Salam to all readers,
| Last Preparation Barang Nikah Oyah | Ganti Dompet Baru yang Uzur | Diam tak diam dah masuk minggu 2 bulan 1, 2022. Cepat betul masa berlalu, ini menandakan Oyah roomate aku juga tengah membilang hari nak melangsungkan pernikahan. Sorang lagi housemate bakal menyusul, pulunlah cari pengganti nanti. So, last week aku dah balik Kuala Lumpur memandangkan dah start masuk office, so weekend haritu aku keluar dengan Oyah. Tujuan utama dia minta teman beli cincin nikah, and beli baju nak nikah dekat Jakel. Aku ingatkan dia dah settle semua dah sepanjang aku berada di kampung, rupanya dia menunggu aku balik sini minta teman.
Aku tiada masalah kalau bab teman pergi tempat yang aku suka. Jangan minta teman pergi karaoke, memang idaklah aku nak masuk. Kami gerak awal pagi, pesen aku nak keluar awal pagi, sebab aku taknak sesak bila tiba waktu tengahari, and petang biasanya hujan. So, sedang eloklah keluar awal pagi, boleh breakfast dengan tenang. Memandangkan Jakel buka pukul 10.00pagi, kiteorang pergi breakfast dekat tepi Sogo dulu, relax2 pekena roti canai. Perut kenyang hati pun senang, bergeraklah ke jakel dengan berjalan kaki.
Lorong ini pun dah jadi laluan kereta keluar masuk. Cantik, tak ada dah jalan lopong-lopong. Pendek cerita sedap mata memandanglah kalau jalan sini. Nak ke Jakel jalan kaki around 15 minit sampai dah. Dulu Jakel deket deret belakang ni juga, sekarang dia dah pindah jalan besar sana, lagi besar dia punya outlet. Nak parking vallet depan Jakel pun boleh, hulur je duit. Dalam pada berjalan kaki nak ke Jakel, nampak pula Habib sebelum nak melintas jalan besar. Dah, terkandas sekejap dekat kedai emas Habib. Btw, area jalan tar ini memang banyak kedai emas, esspecially kedai emas India. Bolehlah pergi, then Habib sekarang tengah buat sale juga. Not sure berapa, aku jadi peneman je haritu. Mujurlah 2 kedai emas aku masuk dengan dia tak tergoda nak beli sekali. Kalau, terbeli juga, masyallah, tak makanlah aku tengah bulan ini.
Habib ini dia punya sales, bila tolak diskaun, harnya beribu lagi. Sinaran cincin tu betul-betul menikam jiwa aku. Nak beli gak nanti kalau ada rezeki lebih. So, setelah selesai membeli cincin, kami berdua meneruskan perjalanan ke Jakel pula, seperti mana tujuan asal keluar iaitu mencari baju nikah. Masuk-masuk je, kiteorang terus ke tingkat yang nak dituju iaitu level 4. So, baju nikah, or wedding dress semua ada di level 4, Jakel. Naik-naik je level 4, punyalah ramai juga orang. Rata-rata ramai yang nak nikah bulan 1 dan bulan 2 tahun ini, tidak terkecuali member aku juga banyak yang nak nikah. Memangdangkan dah banyak kali postponed, waktu ini jerlah waktu terbaik nak melangsungkannya.
Not bad juga baju nikah dah siap dekat Jakel. Had ini satu set baju and kain berharga RM350, boleh simpan jadi kenangan ya dak. Ini warna off white, ada beberapa color dan design lain lagi kalau korang berkenan. Aku rasa baju nikah keluaran Jakel ini boleh tahan dah, harga pun berpatutan. Baju nikah orang lelaki pun ada juga. Pilih je nak slim fit, taknak slim fit pun ada. Before beli boleh try dulu. Aku suka pergi sini, ada staff assist, nanti pandailah korang tawar menawar kalau nak kurang. Baju lelaki tunggu next week baru beli, tunang dia akan datang sini. Karang beli tak kenan pula, naya pak karim.
Selesai shopping baju nikah dan cincin, patah balik masuk Sogo, misi mencari purse/dompet baru aku. Aku lama dah nak beli memandangkan dompet lama aku dah uzur. Tempat duit syiling pun dah lompong. Kad pun dah nak muntah, banyak no membership aku join perginya tak. Sogo ini kira tempat berhantu, lagi-lagi time sales hujung tahun. Moajoriti orang nak cari barang nikah seperti handbag, perfume memahal, baju mahal semua walk in ke Sogo. Sebab Sogo memang banyak barangan-barangan berjenama.
Ini ruang isi duit kertas. Cukuplah bubuh duit RM1, RM5, takyah isi banyak-banyak. Sekarang semua cashless. So korang berlama korang bertahan pakai dompet sedia ada? Aku paling-paling 4-5 tahun jugalah baru nak tukar. Selagi boleh guna kita guna ya dak? Selesai beli dompet ini, kami menyusul ke Merchant 9, Damai. Ikutkan nak cari cincin nikah dan gelang tangan dekat sini je awalnya. Tup-tup nampak Habib pula terkenan design sana ambil jerlah. So, beli gelang sahajalah dekat Merchant 9.
Selesai settle beli barang, barulah berangkat pulang. Balik-balik masing-masing keletihan. Oyah balik keletihan dan duk mengira pelaburannya seharian. Semoga urusan Oyah dipermudahkan, Aminn.
Thank you for reading guys!
Area Masjid India tu bercinta betul sebab susah dapat parking. Hari tu hantar Mak, terpaksalah tunggu dalam kereta.
ReplyDeleteSeronok kan teman kawan buat persiapan majlis. Kita tumpang berdebau
semoga dipermudahkan urusan
ReplyDeleteLama tak pi jln TAR.. nice pic!
ReplyDeleteDah hampir 3 tahun tak ke sogo..
ReplyDeletelama betul tak ke area Jakel ni. rindu pulak nak shopping di Sogo
ReplyDelete