Syarat Permohonan Kelayakan Akaun KWSP/ EPF under I-Sinar - Azwar Syuhada

Saturday, 5 December 2020

Syarat Permohonan Kelayakan Akaun KWSP/ EPF under I-Sinar

 Salam to all readers,


Syarat Permohonan Kelayakan Akaun KWSP/ EPF under I-Sinar | Sudah semestinya ramai yang terkesan dengan pandemic Covic-19 ini. Bukan hanya meragut nyawa orang malah mengancam ekonomi, sehingga buat orang hidup melarat. Ada diberhentikan kerja, ada yang menganggur berbulan-bulan, perniagaan yang terpaksa gulung tikar, orang berniaga gerai pun sales pun tak bagus. Semualah ada masalah sekarang, event aku sendiri pun terasa jugalah. Nak beli barang pun pikir 10 kali betul ke perlu beli. Sekarang nak berbelanja kena ikut keperluan rather than kehendak.



Disebabkan ramai yang terkesan, justeru kerajaan ada menyatakan bahawa rakyat Malaysia dibenarkan keluarkan wang dari Akaun 1 (akaun KWSP). Namun, ada beberapa syaratlah untuk apply pengeluaran. Jadi, pada mereka yang betul-betul tak cukup duit untuk keperluan harian, keluarkanlah. Tapi bagi mereka nak keluarkan semata-mata nak beli kereta, rumah ke dalam keadaan sebegini rupa. Biar jerlah duit tu dalam akaun. 



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pun telah membuat kenyataan berkenaan ahli KWSP sudah boleh mengeluarkan simpanan akaun 1 mereka. Ramai rakyat Malaysia memberi respond yang baik untuk kenyataan KWSP ini. Semoga orang-orang yang dapat keluarkan duit dari KWSP ini dapat guna duit sebaik mungkin. Kita pun tak tahu apa akan berlaku 6 bulan dari sekarang.


Jumlah pengeluaran dibenarkan adalah antara RM4,000 ke RM60,000 berdasarkan jumlah simpanan semasa pemegang akaun. Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP sendiri. Sekarang nak pergi KWSP tak boleh pakat terjah je, nak taknak kena set temujanji. 


Dengar-dengar date sampai March pun dah full. Jangan lupa set temujanji di;


KWSP - Janji Temu Online


Dimaklumkan juga hanya 2 juta pemegang akaun sahaja yang layak untuk menerima manfaat ini dengan jumlah anggaran RM14 bilion. Hal ini bagi membantu yang betul-betul terdesak akibat pandemic. Janganlah suka-suka nak keluarkan untuk kesenangan hidup pula. Sepertimana yang kita tahu KWSP ini duit untuk persaraan kita kelak. 


Kategori Permohonan I-Sinar (Kategori A)

- Permohonan bermula 21 December 2020 dan dokumen sokongan TIDAK DIPERLUKAN

- Orang yang layak memohon termasuk ahli yang sudah lama tidak mencarum, suri rumah, bekerja sendiri, bekerja di sektor ekonomi gig, hilang pekerjaan, cuti tanpa gaji, dan hilang sumber pendapatan.

- Ahli yang tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya 2 (bulan) berturut-turut semasa permohonan.

- Ahli yang telah mengalami PENGURANGAN GAJI POKOK sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.


Kategori Permohonan I-Sinar (Kategori B)

- Permohonan bermula 11 Januari 2021 dan dokumen SOKONGAN PERLU DISERTAKAN

- Ahli yang mengalami PENGURANGAN PENDAPATAN KESELURUHAN sebanyak 30% DAN KE ATAS (jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

- Jika dokumen berkaitan tidak dapat dikemukakan, dokumen sokongan lain seperti penyata bank, atau surat pengesahan majikan akan diberikan pertimbangan.

- Dokumen sokongan yang perlu disertakan;

💖Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan

💖Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa


Simpanan Semasa Akaun 1 bawah RM100,000


Jumlah maksimum yang boleh anda keluarkan adalah sebanyak RM10,000. Boleh rujuk gambar dibawah. Sumber dari KWSP.





Pencerahan berkenaan I-Sinar









Permohonan i-Sinar hanya boleh dilakukan secara online melalui;

isinar.kwsp.gov.my

Info dari Twitter KWSPMalaysia

Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!