Minggu lepas aku balik Klang nak gathering dengan kawan lama. Lama gila rasanya tak jumpa, so kami decide nak pergi makan steamboat area Shah Alam la. Mujur aku teringat satu tempat ini dimana ia cukup popular dengan hidangan steamboat BBQ buffet. Aku dah repeat 3 kali makan dekat sini. Masuk minggu lepas, kali ke-4 aku datang sini. Bila lama tak pergi, nampak banyak gila perubahan penambahbaikan di situ. Aku suka!
Restoran yang aku maksudkan tidak lain dan tidak bukan sudah semestinya Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Aku suka berkunjung makan steamboat ke mari sebab kawasannya luas, pelbagai hidangan boleh dijamah, boleh lepak berjam-jam. Itu yang buat aku lagi suka lepak makan sini.
Steamboat BBQ Buffet
D’Kayangan pada asalnya menyediakan masakan secara stimbot. Pengunjung diberi 2
pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati
bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Pilihan yang tersedia tentunya
udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak
lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan
untuk pilihan pelanggan. Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri
oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili
Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.
Kemudian Chef Shahnizam
iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari
telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging,
udang, sosej, ikan dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran
daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba
yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Diantara menu
grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The
Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli
Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill
yang diperam dengan 15 jenis rempah.
Chef Shahnizam yang arif
tentang rasa makanan telah membuat pembaharuan dengan menggunakan masakan stail
Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya. Pengunjung boleh merasai sendiri
kelainan perapan tersebut dengan bahan-bahan asli yang digunakan. Kesemua ini
amat bersesuaian untuk dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma
rempah ratus dan
bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera.
See? Besar-besar hidangan steamboat yang disajikan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ini. Dekat 3 round la ulang-alik ke meja untuk topap makanan. Steamboat sampai lebam orang kata.
Di sini turut menyajikan kek, abc, dan juga aiskrim sebagai pencuci mulut. Aiskrim disini paling win sebab sedap gila! Aku off course bantai perisa coklat sahaja. Berdouble double aku makan. Tambah-tambah waktu aku pergi tu baru lepas hujan lagi sedaplah pekena steamboat bbq buffet D'Kayangan.
Bukan aku sorang sahaja kedai ini paling top di Selangor. Kalau tak letop takkanlah boleh masuk Jalan-jalan Cari Makan, Nasi Lemak KopiO, The History Channel (Astro) dan banyak lagi.
Inilah antara sos yang dibuat sendiri oleh chef Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Banyak-banyak sos, sos BBQ paling aku suka.
Betapa besar ruangan makan ssteamboat BBQ Buffet D'Kayangan ini. Memang puaslah lepak berjam-jam dekat sini. Tapi aku syorkan korang datang awal sikit dalam pukul 6 tu kira dah terpacaklah dekat sini. Sebab kalau tak, pukul 7 tu memang dah penuhlah seat luar dan dalam ini orang dah tempah.
Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 150
jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai,
restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai
200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat
juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat
letak kereta yang luas.
Harga:
RM33.00 bagi orang dewasa
RM12.50 bagi kanak-kanak (5-11 tahun)
*Tiada bayaran tambahan untuk ‘refill’
sup. Bagi pengunjung yang membelanjakan lebih
daripada rm 150, kad diskaun rm 10 akan diberikan kepada mereka.
Jadi bagi mereka yang berminat untuk menikmati keenakkan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ini bolehlah mengunjunginya di sini;
Restoran Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, Shah Alam
D'Kayangan Steamboat BBQ and Buffet,
Sri Acapella Service Apartment,
Jalan Lompat Tinggi13/33M,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
No. Tel: 012-2971091/ 017-6274015
Facebook;
Twitter: @dkygnsteamboat
Waktu operasi: 5pm - 2am
Dah lama tak dengar pasal restaurant ni. Sebelum ni macam selalu juga baca reviews pasal restaurant ni.
ReplyDelete