I'm Back for Running? KL Car Free Morning for Every Sunday! - Azwar Syuhada

Friday, 21 January 2022

I'm Back for Running? KL Car Free Morning for Every Sunday!

 Salam to all readers,


| I'm Back for Running? KL Car Free Morning for Every Sunday!| Aku rasa nak start running balik tahun ini, memandangkan lama gila tak join running weyh. Hiking pun akan diteruskan bergantung pada cuaca dan keadaan semasa. Last week, aku berkesempatan sertai KL Car Free Morning di DBKL. Wahh Im super excited gila, aku punya bertahun duduk KL, bari tahun ini berkesempatan pergi running KL Car Free Morning ini. 


Aku tahu lama dah aktiviti KL Car Free Morning ini, cuma takde geng nak pergi. Ikutkan aktiviti KL Car Free Morning ini dah lama ada, dulu dorang buat setiap hari Sabtu. Lepas tu, stop kejap disebabkan PKP. Sekarang, peningkatan orang ambil vaksin dah meningkat so dorang open balik cuma sesiapa yang nak sertai perlu mematuhi SOP yang ditetapkan, dan perlu register melalui official website KL Car Free Morning kalau nak join. Pendaftaran dibuka setiap hari Khamis bermula jam 11.45am. Aku punya excited nak join, aku text la member hiking aku Sue & Elly, tapi disebabkan acara larian ini hari Ahad dorang malas nak bangun pagi. Alih-alih aku ajak Shu, ex officemate lama aku, dia ini kaki running so bolehlah masuk sekaki aktiviti gini. Kalau aku ajak budak rumah aku, memang taknaklah dia.


I'm Back for Running? KL Car Free Morning for Every Sunday!

Aku punya semangat pukul 5.00am dah bangun okay. Aku textlah member dah bangun ke belum, Whatsapp aku tak berjawab, alih-alih aku call, baru bangun tidur katanya. Sabar jerlah, mujur sempat lari. Aku kejar masa sebab aku naik train, lepas Subuh aku terus keluar rumah. Tu pun jenuh juga nak tunggu train sampai. Member aku lewat sikit sampai disebabkan train lambat sampai.


Aktiviti ini bukan khas untuk larian semata-mata, ia pecah kepada larian, berjalan, berbasikal dan juga rollerblading/skate. Memang ramailah budak-budak join, tidak ketinggalan parents yang aktif berjogging turut bawa anak naik stroller sambil berlari. Lihat bertabah gigihnya memasing. Ada juga orang kurang upaya yang turut sama-sama sertai aktiviti KL Car Free Morning ini. Ayuhlah kita sihat bersama-sama, bila umur meningkat kesihatan badan harus dijaga.



Ini route larian, ada 2 station perhentian korang kena stop situ untuk register ambil bib baru boleh lari. Kalau korang join larian/berjalan kena stop di station 1, betul-betul berhadapan DBKL. Station 2 untuk mereka yang sertai aktiviti berbasikal.  Sangat-sangat enjoy, aktiviti larian light2 je kiteorang lari, penat berhenti berjalan pula, dah kurang penat lari balik. 7km kejap je kalau berteman, kalau lari sorang-sorang, jenuh juga nak habiskan. Aku dulu paling jauh aku pergi marathon untuk 14km. Perghh itu dia punya penat nauzubillah, esoknya tidur sehari. Kalau 5km ke 7km ini okay je lagi. 

I'm Back for Running? KL Car Free Morning for Every Sunday!

Ini tag korang kena dapatkan bila buat walk in pendaftaran. Make sure korang ss kalau korang dah sign up form dalam website KL Car Free Morning. Kalau korang tak register then tak dapat tag ini, korang dilarang sertai aktiviti larian ini. So make sure korang register terlebih dahulu okay. Kalau korang rajin nak sertai aktiviti sebegini bolehlah follow twitter twtjogging, sana banyak runner2 share aktiviti best best belaka tapi banyak runner kental dekat sana aku sendiri tak mampu nak follow.


Korang juga berpeluang bergambar dengan kuda. Parents yang bawa anak-anak pasti tidak ketinggalan bawa anak-anak mereka bergambar dengan kuda. Aku pun tak lepaskan peluang bergambar dengan kuda ini. Tak dapat naik, bergambar pun jadilah.




Port ini memang lama orang berhenti, sebab pemandangan dia KLCC. Siapa yang taknak bergambar depan KLCC kan. Waktu KL Car Free Morning ini jerlah, waktu paling sesuai dan bebas kalau nak bergambar tengah-tengah jalan di bandaraya Kuala Lumpur, tiada kereta, tiada siapa nak larang pun. Bergambarlah puas-puas.


Tidak lupa, port ini pun tempat hot untuk bergambar, betul-betul belakang Dataran, bolehlah nampak menara baru belakang tu. Apa-apa pun aku enjoy sertai KL Car Free Morning ini, dah tahu nak stop mana, bolehlah pergi next time setiap hari Ahad. Kalau korang nak join bolehlah roger-roger sekali. Boleh jadi member baru lepas ini.

Badan sihat, otak cergas! Thank you for reading guys! 

Go green and stay healty!


2 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!