Aku kalau balik rumah sewa, hujung minggu memang tak lekat dekat rumah. Ada je tempat nak pergi, kalau boleh taknak pergi tempat yang kena keluarkan modal yang banyak. Mujur ada housemate yang rajin layan kerenah aku. Kalau tak jenjalan sensorang la gamaknya. Dua minggu sudah aku ajak kak Wan pergi melawati Taman Eco Rimba, KL.
Puas aku google camne nak pergi naik public transport ini. Alih-alih aku decide pergi naik grab, balik nanti kita pergi naik transport awam yang ada kat sana nanti. Dari rumah aku RM6 je nak ke Taman Eco Rimba KL ini. Siapa yang ada kereta Waze je ke KL Tower sebab Taman Eco Rimba KL ini betul-betul dekat KL Tower. Dah sampai ada signage KL Foresr Eco Park. Masuk adalah PERCUMA sahaja beb! Itu yang paling aku suka!
Waktu terbaik untuk brkunjung ke Taman Eco Riba, KL ini sudah semestinya belah pagi. Aku pergi haritu dalam pukul 9 masih redup, nyaman plus hujan renyai-renyai. Kalau pergi tengahari panas lilit-lilitlah peluh menitik nanti. Dekat sini boleh buat 2 aktiviti iaitu canopy walk dan juga light jungle trekking. Aku pilih untuk melakukan canopy walk terlebih dahulu. Untuk menikmati keindahan bandaraya Kuala Lumpur gituew..
Ada dua pintu masuk, kalau korang masuk melalui entrance Kl Tower korang akan lalu Tower J dulu. Kalau masuk pintu depan, korang masuk dari Tower A. Aku naik grab itu hari betul-betul pintu utama Taman Eco Rimba, KL dapatlah jumpa Tower A. Dengan melakukan aktiviti canopy walk ini jangan lepaskan peluang untuk bergambar di setiap perjalanan. Cantik!
Belah pagi tak ramai orang sangat, masa tulah masa terbaik untuk anda bergambar mencipta kenangan. Perjalanan sepanjang Canopy Walk ini mengambil masa dalam 30 minit, itu pun bergantung berapa lama korang berhenti untuk bergambar. Nyaman gila datang sini, dengan bunyi cengkerik!!!
Dah sampai ke Penghujung iaitu Tower J, kami patah balik ke Tower A untuk melihat rumah paku pakis dan beberapa jenis rumah tumbuhan sini. Ada juga kerusi yang disediakan untuk orang ramai beristirehat. Aku cadangkan korang bawak air masak siap-siap dari rumah, lagi-lagi orang pergi belah tengahari. Air mineral sebotol kecik pun dah RM3 tu pun kena menapak dekat KL Tower sana tu. Memang tak belilah aku jawabnya.
Agak-agak masih bertenaga bolehlah sambung untuk melakukan aktiviti trekking. Sesuai sangat bagi mereka yang membawa anak kecik dan family. Ada signboard sebagai rujukan kalau tak faham. Sebelum bergerak pulang, aku dengan kak Wan sempat juga berkunjung Muzium Eco Rimba KL ini.
Bagi aku Taman Eco Rimba, KL ini amatlah sesuai untuk bersiar-siar bersama keluarga. Yang tak bestnya canopy walk nya agak pendek. Kalau lagi panjang, lagi mencabar. Banyak-banyak tempat, orang duk pulun dekat canopy walk ini je pun. Pemandangan lawa, nyaman, tenang gila!! Lepas ini bagi mereka yang tak tahu naik public transport ke sini. Korang stop sahaja dekat LRT Pasar Seni, kemudia ambil BAS Go KL dekat bus stop sana ha, cakap nak turun dekat Taman Eco Rimba Park. Nanti betul-betul dia turunkan. Nak balik pun, just seberang jalan ambil bas Go KL juga. Mudahnya, ada public transport.
Jom support public transport! :)
Bestnya dapat jalan-jalan hehe
ReplyDeletetak pernah ke sini. cantikkk!! one day boleh lah ke sini jalan2. hehee. tq sharing !
ReplyDeletewow nmpak cm best jer tmpt ni.. ^_^
ReplyDeletemenarik...xpernah sampai sini lagi...
ReplyDeletemenarik jugak rupanya taman eci rimba ni, selalu lalu tapi tak pernah sekalipun teringin nak singgah :D
ReplyDelete