Yeahhh!! Semester break telah pun tiba, kali ini budak-budak UniKL cuti sakanlah gamaknya mana tidaknya cuti sebulan lebih sampai raya haji kali ini. Sebelum-sebelum ini mana pernah cuti lama seperti budak-budak u lain. Paling-paling pun 2 minggu. Jadi, memandangkan dapat cuti lama sikit ni kita haruslah hargai masa yang ada dengan aktiviti yang berfaedah. Apa yang aku buat sepanjang cuti ini? Alhamdulillah, dah seminggu aku bekerja dekat saloon lama aku tu. Situlah lubuk emas, sumber rezekiku. Kalau cuti dua bulan bolehlah minta office berdekatan, ini sebulan orang pun taknak. Stop bicara pasal cuti, aku nak share something dengan hampa semua.
Bagi aku, mak aku paling bertuah hidupnya. Mana tidaknya baru-baru ini dia dapat iron baru pemberian daripada adiknya. Aku? Aku pula orang paling seronoklah dapat menggunakan iron baru. Iron ini pun pernah jadi viral di facebook gara-gara harganya bukan main melampau. Bagi aku okay je, depend pada individu itu sendiri. Kalau dia rajin gosok baju dan memang peka bab menggosok apa salahnya mencuba benda yang labih baik kan?
Rumah aku, macam-macam jenis iron ada, cakap aje, nak yang biasa, berdiri, dan yang terbaru yang boleh steam ini. So far, aku guna memang berpuas hatilah memandangkan jimat tenaga, masa, gosok sekali kedut dah hilang. Sambil menggosok tekan sekali button sembur baik bahagian bawah pemegang. Yang bestnya bila part gosok tudung dan baju, gosok bahagian depan sahaja belakang dah tak perlu susah gosok kerana ianya dah tak berkedut.
Bila dah ada iron magic ini, benda utama yang perlu ditukar adalah iron board itu sendiri dimana ianya lebih sesuai menggunakan iron board yang besi seperti yang aku tunjuk ini. Harga iron board ini around RM100 lebih gitu, tapi masa aku beli haritu tak sampai RM100 pun kerana waktu itu ada promotion. Memang bertuah betul, masa singgah aeon big haritu ada promotion. Iron board yang biasanya punya itupun boleh pakai, tapi bila dah lama sangat kena air nanti mulalah kembang.
Tadaa!! Inilah rupa iron magic yang orang perkatakan. Canggih memang canggihlah, mula-mula nak menggosok kena isi air terlebih dahulu, dalam bekas warna biru bawah iron tu, kemudian on kan, tunggu dalam 2 minit, bila dah ada signal or siren bolehlah start menggosok. Contohnya nak gosok tudung bawal, aku ini jenis malas, kalau dulu asal nampak gosok sudah. Selalu kena marah jugalah sebab tudung berkedut walaupun dah digosok.
Kini, dengan adanya iron magic ini sekali gosok ianya dah licin. Kalau dulu depan belakang kena gosok, sekarang lipat dua tudung tu, gosok depan dengan tengah sahaja pun sudah cukup memadai. Bila dah selesai, cuba buka lipatan dua tu, tengok dah takde garisan dan kedutan lagi. Hanya mengambil masa 5 minit, tudung dah siap digosok beb!
Mak ai, besar pula tangan aku bila di snap.
Walau banyak manapun iron yang terdapat di pasaran, ianya tetap menggunakan kudrat kita juga menggunakannya. Kalau dikatakan ianya magic sepatutnya apabila kita letak tudung sebelah sterika, sterika itu bergerak dengan sendirinya, itu barulah betul-betul magic. Yang tak bestnya bil lektrik tetap berjalan, tambah-tambah ada isu pasal TNB sekarang. Apa-apapun, aku suka dan happy menggunakan iron magic yang ada sekarang.
Thanks for reading! =)
hehe.. kira magic la tu. :D
ReplyDeletewawa.... Best ke pakai nih ?? slalu dengar orang aje... nak try beli la...
ReplyDeletememang berbaloi....patutlah harga mahal...ehh tapi kalau menjimatkan tenaga dan masa...untunglah kan
ReplyDeleteMacam best je.. iron kat umah ni pun da macam da nak rosak..huhuhu
ReplyDeleteWowsers!
ReplyDeleteNice sharing =) hebat ar iron. kedut semua hilang tak macam pakai iron yang biasa2
ReplyDeletebestttttttt heeheehe besau nau
ReplyDeletewah best jgk la ni. tak penah try lg.
ReplyDeleteHuwaaahh bestlaa iron ni... Member opiz dok gile2 nk beli iron ni...
ReplyDelete