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan di Malaysia dalam tempoh 6-24 bulan.
Kalau anda baru menjadi usahawan dan baru gagal sekali, jangan putus asa ayuh bangun semula! Kalau anda nak tahu, Dr Azizan Osman ini sudah berdepan dengan pelbagai jenis perniagaan, dan beliau mula berjinak dalam industri perniagaan seawal usia 18 tahun lepas habis SPM.
Hampir Putus Nyawa Akibat Covic-19, Dr Azizan Osman Anggap "Peluang Kedua" Untuk Membantu Lebih 1 Juta Usahawan
Pada tahun 2021, Dr Azizan bersama 31 ahli keluarganya telah dijangkiti Covic-19. Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia akibat Covic-19 dan Dr Azizan sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada feedback positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.
Siapa sangka dengan kuasa Tuhan semuanya boleh berubah. Keadaan Dr. Azizan semakin baik, bagi Dr Azizan ini merupakan "PELUANG KEDUA" yang diberi oleh Allah untuknya. Beliau tidak akan sesekali mensia-siakan peluang kedua ini untuk memberi lebih bimbingan kepada golongan usahawan terutama dalam RichWorks Academy.
Sepanjang 2 tahun lepas, kita dapat menyaksikan banyak perniagaan terjejas teruk akibat pandemik, ditambah pula dengan isu banjir yang melanda pada penghujung 2021, namun ianya tidak mematahkan semangat RichWorks untuk membantu para usahawan dan jutawan untuk kembali beraksi dalam industri perniagaan.
Buktinya, sejurus selepas Dr Azizan keluar dari hospital dan masih dalam proses pemulihan, beliau begitu komited menjalan program percuma yang dihadiri ribuan orang. Tidak terkecuali dengan kelas lain seperti Zero to Million Richworks ataupun Richworks Bootcamp.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha
Ikuti Sesi LIVE Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Menerusi Official Telegram Beliau
Kenaikan Harga Barang - Naik 30% hingga Lebih 100%
Bersiap Sedia Berdepan Dengan Cabaran Perniagaan
Para usahawan perlu tahu dan bersiap sedia tentang cabaran perniagaan pada tahun ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Hati kena kental dan teruskan berusaha dalam menangani apa jua cabaran. Hal ini kerana, banyak pemilik syarikat dan perniagaan mula gulung tikar kerana tidak dapat menampung perniagaannya. Mereka tidak nampak apa yang perlu dibuat, selain tidak pandai soal pemasaran.
Jadi para usahawan dan jutawan harus bekerja keras lagi untuk kekal berada di pentas industri perniagaan. Hal ini kerana, pasaran kini bergerak secara perlahan dan orang ramai tidak berbelanja secara agresif seperti sebelum ini. Jadi usahawan buatlah sehabis baik untuk kekal hidup!
Guna Semua Platform Yang Ada Untuk War-warkan
Untuk menjadi usahawan yang berjaya usahawan patut berusaha lebih keras lagi untuk kekal dalam pasaran perniagaan. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan. Jadi, jangan malu jangan segan, hebahkan produk ataupun servis anda di semua platform yang ada.
Kesimpulannya
Melalui Teknik Pemasaran Yang Betul & Konsisten, Tidak Apa Yang Mustahil Untuk Kita Peroleh Kejayaan!
Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official
Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official
Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official
#RichWorks #RichworksAcademy #PerjuanganRichworks #PerjalananRichWorks2021 #CabaranRichworks2021 #UsahawanJutawan #BitersXRichworks
Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan
ReplyDelete