Rahsia Kulit Cantik dan Sihat dengan DR. IRMA Skincare - Azwar Syuhada

Saturday, 23 July 2016

Rahsia Kulit Cantik dan Sihat dengan DR. IRMA Skincare

Salam to all readers,

| Rahsia Kulit Cantik dan Sihat dengan DR. IRMA Skincare | Setiap wanita mahu kelihatan cantik bak puteri, tidak kiralah dia kulit hitam mahupun coklat tetap mahu tampil cantik. Ada orang sanggup menghabiskan duit semata-mata nak cantik, bayangkanlah celik sahaja mata mesti ada benda yang hendak ditempek pada muka. Itu waktu pagi, belum lagi tengahari (nak keluar rumah) mahupun malam. Kalau disusun atas meja solek dah tentu lebih 6 jenis alat untuk mencantikkan muka sahaja. Kalau dalam rumah takpelah juga, yang jenuhnya kalau kita nak keluar bermalam di tempat lain, sekurang-kurangnya 1 bagasi khas untuk barang kecantikan sahaja.

Jadi, untuk menjimatkan masa mahupun ruang, apa kata engkorang cuba Dr. Irma skincare punya produk. Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, kita mampu menyiapkan diri. Semudah abc gitueww!

google
See! Inilah dia set penjagaan kecantikan Dr. Irma, packaging pun nampak exclusive gituew!

Untuk cantik gunakanlah Dr. Irma Skincare sambil merawat kulit muka

Dr. Irma Skincare & Cosmetics telah menghasilkan 3 jenis produk kecantikan yang terdiri daripada Radian Cleanser, Whitening BB foundation, dan juga Vitamin C serum. Seperti mana yang anda semua ketahui, sebelum kita menggunakan apa-apa produk untuk ditepek pada muka, kita seharusnya mencuci muka terlebih dahulu.

google
Radiant White Cleanser
Harga: RM65.00
Isipadu: 100ml

Jadi, untuk nampak lebih berkesan kita gunakanlah Radiant White Cleanser yang mampu membersihkan kulit wajah kita secara mendalam, mampu mencerahkan kulit, disamping itu ianya mampu merawat kulit yang bermasalah. Sesuai sangat dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif seperti aku ni. Hanya picit sikit dan bubuh air dah memadai. Terasa kesegaran setelah mencuci muka menggunakan Radiant White Cleanser ini!

Kalau nak tahu, Radiant White Cleanser ini diperkaya dengan pati grapeseed dan kaktus, yang bertindak mencerahkan, memutihkan serta memperbaiki tekstur kulit bagi sekata. Secara tidak langsung mampu mengawal pengeluaran sebum, mengecilkan pori-pori, memberikan lembapan optimum, mencerahkan pigmentasi dan memutihkan kulit dengan penggunaan berterusan. Ia juga mempercepatkan pembentukan sel kulit untuk kulit lebih tegang remaja

Dr. Irma Whitening BB Serum Foundation

Kalau diikutkan produk lain banyak step perlu diikuti, jadi menjimatkan masa seperti aku sebagai student aku lebih prefer memakai produk Dr. Irma. Di mana, setelah mencuci muka, aku terus apply Whitening BB Serum Foundation. Ia merupakan bedak asas berasaskan air dengan pelindung matahari spf35++, yang lebih dikenali dengan serum adalah sesuai untuk semua jenis kulit. Ia sangat mudah untuk di apply dan cepat meresap ke dalam kulit dan mampu bertahan selama 12 jam setelah kita pakai. Kecuali kita basuh muka, dah tentu-tentu hilang.

google
Whitening BB Serum Foundation
Harga: RM98.00
Isipadu: 20ml

Jadi, kalau nak keluar rumah tak payah fikir lama nak tacap, terus sahaja tempek Whitening BB Serum Foundation ini. Texture Whitening BB Serum Foundation ini sangat-sangat best dan sesuai sangat dengan kulit muka kita. Yang paling best, ianya mampu menutup segala cela dekat muka, terasa flawless kau jah!

Cara pemakaiannya cukup mudah, boleh disapu dengan sapuan tangan. Titikkan pada dahi, pipi, hidung, dan dagu dan ratakan keseluruh wajah. Whitening BB Serum Foundation ini mengandungi likoris, vitamin C dan pati buah terkonsentrasi yang terbukti mencerahkan kulit dan pigmentasi seawal 3 hari.

Antara manfaat dan kelebihan Whitening BB Serum Foundation
  • Merawat jerawat yang membengkak dan jerawat pasir seawal 24 jam.
  • Kandungan kolagen dan stem sel epal yang diimpot dari France akan membaiki tekstur kulit, kurangkan kedutan halus dan menganjalkan kulit.
  • Mengurangkan kulit berminyak.
  • Mengatasi kulit kering.
  • Melembapkan kulit wajah.

Dr. Irma Radiant White Vitamin C Serum

google
Radiant White Vitamin C Serum
Harga: RM89.00
Isipadu: 15ml

Akhir sekali, penggunaan Radiant White Vitamin C Serum dimana ianya diperkaya dengan aloe vera yang menenangkan bertujuan untuk pemutihan kulit, menyembuhkan kulit berjerawat, mengurangkan pigmentasi dan parut, mengurangkan pengeluaran minyak muka yang berlebihan, menghidrasi klit, hilangkan kedut dan menganjalkan kulit seawal 3 hari. Semua benda yang kita impikan ada dalam serum ini. Siapa tak suka kan?

Radiant White Vitamin C Serum ini boleh guna waktu siang dan juga malam. Cara pemakaiannya pun cukup mudah, hanya tekan penutup botol dan corong serum akan terisi dengan serum yang cukup lalu titiskan terus pada dahi, hidung, pipi, dagu dan usaplah perlahan-lahan secara membulat hingga serum diserap dalam kulit wajah kita. Yang paling best, harum semerbak bau serum ini bila kita buka botolnya. Bau minyak atar pun ada juga! 

Muka penat habis baru balik class haritu, tup-tup balik rumah tengok ada parcel siap bungkus dalam kotak lagi! Memang bagus betullah service team Dr. Irma skincare kerana menjaga kualiti dan keselamatan produk dengan selamat.

Antara positive feedback setelah wa guna pakai Dr. Irma skincare;
- Struktur warna kulit semakin sekata
- Parut jerawat semakin pudar
- Jerawat nasi lama kelamaan semakin pupus
- Kulit muka sentiasa lembap dan tak menggelupas
- Menaikkan seri wajah!

Nah, gua belanja demo memakai set penjagaan Dr. Irma skincare.

Belanja 1 selfie bila dah apply Whitening BB cream foundation.

Untuk keterangan lanjut mengenai Dr. Irma skincare boleh layari;

Instagram: drirma_official
Whatsapp: 6 0186897511
"Keyakinan anda, Kebanggaan DR. IRMA"


p/s: Pada mereka yang tercari-cari produk yang sesuai untuk merawat kulit wajah plus cantik, apa kata engkorang cuba produk Dr. Irma skincare & cosmetik ini kerana hasilnya pasti tidak akan pernah mengecewakan. 

8 comments:

  1. ooooo...ini la produknya...pernah la nmpk beberapa org review...rasa macam nak cuba tapi so far kak sally serasi dengan The Face Shop laa ;)

    ReplyDelete
  2. wow cantik la awok pasni azwar . pakai produk Dr. Irma =D

    ReplyDelete
  3. hari tu ada terbaca pasa ni tau.serius best tgk dorang pakai...nanti nak cari benda ni lah..tq review....!!!hihii

    jemput dtg & komen sini..tq..
    http://www.yayacendana.com/2016/07/dapat-baucer-rm5-untuk-pembelian.html

    ReplyDelete
  4. serum foundation tu mcm best je... selalu pakai vitamin serum je

    ReplyDelete
  5. going to collect my serum today,tak sabar dah ni

    ReplyDelete
  6. going to collect my serum today,tak sabar dah ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!