Salam to all readers,
| Atasi Parut Jerawat Dengan Set Rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow - C | Selain rambut, penjagaan kulit wajah juga sangat penting bagi kaum wanita walau macam mana sibuk pun pasti akan cari masa untuk jaga wajah untuk kekal sihat dan bersih. Paling kita scary bila datang bulan sebab time tulah Cik T datang bertenggek dekat kulit wajah. Ikutkan muka aku zaman sekolah dulu boleh tahan penuh juga jerawat, mujur dah makin berusia ni kurang sikit, cuma parut jerawat tu still nampak lagi. Dah kerja bolehlah invest sikit pakai produk rangkaian yang lebih baik dan bahan-bahan pun serasi dengan kulit kita supaya selamat digunakan bila pakai nanti.
Ikutkan sebelum ini Azwar pakai produk lain, now ramai suruh try produk terbaru dari Cosmoderm, so kita ini pantang juga nampak benda baru. Memandangkan ramai juga bagi feedback yang positif berkenaan produk terbaru ini, jadi lagi terbuka hatilah nak cuba. Ikutkan, jenama Cosmoderm ini tidak asing lagi di negara Malaysia, macam-macam dah ada sekarang, jom sini aku perkenalkan produk rangkaian kecantikan terbaru dari Cosmoderm iaitu Cosmoderm Vitamin C Glow - C.
Atasi Parut Jerawat Dengan Set Rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow - C
Argghh jerawatt?? Jerawat ini memang masalah besar buat para remaja khususnya, kadang-kadang bila sapu ubat jerawat makin naik jerawatnya, kalau yang jenis yang suka picit-picit naik merah-merah bonjolan jerawatnya, bila dah reda boleh mengakibat bekas jerawat. Jerawat ini biasanya terjadi bila mana liang pori tersumbat dengan minyak dan sel kulit dah mati di ruang tersebut.
Punca utamanya adalah apabila berlaku perubahan hormon dimana kadar hormon progestron dan hormon testoreon meningkat sebelum dan ketika datang bulan. Impaknya, kelenjar minyak akan lebih aktif dan menyebabkan pori kulit tersumbat. Bukan itu sahaja, kadang-kadang faktor terlampau stress pun boleh menyebabkan muka berjerawat. Bila jerawat dah reda dan kita pula gatal usik maka terjadilah parut jerawat. Maka bila ada jerawat jangan usik sangat.
Jadi, macam mana nak hilangkan parut jerawat ini? Ayuh guna bersama set produk rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow - C
4 Langkah Atasi Jerawat & Parut Jerawat Dengan Produk Rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow - C
Cosmoderm hadir lagi dengan produk keluaran terbaru yang lagi fresh iaitu produk rangkaian Vitamin C Glow - C. Cantik sangat packaging dan looks fresh sebab penuh gambar buah oren. Siapa suka oren dekat sini? Kita geng guys! Pada mereka yang nak cuba produk keluaran Cosmoderm bolehlah try rangkaian terbaru ini, kerana rangkaian Vitamin C Glow - C ini kaya dengan antioksidan dimana ia mampu melindungi sel kulit daripada merosakkan radikal bebas dari pendedahan UV.
Ikutkan Vitamin C ini banyak memberi pelbagai manfaat anti penuaan seperti meningkatkan pengeluaran kolagen untuk mengekalkan kulit yang tegang.
Ia direka khas untuk membaiki kerosakan sel kulit, mencerahkan kulit, paling penting melembabkan kulit tampak sihat dan awet muda.
Langkah 1: Glow - C Detox Cleansing Gel
Asas utama dalam penjagaan kulit wajah sudah semestinya dengan mencuci kulit wajah. Untuk mengelakkan jerawat tumbuh bak cendawan tumbuh lebih baik pakai pencuci muka yang serasi dengan kulit. Tak tahu nak pakai jenama mana? Jangan pusing kepala, pakai je Cosmoderm Glow - C Detox Cleansing Gel.
Pencuci wajah Glow - C Detox Cleansing Gel tekstur cecair kurang berbuih ini bertindak membersihkan kotoran dan solekan secara mendalam untuk menghilangkan minyak, mengawal rembesan sebum yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat serta seimbangkan minyak pada kulit. Yang pasti lepas bilas dengan air bersih kulit wajah lebih segar dan bersih.
Cara penggunaan pun cukup senang, hanya picit sedikit ke tapak tangan, letak air sikit dan mula urut dimuka mengikut urutan. Kalau konsisten menggunakannya, pasti kulit akan tampak berseri dan gebu.
Jadi kalau kulit wajah korang kusam dan tidak bermaya, gunalah Glow - C Detox Cleansing Gel ini.
Langkah 2: Glow - C Radiance Toning
Glow - C Radiance Toning diformulasikan untuk semua jenis kulit, ia merupakan step kedua terpenting perlu digunakan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Glow- C Radiance Toning ini membantu melembabkan kulit wajah berpanjangan dan secara tidak langsung ia turut membantu melegakan kemerahan pada bekas jerawat.
Sesuai sangat untuk kulit muka yang kusam dan tidak bermaya. Macam mana nak pakai ini? Ini pun senang je cara nak gunanya. Hanya dap sikit di tapak tangan kemudian dap dap di muka secara lembut. Kalau taknak bubuh di tangan boleh guna kapas.
Tapi aku lebih selesa guna tapak tangan terus sebab rasa menyerap habis di permukaan kulit wajah. Kalau guna kapas biasa atas kapas je banyak, di muka dapat sikit je. Terpulang pada masing-masing nak guna kaedah yang mana satu.
Langkah 3: Glow - C Super Boosting Serum
Glow - C Super Boosting Serum diformulasi dari Vitamin C 5000mg yang berfungi membantu mencerahkan dan melindungi kulit wajah daripada pencemaran dan radikal bebas yang merbahaya. Ia turut membantu mencerahkan pigmentation bintik hitam, parut jerawat secara berkesan. So, kalau nak nampak kesannya kenalah guna secara konsisten.
Serum ini turut bertindak untuk melembut dan melembabkan kulit wajah berpanjangan. Hasilnya kulit wajah korang mulus macam bayi dan berseri-seri dalam masa 7 hari. Serum ini sangat sesuai untuk semua terutama bagi dull, tired and moody skin. Memang elok guna serum ini.
Cara pemakaiannya cukup mudah, hanya picit sedikit di telapak tangan kemudian urut secara lembut ke seluruh muka sehingga serum rasa diserap keseluruh bahagian. Makesure korang pakai serum ini lepas apply toner, untuk nampak kesan yang lebih effective. Jangan lupa apply mousturizer and sunblock lepas pakai serum okay!
Langkah 4: Glow - C Brightening Moisture Solution
Lepas selesai pakai Serum barulah apply Glow - C Brightening Moisture Solution, alhamdulillah sepanjang aku pakai ini belah malam memang serasi dan tidak memudaratkan. Glow - C Brightening Moisture Solution ini diformulasikan dengan Vitamin C yang bertindak bertindak untuk melembutkan, menenangkan & melegakan kulit serta memperbaiki daya ketahanan kulit dan mencerahkan cela yang ada pada wajah.
Nak kulit wajah tanpak segar semulajadi dan bebas jerawat? Apa tunggu lagi, jom grab set rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow - C ini. Korang boleh dapatkan set rangkaian ini di farmasi berdekatan termasuk Watsons, Cosmoderm store, dan Guardian. Paling senang korang terus beli online di www.cosmoderm.com.my ataupun di Watson Store yang berdekatan.
Jangan risau, set Cosmoderm Vitamin C Glow-C ini bebas Paraben, Fragrance & SLS/SLES FREE. Katakan tidak pada kulit wajah yang tidak bermaya, lesu kini kita ubah kembali supaya nampak lebih berseri-seri!
Untuk maklumat lanjut dan terkini berkenaan produk Cosmoderm boleh layari terus laman web di bawah;
Youtube | Instagram | Facebook | Tiktok
Thank you for reading!
#Cosmoderm #Watsonmy
comel je trial kit tu
ReplyDeletewow cosmoderm vitamin c mesti bekesan ni
ReplyDelete