Salam to all readers,
| Black Friday Sale TYPO: Grab Planner 2021 Cun Gila! | Tadi balik kerja aku sempat singgah ke Typo semata-mata nak grab planner. Tambah-tambah, aku suka shopping dalam Typo waktu sale je. Kalau tak sale memang aku masuk duk pegang-pegang jerlah. Sempena black Friday ini Typo buat sales kaw-kaw tu. Aku masuk je tadi, semua rasa nak ambil mujur aku dalam kepala nak beli planner je. So, beli planner je. Planner dekat typo ini sebenarnya, internal dia biasa je, dia punya material cover buku tu je nampak cantik dan menarik. Mostly kalau tak sale, planner Typo RM80 ke atas okay. Siapa nak beli sampai beratus kan?
Aku plan nak beli nak beli jenama oversea tapi aku punya bajet lari. Had muslimah planner pula yang ada dekat pasaran aku macam tak kenan semua sepesan banyak bebenor bunga-bunga. Jom tengok apa yang menarik di Typo sempena Black Friday. Aku lebih prefer pergi weekdays, nanti pergi hujung minggu pasti ramai. Orang sekarang, covic ke tak mall tetap penuh dengan orang juga.
Typo ini salah satu kedai favourite aku jugalah kedai cuci mata selain Daiso, DIY, Kaison, dan juga Watson. Ada orang suka shopping barang makeup, ada orang suka shopping baju, tudung, tapi aku suka kumpul planner. Dia punya semangat ini awal-awal tahun je tulis. Macam tahun ini buku planner aku bertulis hujung bulan je. Tu pun catatan bayar hutang. Awal tahun haritu sempatlah ke Perak kejap, lepas tu bulan 3 dah pkp sampai la ini. Diam tak diam dah 9 bulan dah kita pkp.
Masuk-masuk je, depan kedai dah terhidang journal, weekly planner pelbagai corak dan warna. Had cover dalam beg tu sebenarnya aku kurang kenan. Bag dah lawa, buku note dalam tu nipis dan material tak berapa cantik. Pada pandangan mata akulah, tapi beg cover dia memang tak pernah mengecewakan. Biasa nak tempah cover beg diary mostly RM100 ke atas okay. Mahal gila!
Tapi sempena black Friday dari hari ini sehingga ahad ini, semua korang dapatkan planner dengan harga runtuh. Dimana ada planner dari harga RM50 jadi RM31 je. Murah gila. Bukan sahaja planner sahaja murah, bag laptop, pen, mug, botol air, calender, pensil case. highlighter, barang art dan macam-macam lagi. Aku yang masuk 20 minit ini je pun rambang mata tengok semua barang dalam kedai ini.
Planner TYPO ini ada 3 jenis tau, satu journal, satu daily planner, satu lagi weekly planner.
Had ini jenis Daily Planner 2021 Typo lebih kurang macam weekly patern dalam cuma dia catatan harian, dan buku dia pun lagi tebal. Harga asal RM89 kalau tak silap aku tadi. Had ini ada potongan 30%.
Yang ini pula journal planner, dalaman dia biasa sahaja, no calendar just buku garis-garis semata-mata. Sesuai kalau nak buat buku nota.
Had ini pula jenis weekly planner. Dimana patern dalaman dia sama dengan daily planner cuma ia tak tebal sangat. Just nice. Ia juga merupakan pilihan aku tadi. Ada banyak pilihan warna, ada kuning, hitam, coklat, merah jambu. Tapi aku pilih warna hitam kali ini. Nampak kemas.
So siapa yang plan tengah cari planner, aku syorkan korang beli dekat Typo minggu ini. Sebab dorang ada banyak potongan harga sempena black Friday ini. Kalau malas boleh je shopping online.
Thank you for reading!
fuyoooo menarik! murah dan cute. huda pun suka design kat typo ni
ReplyDelete