Diam tak diam 2018 bakal melabuhkan tirai, muncul pula tahun baru iaitu tahun 2019. Maka itu bermakna umur pun makin meningkat. So, sepanjang tahun 2018 ini apa yang korang dah capai?Cubalah share sikit?
Bagi aku tahun 2018 ini adalah tahun yang cukup bermakna dan paling mencabar dalam hidup aku. First thing yang aku tak boleh lupakan adalah hari konvokesyen aku bulan 11 itu hari. Mana tidaknya, punya bangga dan seronoknya, senyum sampai ke telinga, menerima pula ucapan tahniah dari saudara mara, kawan-kawan, rakan-rakan media sosial lagilah rasa teruja dan kembang semangkung bila dipuji. Hari konvo jugalah hari perjumpaan bersama member-member sepanjang belajar dekat Unikl.
Bab kerja? Alhamdulillah, tentang gaji usahlah ditanya. Kalau banyak aku kata sikit, kalau sikit aku kata sikitlah. Tapi lepaslah aku menyara kelangsungan hidup di ibu kota. Masa intern dulu, boss lama aku memang friendly la, siap offer kerja dengan dia lagi lepas habis intern. Walhal, aku tak tahu pun kelebihan aku dekat mana. Aku tengok member-member intern aku sibuk mencari kerja di tempat lain yang ada pro n kontra. Aku tengok orang sibuk nak berhenti, aku pun sibuk nak berhenti padahal kerja takde lagi waktu itu. So, aku decide terima sahaja offer yang diberi oleh boss aku tu. Dalam pada masa yang sama aku mencari peluang yang lebih better. Aku ini pula jenis cepat bosan dengan sesuatu kerja, bila hari-hari kau mengadap komputer ataupun media sosial otak pun dah tepu. Dalam beberapa bulan, aku dipanggil interview di Butik terkenal di Malaysia. Waktu bekerja bukan waktu office tapi waktu kerja retails. Tak sampai 2 bulan aku resign. Aku dapat offer dekat company it, buat sales.
ALLAH!! Aku ini pula berat mulut bukan berat punggung tau. Aku bercakap dengan oranglah paling aku lemah. Company aku intern mula-mula ingat aku staff dekat situ, walhal aku budak intern je. Serius memanjang katanya. Orang gelak aku tak gelak. Bila aku gelak dorang pula tak gelak. Pelik-pelik. Berbalik kepada company buat sales tadi. Pengurusan memang tiptop. Ketua aku pun okay, aku jerlah yang tak okay. Nak capai target sales bukan mudah. Dekat sini aku sempatlah belajar mengenai software payroll system. Bahagian aku adalah buat "call cooling". Hari-hari kau kena call orang, seminggu 2 aku excitedlah, lama-lama aku bosan. So sebelum diberhentikan, aku berhentikan diri aku terlebih dahulu. Maigadd!! Sakit jugalah sebenarnya tukar-tukar kerja ini.
Lepas itu, aku jadilah FULL TIME BLOGGER la kononnya dalam 2 minggu sebelum dipanggil kerja di tempat baru. Dalam masa 2 minggu, ke hulu ke hilir aku turun hadiri event, sambil-sambil tu usha juga dekat akak blogger tanya ada jawatan kosong mana-mana tak. Rupa-rupanya akak blogger yang aku tanya tu lagi lama dah tak bekerja. Hurmmm...
Bila sibuk menghadiri event sana sini, kawan aku whatsapp la bunyi ayat dia macam ini "Wei, kau cubalah apply dekat company ni ..... dorang tengah cari orang... Aku pun dengan bermalas-malasan depan laptop terus hantar email. Esok company tu call suruh datang interview. Bapak cepat gila respondnya. hahahaah...
Aku pun pergi, company ini memang dah lama bertapak dekat Malaysia, siapa orang property kalau aku sebut mesti tahu punya. So pandai-pandailah teka. hahaha.. Lepas sesi interview tu, aku rasa macam tak lepaslah kononnya, bila dia start tanya you memang suka tukar-tukar kerja ya. Aku just reply aku gain knowledge and experience sahaja. Dalam masa 2 hari, staff sana whatsapp suruh masuk kerja. Bapak excited gila bila lulus wei!!! Hari first masuk ko just kena study background syarikat, apa company tu buat serba sedikit mengenai auction. Maigadd!! Dalam otak aku, company apa aku kerja ini, kiri kanan depan belakang fail bertingkat-tingkat. Awal-awal masuk kau rasa pressure buat kerja, buat silap, pergi awal pagi balik jauh malam, badan letih tak cukup rehat, kena marah dengan agent. Serius, waktu tu aku emotional gila, aku call mak aku nak berhenti kerja. Aku hantar surat pertama. Masa hantar surat pertama, boss aku panggil masuk mengadap, tanya masalah u. Memang baguslah dia sebenarnya aku jerlah yang tak berapa bagus. Dia punya cerewet nauzubillah, tapi kalau aku jadi boss pun agaknya aku 3 kali cerewet dari dia kot. Dia pujuk-pujuk aku okay balik. Masuk sebulan lebih, aku buat keputusan ikut emosi hantar lagi surat kedua. hahaha...Tak sampai 2 bulan aku kirimkan surat ketiga sehinggalah ketua atasan panggil aku slow talk give a reason why nak berhenti. You dah nak konfirm katanya. Dalam hati aku, dan dan lah waktu tu kau nak confirmkan. hahaha..
Akihrnya aku masih berada di sini, atas pujuk rayu kedua-dua boss aku dengan alasan-alasan mereka yang lebih munasabah. Aku akur tambahan pula aku memang takde tempat lan nak dituju lagi. Nak pergi interview aku macam malas. Dengan adanya rakan-rakan yang positif dan akak-akak housemate yang tidak putus memberi nasihat pada aku. Jadi, aku pun akur dengan nasihat mereka untuk stay.
Satu sahaja yang aku perasan bila dah bertukar-tukar company lagi-lagi dengan company besar, politik dalam company memang sebijik dalam Qu Puteh cakap. Kau nampak orang kaki bodek, kipas sana sini, gosip sana sini, melaga-lagakan orang, jatuhkan orang. Apa yang penting, believe yourself, jangan mudah percaya orang, senang cerita pergi kerja fokus dengan kerja sendiri.
Satu lagi nak happy kan diri sendiri untuk bertahan lama dekat situ, carilah sesuatu yang betul-betul kau suka. Mesti ada punya. hahahaha.. Ok bye!
Ayat ini jugalah antara sebab aku boleh stay sampai sekarang!
p/s: Petang-petang ini dapat makan churros sedap juga kan?
ptg2 gini mendung nak hujan ni mmg best kalau dapat churros panas hihi
ReplyDeletekalau kita x serasi dgn keje tu mmg x leh tahan lama..bila kita dpt keje yg kita minat baru ON..kalau sis JM pun x suka keje kena call orang ni
ReplyDeletesemoga tahun 2019 lebih baik dari tahun ni utk kita semua.. fightinggg!
ReplyDelete