| Althea Milk Peel Cream Mask | Perempuan dengan kecantikan berpisah tiada. Lumrah seorang perempuan bilamana dah cantik pasti nak cantik lagi kan? Betul tak? Makin umur dah meningkat ini aku memang rajin manjakan diri sendiri, hujung minggu, tak pun balik kerja rajin jugalah pakai mask sebelum tidur. Pemakaian mask secara kerap dan konsisten tak salah pun malah amat bagus bagi mengekalkan kelembapan kulit wajah. Rasa fresh sahaja kulit wajah bila dah pakai mask kan? Tambah-tambah sekarang, macam-macam jenis mask ada di pasaran seperti sheet mask, peel mask, clay mask dan lain-lain lagi.
Paling terbaru mask jenis bubble mask. Aku pernah pakai mask bubble ini jenama bliv kalau tak silap. Kali ini, aku nak cuba Althea Milk Peel Cream Mask pula, best ke tidak. Makin bertambah pula produk keluaran terbaru Althea sekarang ini. Semuanya best-best belaka. Packagingnya pun dah menarik hati, lagilah rasa teruja nak pakai.
Biasanya kita dengar Celanser / Toner sahaja yang ada AHA + BHA kan? Tapi kali ini, Milk Peel Cream Mask istimewanya mengandungi AHA + BHA yang berfungsi untuk menghapuskan kulit mati dan pori-pori yang tersubat dalam kulit wajah. Kulit rasa lebih segar dan lebih lembut bila dah pakai Milk Peel Cream Mask tau. Rasa macam pakai scrub pula. Sekarang tiada alasan tak sempat pergi spa kerana kita sendiri boleh buat dekat rumah. Tak gitu?
See? Betapa creamy Milk Peel Cream Mask ini. Texture Milk Peel Cream Mask ini ibarat soft clay dimana lepas korang apply dekat muka, bila nak massage dia akan menjadi buih halus. Tak sampai 5 minit dia dah keluarkan bentuk buih. Nak tahu apa kelebihan soft clay ini tak? Soft Clay (Kaolin) ini berfungsi untuk menarik segala kotoran ataupun daki-daki yang tersumbat dalam pori-pori kulit wajah kita. Dah habis sental segala kotoran, milk protein extract yang kaya dengan vitamin pula bertugas untuk mengekalkan kesegaran dan kelembutan kulit wajah kita supaya kekal sihat.
Bagaimana Nak Pakai Milk Peel Cream Mask ini?
Pemakaian Milk Peel Cream Mask ini cukup mudah, hanya ratakan Milk Peel Cream Mask ini di setiapkan permukaan muka. Tunggu dalam masa 30 hingga 60 saat. Kemudiaan, bilas dengan air bersih dan rasai kesegarannya. Kulit rasa lebih lembut dan bersih sahaja lepas pakai Milk Peel Cream Mask ini tau. Kalau rasa mudi bolehlah pakai mask ini, pasti mood kembali cool gitu! Untuk pengetahuan korang, Milk Peel Cream Mask ini ibarat sheet mask. Kira boleh dipakai hari-hari gitu. Jadi, rajinkanlah diri anda membelai wajah anda sendiri untuk tampil menawan.
Paling best texture Milk Peel Cream ini agak halus dan ringan membolehkan semua jenis kulit boleh memakaianya tak kisah kulit jenis combination, normal, sensitif semua boleh sental. Bagi mereka yang betul-betul ada masalah kulit aku nasihat pergi rujuk doktor terlebih dahulu sebelum nak pakai okay?
Nak rasa berbubble mask juga ke? Kalau nak bolehlah dapat Milk Peel Cream Mask ini boleh order di SINI. Agak-agak lepas ini, produk apa yang akan dikeluarkan oleh Althea? Alhamdulillah, kesemua produk keluaran Althea boleh masuk dengan kulit aku yang sensitif ini.
Website: https://my.althea.kr/
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!