Salam to all readers,
| Episode Akhir Layangan Putus, Berakhir Dengan Penuh Kepuasan! | Ada sesiapa dekat sini mengikuti drama bersiri Layangan Putus? Kita geng. Siapa yang tengok mesti tahu sinopsis awal kisah pasangan Kinan dan Haris. Drama bersiri Indonesia ini cukup memberi tamparan hebat buat golongan para wanita, perempuan, ibu dan juga para isteri bila menonton Layangan Putus. Jalan ceritanya sangat bermain dengan emosi, dan lakonannya cukup membuatkan setiap orang rasa nak mencarut sahaja. Dari awal cerita sampailah ke penghujung cerita ada sahaja babak-babak yang menyakitkan hati.
Pada mereka yang tak boleh kawal emosi better jauhkan dari tengok, nanti suami korang balik tak pasal-pasal kena maki. Walhal terbawak-bawak cerita drama bersiri Layangan Putus ini hah. Aku sendiri yang menonton pun habis segala "carutan" terkeluar dengan perangai si Haris yang tak sedar diuntung. Kalau korang tengok sambil tersenyum simpul, korang memang winn lahh...
Even tengok drama dan ianya tak berlaku pada diri kita, aku tetap marah. Tambah kita ini perempuan kan, kalau aku berada tempat Kinan pun aku turut sama-sama beremosi dan tak setabah dialah. Hari-hari nak berendam dengan air mata. Bila laki dah start menipu, lepas tu curang sampai buat maksiat dengan perempuan lain. Takkanlah isteri boleh duduk diam sahaja. Tambah-tambah, bukan sahaja buat maksiat di luar malah siap bawak balik ke rumah, sampai ke bilik kelamin rumah kita sendiri? Siapa tak panas, Kinan panas, aku mendidih terus tengok. Rasa nak baling je phone ke dinding. Tapi nanti phone aku pula jahanan.
Kinan juga cukup bertuah, even dia sedang tertekan dengan masalah rumahtangga, dia turut dikelilingi sahabatnya yang tidak putus memberi semangat. Sahabatnya dia sendiri juga yang menyedarkan Kinan tentang apa yang terjadi antara Haris dan juga Lydia.
Jadi, pada korang yang belum tonton lagi drama bersiri Layangan Putus ini korang boleh tontonnya di WeTV. Full episode (episode 1 sampai episode 10) dah ada di WeTV, gambar pun clear tengok di WeTV. Kalau korang nak tengok cepat sebelum orang lain tonton, korang register terus sebagai ahli VIP. Lagi mudah!
Aku tak boleh move onn lagi dengan drama Layangan Putus ini. Geram betul aku dengan Lydia. Kalau korang dekat luar sana, dah tahu yang korang suka tu laki orang, better jauhkan lebih baik. Elakkan selagi boleh elak, sekiranya berjodohan juga, janganlah sampai meruntuhkan mahligai orang pertama. Sekarang kita runtuhkan rumahtangga orang, kalau kita dapat laki dia tu pula tak mustahil akan datang kau juga mungkin kena perkara yang sama. Hidup ini umpama roda, tak selamanya kita berada di atas, ada masa kita terpaksa berpusing ke bawah juga.
Even kau dapat suaminya, belum tentu kau jadi pertama dimatanya, sebab apa? Sebab orang utama hadir ke dalam hidupnya ada isteri dan juga anak-anaknya, yang bertahun hidup lama dengannya.
Apa-apapun aku puas sangat dengan ending drama bersiri Layangan Putus ini! Kalau korang nak tahu endingnya kenalah tonton sendiri... tak best plak aku spoil kan. Kalau korang nak jadi orang utama tonton episode akhir drama bersiri ini, korang daftar sahaja sebagai VIP terus, dengan keahlian VIP korang boleh tonton episode akhir terlebih dahulu sebelum penonton lain. Aku tengok dahh pengakhirannya... hahaha
Kalau korang nak tengok pengakhirannya, jangan lupa daftar sebagai VIP untuk menjadi orang utama menontonnya. Menariknya, dengan mendaftar sebagai ahli VIP korang berpeluang menonton kesemua drama di WeTV lebih awal sebelum tayangan episodenya berlangsung. Kalau korang bertuah, dapatlah tonton seminggu awal pun ada juga. Best kan jadi ahli VIP?
Kesimpulannya, sebagai seorang yang berstatus suami isteri, tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Sebelum buat sesuatu perkara, fikirlah tentang orang keliling terutama ahli keluarga kita, fikir anak-anak, isteri, mahupun suami. Bila dah terlanjur bukan mudah nak undurkan semula. Bagus juga drama bersiri Layangan Putus ini keluar, dapat sikit minda buat kaum wanita, dan juga para suami yang curang. Buat perampas, bukan mudah seorang isteri nak menerima sebagai madu bilamana kau dah berzina dengan lakinya. Sakit tu menusuk sampai ke dalam, bukan Kinan sahaja dapat kesakitan, anaknya Raya pun rasa tersakiti juga. Arghhh... sakitnya hati kita awakk..
Overal cerita Layangan Putus ini puas hati ditonton, bagi hatiku cool down dulu lepas tu baru bergerak ke drama seterusnya. Ada drama yang best lagi tak? Bolehlah share dengan aku. Best pula layan drama dekat WeTV ini, banyak drama bersiri terbaru ada di sana. Takyah susah-susah berebut tengok tv, mahupun buka Youtube. Dekat aplikasi WeTV semua dah ada, cerita banyak, gambar nak tengok pun clear, sound okay, paling penting boleh dimuat turun dalam handphone.
Kalau korang nak tengok drama bersiri Layangan Putus ini bolehlah tonton di official page WeTV lepas ini.
Ikuti drama bersiri Layangan Putus setiap Jumaat & Sabtu jam 7.pm. Tonton secara PERCUMA & eksklusif di WeTV
Tonton FULL EPISODE LAYANGAN PUTUS di >> https://bit.ly/LayanganPutus
Official Instagram WeTV Malaysia>> WeTV Malaysia
Selamat menonton semua!
tak tengok pun lagi hehe
ReplyDeleteFuhhh... tengok cerita ni macam-macam perasaan ada.. semua bercampur.
ReplyDelete