Tema & Trend Warna Tahun 2021 - Azwar Syuhada

Saturday, 12 December 2020

Tema & Trend Warna Tahun 2021

Salam to all readers,


Tema & Trend Warna Tahun 2021 | Diam tak diam lagi  kita dah nak sampai penghujung December. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Bila musim PKPB ini ramai yang menghabiskan masa di rumah kan, ramai juga orang kongsi aktiviti yang dibuat dirumah, ada yang memasak, ada yang share senaman, tidak terkecuali yang deko bilik + rumah. So, alang-alang yang masih buntu mencari idea untuk cat bilik warna apa. Jom tengok warna apa yang jadi trending untuk tahun 2021 akan datang ini nanti.



Selain cat rumah boleh juga dijadikan idea untuk pilihan baju kahwin ataupun baju raya. Aku dulu kalau tahun depan punya raya hujung tahun sebelumnya dah pikir dah nak pakai baju warna colour apa. Tahun depan kita pun bakal beraya awal tahun juga. So dah bolehlah start planning beli baju colour apa tahun 2021 ini nanti. Dah sedia ke nak tengok Tema & Trend Warna Tahun 2021 ini?



Surpirseeeee!!! Cantikkan kombinasi 2 colour untuk tema & trend warna tahun 2021 akan datang ini. Dua kombinasi yang cukup letup warnanya iaitu PANTONE 17-5104 Ultimate Gray + PANTONE 13-0647 Illuminating,  best express the mood for Pantone Color of the Year 2021. Dah terbayang dah nak cantikkan bilik warna apa dekorasi bilik macam mana. Mesti cantikkan. Now, nak keluar tak boleh, duduk rumah deko rumah sendiri bagi cantik baru mood semangat nak buat kerja lebih sikit. 


Warna kuning illuminating ini warna yang cukup lembut, ceria, beli apply terus nampak menyerlah dan gah gitu. Tapi, kalau kuning campur silver ini nanti warna nampak lebih cantik lagi. Nampak elemen lagi mewah gitu.






Bestnya!! Bila nak kaya boleh hias rumah cantik-cantik. Ini tengok rumah orang je cantik. Cantik kan gabungan warna kuning dengan grey ini.






Dah ada idea nak deko bilik warna apa nanti? Tak dapat ubah warna bilik boleh je stanby untuk baju raya 2021 pula nanti. Selain 2 kombinansi colour ini, ada juga warna lain yang letop dan menjadi trending untuk tahun 2021. Warna-warna ini semua disenaraikan oleh Pantone.




Ini juga merupakan antara colour top untuk tahun 2021. Lepas ini dah boleh plan untuk dekorasi rumah nak tema apa, baju raya nanti termasuklah baju kawin nanti. Tak pening-pening sudah, warna tema ikut trend pun dah keluar. Bolehlah rancang dari sekarang. 


Thank you for reading!


3 comments:

  1. cantik2 warnanya. nice combination!

    ReplyDelete
  2. Hai,jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. boleh ambil idea utk cat dan tema rumah mama nanti

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!